Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

UMS lokasi Augerah CLAS Ke-12 Sabtu ini

Debaran semakin terasa khusus kepada finalis yang bakal berentap dalam Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-12 (CLAS-12). Sudah tentu Anugerah Juara CLAS ini dinanti-nantikan oleh peminat setia Industri (Arena) Hiburan dan Muzik tempatan di luar sana. Anugerah CLAS adalah satu pertandingan popular tahunan muzik di Sabah, yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik Sabah.

Anugerah Juara CLAS-12 akan diadakan pada Sabtu ini, 02 Mac 2019 bertempat di Dewan Resital UMS, Kota Kinabalu.


Matlamat Anugerah Juara CLAS

Matlamat pertandingan adalah untuk menggalakan penciptaan lagu Bahasa Melayu (Malaysia) kalangan komposer tempatan dan dinyanyikan oleh artis-artis Sabah. Disamping, memberi galakan kepada komposer Sabah untuk menghasilkan lagu Melayu yang berkualiti dan menembusi pasaran di luar Sabah.

Bagi merebut gelaran Juara Lagu, setiap minggu 10 lagu ciptaan komposer tempatan berentap dalam carta mingguan disiarkan setiap Sabtu bermula pukul 2:00 petang hingga 3:00 petang selama 39 minggu melalui Sabah FM.

Sepanjang musim ke-12 ini, sebanyak 46 lagu telah tersenarai dalam carta dan diundi melalui kaedah undian Google form diperolehi menerusi Fan Page Facebook Carta Lagu Artis Sabah (CLAS).

10 lagu yang berentap di Anugerah Juara Lagu Carta Lagu Artis Sabah merupakan lagu yang paling lama menjuarai carta serta merupakan ciptaan sepenuhnya komposer tempatan Sabah. Anugera Juara CLAS sememangnya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik lagu-lagu daripada artis persembahan.

10 Lagu yang berentap dalam Anugerah Juara CLAS Musim 12

Sepuluh (10) lagu yang berentap dalam Anugerah Juara CLAS Musim 12 adalah seperti Keluh, Tanpaku Rela, Lelaki Bertuah, Cinta Kita, Tak Suka Tak Apa, Bila Esok, Keseorangan, Pencinta Dalam Rahsia, Hadirnya Dirimu dan Pernah. Ada diantara penyanyi-penyanyi ini membawakan lagu ciptaan mereka sendiri.

Senarai finalis adalah seperti berikut:

1. Tajuk Lagu : Keluh
    Komposer : Mawar
    Penulis Lirik : Mawar Kausar
    Penyanyi : Tantiana Tukiman

2. Tajuk Lagu : Tanpaku Rela
    Komposer : Bernard L. Michael
    Penulis Lirik : Bernard L. Michael
    Penyanyi : Keydeet Jack

3. Tajuk Lagu : Lelaki Bertuah
    Komposer : Nazri Saidali
    Penulis Lirik : Nazri Saidali
    Penyanyi : Hazeem

4. Tajuk Lagu : Cinta Kita
    Komposer : Anna Stanislaus
    Penulis Lirik : Anna Stanislaus
    Penyanyi : Anna Stanislaus & Jeffson J. Sipili

5. Tajuk Lagu : Tak Suka Tak Apa
    Komposer : Arjuna Cinta
    Penulis Lirik : Arjuna Cinta
    Penyanyi : Muja

6. Tajuk Lagu : Bila Esok
    Komposer : Benn Simon & Sharin Amud
    Penulis Lirik : Joe Nandu
    Penyanyi : Sharin Amud

7. Tajuk Lagu : Keseorangan
    Komposer : Saifulhan
    Penulis Lirik : Santiana
    Penyanyi : Santiana

8. Tajuk Lagu : Pencinta Dalam Rahsia
    Komposer : Apiz Paschya
    Penulis Lirik : Nazri Saidali & Mawar Kausar
    Penyanyi : Apiz Paschya

9. Tajuk Lagu : Hadirnya Dirimu
    Komposer : Ed Widad
    Penulis Lirik : Ed Widad & Dewi Kencana
    Penyanyi : Qalisya

10. Tajuk Lagu : Pernah
    Komposer : Wan Khatulistiwa
    Penulis Lirik : Wan Khatulistiwa & Henry G
    Penyanyi : Das Acoustica

Penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa artis tempatan Sabah seperti Dayang Noraini dan Kumpulan Atmosfera yang merupakan pemenang Anugerah Juara CLAS Musim 11 menerusi lagu 'Berakhirlah Sudah'. 

Pertandingan itu akan diadili oleh tiga juri profesional serta diiringi sepenuhnya oleh Gabungan Orkestra RTM Sabah dan UMS yang dipimpin oleh Frankie Laudi.

Orang ramai khususnya sekitar Kota KInabalu dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi pertandingan ini bermula pukul 8:00 malam. Masuk adalah PERCUMA. Pertandingan ini juga boleh diikuti secara langsung menerusi Sabah FM dan Live Streaming di Facebook Hiburan & Muzik RTM Sabah.


Sumber:

1. Penerbit Bersama Pertandingan Anugerah Juara CLAS Musim 12, Dayang Marni, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah
2. Anugerah CLAS ke-12 di UMS Sabtu ini, Hiburan, Harian Express; 28 Februari 2019
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading UMS lokasi Augerah CLAS Ke-12 Sabtu ini. Please share...!

Post Comment

1 Comment for "UMS lokasi Augerah CLAS Ke-12 Sabtu ini"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top