Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Roddy wakil Sabah raih tempat Ketiga Megastar Bintang Kecil 2019

Pertandingan Akhir Megastar Bintang Kecil 2019 yang bersiaran secara langsung menerusi siaran TV 2 telahpun melabuh tirainya.

Pertandingan akhir ini menyaksikan satu-satunya peserta tunggal lelaki yang mewakili Sabah iaitu adik Roddy Dezlly Roger mendapat tempat Ketiga disamping, beliau juga dianugerahkan sebagai pemenang bagi Persembahan Terbaik Megastar Bintang Kecil 2019. Jumlah hadiah terkumpul yang dimenangi olehny adalah sebanyak RM8,000.00 beserta trofi dan sijil.

Credit picture: Sunduan Music House

Adik Roddy berasa sedikit kecewa kerana hanya mampu untuk mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Akhir Megastar Bintang Kecil 2019. Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com, semalam.

"Saya sedikit kecewa kerana tidak mendapat Johan. Namun, tidak mengapa kerana rezeki belum berpihak kepada saya. Saya sudah buat yang terbaik pada malam itu. Sesungguhnya, tidak dinafikan persaingan sangat sengit sebab semua perserta hebat-hebat belaka. Tapi saya tidak berputus asa, saya akan berusaha lagi," ulasnya.

Sementara itu, adik Roddy juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokongnya.


"Saya ucapkan terima kasih kepada mami, dadi, keluarga, sahabat handai, kawan-kawan dan kepada semua pihak kuhususnya peminat dan penyokong saya di Sabah kerana sentiasa mendoakan kejayaan dan sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan ini berlangsung," katanya.

Adik Roddy Dezlly Roger yang mengidolakan artis legend Amy Search telah mendendangkan lagu bertajuk Smpai Syurga iaitu lagu yang dipopularkan oleh Faizal Tahir. Format pemarkahan lagu bagi pusingan pertama ini dinilai melalui 70% vokal dan 30% melalui persembahan oleh setiap peserta.

Pusingan kedua Battle of Voices menyaksikan adik Roddy, adik Sera dan adik Ainul menyanyikan lagu irama Malaysia yang dipopularkan oleh Syafiq Farhan dan Baby Shima yang bertajuk Manis Manis Cinta. Pusingan ini dinilai bukan sahaja daripada segi vokal tetapi penilaian juga melibatkan teamwork. Sementara itu, pusingan ketiga iaitu konesp Mash up menyaksikan adik Roddy dan 5 peserta yang lain menyanyikan lagu Road Block Hatimu dan Cinta Kita. Lagu-lagu tersebut dinyanyikan bersama-sama dengan penyanyi asal band Floor 88 dan Projection Band.


Johan Megastar Bintang Kecil 2019 dimenangi oleh adik Qasrina Putri Adriana. Manakala tempat Kedua dimenangi oleh adik Puteri Nur Nasuha. Sementara yang lain iaitu adik Yue Zi Xin, adik Nur Dhia Qistina dan adik Ainul Farisya mendapat hadiah saguhati.



Sumber:
1. Artis Roddy Dezlly Roger 
2. Facebook Page Megastar Bintang Kecil 2019
3. Siaran Langsung (TV 2) Pertandingan Akhir Megastar Bintang Kecil 2019 

Roddy Dezlly wakil tunggal lelaki Megastar Bintang Kecil 2019

Bahang Pertandingan Akhir Megastar Bintang Kecil 2019 semakin kian terasa. Kesemua peserta akhir sibuk membuat persiapan yang terbaik untuk diri dalam menghadapi Pertandingan Akhir Megastar Bintang Kecil 2019 yang akan diadakan secara langung dari MAPS (Movie Animation Park Studios) Ipoh Perak, hari ini (Sabtu) bermula pukul 8.30 malam.




Demikian, adik Roddy Dezlly iaitu satu-satunya wakil tunggal peserta lelaki Bintang Kecil 2019 yang berasal dari Sabah ini turut memberikan yang terbaik dalam menghadapi persaingan yang diuar-uarkan sengit.

"Semalam sesi fotograpi berlangsung dan hari ini kami sibuk menjalani latihan sepanjang hari. Saya harap dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan khasnya untuk masyarakat Sabah. Terus menyokong dan doakan kejayaan saya ya Sabahan! Jangan lupa saksikan saya yang akan berentap dalam Pertandingan Akhir Megastar Bintang Kecil 2019 secara langsung bermula jam 8:30 malam melalui saluran TV 2," ujar Roddy ketika dihubungi oleh hiburansabah.com.

Adik Roddy Dezlly Roger yang merupakan murid tahun 5, SK Bahang, Penampang ini akan bersaing dengan 5 lagi peserta akhir Bintang Kecil 2019 yang lain antaranya Puteri Nur Nasuha, Yue Zi Xin, Qasrina Putri Adriana, Nur Dhia Qistina dan AInul Farisya.

Pertandingan Megastar Bintang Kecil 2019 merupakan platform terbaik untuk membangunkan bakat baharu berkebolehan tinggi dan sekaligus menyemarakkan lagi industri muzik tanah air. Aktiviti dalam pertanidngan itu disifatkan sebagai sebahagian pembelajaran luar kelas yang mendidik kanak-kanak untuk berdisiplin, berkeyakinan tinggi dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.



Sumber:
1. Artis Roddy Dezlly Roger 
2. Facebook Page Megastar Bintang Kecil 2019 



Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top