
Naaa...itu industri hiburan dan muzik antarabangsa, bagaimana pula dengan industri hiburan dan muzik di Malaysia? Apa kurangnya industri hiburan dan muzik di Malaysia? Pada pendapat saya, industri hiburan dan muzik negara juga mampu berdiri gah di persada antarabangsa khususnya di Sabah yang punya ramai bakat kalangan penduduknya, namun, perlu digilap, diketengahkan dan dimartabatkan lagi. Siapa setuju, angkat tangan? Heheheee...Bila lagi mau (mahu) sukung (sokong) industri hiburan dan muzik tempatan kan... #SukungArtisTempatan. Tidak dinafikan sudah ramai bakat daripada Borneo Sabah dinobatkan sebagai JUARA dalam rancangan Realiti TV Malaysia misalnya telah melahirkan juara seperti Stacy yang dinobatkan sebagai Juara Akedemi Fantasia 2006 (AF 6), Faizul AF 2013. Juara Bintang RTM 2001 Azaharina Azhar, Reynaldo Juara Suara Emas Bintang RTM 2007 dan terbaru Juara Bintang RTM 2016 Rosario Ninh. Tidak kurang hebat juga artis seperti Linda AF 2, Felix AF 3, Lotter AF 4, Ebi AF 5, dan Adira AF 8 yang merupakan Naib Juara dalam rancangan realiti TV Akedemi Fantasia mengikut musim. Itu cerita melalui rancangan realiti TV, tapi sa inda (tidak) mahu lupakan artis-artis tempatan seperti Hain Jasli, Francis Landong, Jahamin Akul, mendiang (the late) Datuk John Gaisah, Asmin Mudin, Ramin Masidin dan ramai lagi. Kalau mau disebut satu per satu memang ramai ooo... Mereka ni merupakan artis yang mencorak industri hiburan tempatan Sabah. Dengar saja #KupiKupiFM #SabahFM #EraFM memang lagu mereka sering kedengaran.
#HiburanMuzikSabah
Mengenai Blog
Blog ini dibuat untuk berkongsi informasi kepada mereka di luar sana yang mahu mengikuti perkembangan industri hiburan dan muzik tempatan Sabah, macam sa sendiri... Ya untuk sekadar suka-suka saja ba sebab masih kurang pendedahan atau informasi berterusan dalam industri hiburan dan musik di Sabah. Mungkin ada antara kalangan kita mahu terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam dunia hiburan dan musik tempatan Sabah. Biasalah, begitu ramai bakat besar daripada Borneo Sabah. Sungguh!! Blog ini akan menyampaikan informasi bukan saja kalangan artis-artis KDM (Kadazan, Dusun & Murut) tetapi diperluas kepada semua suku etnik seluruh Sabah.
Objektif Blog
1. Mahu memartabatkan industri hiburan tempatan ~ Sabah
2. Memperkenal artis tempatan kepada masyarakat Sabah
3. Menerbitkan bahan bacaan (artikel) dalam bahasa malaysia berkaitan industri hiburan tempatan
Harapan
Semoga blog ini berguna untuk kita semua bagi memartabatkan industri hiburan dan musik Sabah. Segala pandangan, kritikan membina dan sumbangan idea daripada kalangan pembaca amatlah diharapkan dan sangat-sangat digalakkan.
Sumbangan Idea anda ||
Anda boleh menghantar cetusan idea / maklumat mengenai industri hiburan & muzik tempatan ke pautan alamat ini. Atau, anda juga boleh menulis pada ruangan komen tersedia di bawah.
#SukungArtisTempatan
2 Comment for "ABOUT ME"
Good start..keep it up! Thank for support local music industry.
Thank you so much Mr./Mrs. Gambe Store. Thank you for supporting this movement. I hope that it will be accepted to all Sabahan especially those whom involve directly or indirectly in local music industry.
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.