Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Roddy wakil Sabah raih tempat Ketiga Megastar Bintang Kecil 2019

Pertandingan Akhir Megastar Bintang Kecil 2019 yang bersiaran secara langsung menerusi siaran TV 2 telahpun melabuh tirainya.

Pertandingan akhir ini menyaksikan satu-satunya peserta tunggal lelaki yang mewakili Sabah iaitu adik Roddy Dezlly Roger mendapat tempat Ketiga disamping, beliau juga dianugerahkan sebagai pemenang bagi Persembahan Terbaik Megastar Bintang Kecil 2019. Jumlah hadiah terkumpul yang dimenangi olehny adalah sebanyak RM8,000.00 beserta trofi dan sijil.

Credit picture: Sunduan Music House

Adik Roddy berasa sedikit kecewa kerana hanya mampu untuk mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Akhir Megastar Bintang Kecil 2019. Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com, semalam.

"Saya sedikit kecewa kerana tidak mendapat Johan. Namun, tidak mengapa kerana rezeki belum berpihak kepada saya. Saya sudah buat yang terbaik pada malam itu. Sesungguhnya, tidak dinafikan persaingan sangat sengit sebab semua perserta hebat-hebat belaka. Tapi saya tidak berputus asa, saya akan berusaha lagi," ulasnya.

Sementara itu, adik Roddy juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokongnya.


"Saya ucapkan terima kasih kepada mami, dadi, keluarga, sahabat handai, kawan-kawan dan kepada semua pihak kuhususnya peminat dan penyokong saya di Sabah kerana sentiasa mendoakan kejayaan dan sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan ini berlangsung," katanya.

Adik Roddy Dezlly Roger yang mengidolakan artis legend Amy Search telah mendendangkan lagu bertajuk Smpai Syurga iaitu lagu yang dipopularkan oleh Faizal Tahir. Format pemarkahan lagu bagi pusingan pertama ini dinilai melalui 70% vokal dan 30% melalui persembahan oleh setiap peserta.

Pusingan kedua Battle of Voices menyaksikan adik Roddy, adik Sera dan adik Ainul menyanyikan lagu irama Malaysia yang dipopularkan oleh Syafiq Farhan dan Baby Shima yang bertajuk Manis Manis Cinta. Pusingan ini dinilai bukan sahaja daripada segi vokal tetapi penilaian juga melibatkan teamwork. Sementara itu, pusingan ketiga iaitu konesp Mash up menyaksikan adik Roddy dan 5 peserta yang lain menyanyikan lagu Road Block Hatimu dan Cinta Kita. Lagu-lagu tersebut dinyanyikan bersama-sama dengan penyanyi asal band Floor 88 dan Projection Band.


Johan Megastar Bintang Kecil 2019 dimenangi oleh adik Qasrina Putri Adriana. Manakala tempat Kedua dimenangi oleh adik Puteri Nur Nasuha. Sementara yang lain iaitu adik Yue Zi Xin, adik Nur Dhia Qistina dan adik Ainul Farisya mendapat hadiah saguhati.



Sumber:
1. Artis Roddy Dezlly Roger 
2. Facebook Page Megastar Bintang Kecil 2019
3. Siaran Langsung (TV 2) Pertandingan Akhir Megastar Bintang Kecil 2019 

Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Roddy wakil Sabah raih tempat Ketiga Megastar Bintang Kecil 2019. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Roddy wakil Sabah raih tempat Ketiga Megastar Bintang Kecil 2019"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top