Pentas Akhir Carta GeminiFM dan Konsert Amal Sugandoi Negeri 2018
Stesen radio online GeminiFM sekali lagi bakal menemui peminatnya melalui pertandingan akhir Carta Lagu Gemini yang dijadualkan pada 23hb Jun (Sabtu) ini, jam 7:00 malam dan bertempat di Dewan Paroki Toboh, Tambunan.
Bahang Pentas Akhir Carta Lagu Gemini semakin hangat terasa. Para peminat bukan sahaja disajikan dengan pertandingan ini, malah pengunjung juga bakal disemarakkan lagi dengan Konsert Amal Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2018 bagi mengumpul dana untuk rumah kanak-kanak Bondulu (anak yatim) oleh peserta akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018. Konsert amal ini merupakan kesinambungan aktiviti selepas pertandingan akhir yang diilhamkan oleh Pengerusi Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah sendiri iaitu gundohing Evaristus Gungkit. Namun, aktiviti konsert amal ini tidak dapat dipastikan sama ada akan diteruskan pada masa-masa akan datang atau sebaliknya.
Pentas Akhir Carta GeminiFM dan Konsert Amal Sugandoi Negeri 2018 merupakan anjuran bersama oleh Radio Online GeminiFM dengan kerja sama Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2018.
Finalis yang akan menjayakan Konsert Amal Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2018 antaranya adalah Fransisca, Evana, Gretchene, Zarinie, Ryna, Terence Woritus, Mackdowell, Michelle dan Melinda.
Sementara itu, finalis Carta Lagu GeminiFM Musim Ke-3 (2017) adalah Raul Gonzales, Geo Tj, Olik, Rainol Tunggal dan Raizi Rezh. Manakala finalis Carta Lagu Promo GeminiFM 2017 adalah Jane Labit, Norshidah Egohalik, Francis Pudon, Rynoo, Heston Jr, Rusdiee Shah, Frankie Masanggon dan Jeffrin Ambun.
GeminiFM turut dibantu oleh beberapa penyampai radio (Dj) yang lain antaranya Dj Red (Papar); Dj Wendy (Tambunan); Dj Reh (Tuaran); Dj Ryan (Tamparuli); Dj Dediy (Sulawesi Indonesia) dan turut dibantu oleh admin dan crew GeminiFM dari pelbagai tempat.
Selain mengadakan aktiviti seperti pertandingan carta lagu, carta promo lagu, carta smule dan carta bakat terpendam, GeminiFM juga membantu mempromosi eco pelancongan yang ada di Sabah, membantu mempromosi produk dan bisnes tempatan serta mempromosi album artis-artis tempatan dan banyak lagi.
Peminat atau pendengar boleh mendengar radio online melalui aplikasi GeminiFM yang boleh dimuat-turun melalui Playstore.
Bahang Pentas Akhir Carta Lagu Gemini semakin hangat terasa. Para peminat bukan sahaja disajikan dengan pertandingan ini, malah pengunjung juga bakal disemarakkan lagi dengan Konsert Amal Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2018 bagi mengumpul dana untuk rumah kanak-kanak Bondulu (anak yatim) oleh peserta akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018. Konsert amal ini merupakan kesinambungan aktiviti selepas pertandingan akhir yang diilhamkan oleh Pengerusi Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah sendiri iaitu gundohing Evaristus Gungkit. Namun, aktiviti konsert amal ini tidak dapat dipastikan sama ada akan diteruskan pada masa-masa akan datang atau sebaliknya.
![]() |
Pentas Akhir Carta GeminiFM dan Konsert Amal Sugandoi Negeri 2018 |
Pentas Akhir Carta GeminiFM dan Konsert Amal Sugandoi Negeri 2018 merupakan anjuran bersama oleh Radio Online GeminiFM dengan kerja sama Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2018.
Finalis yang akan menjayakan Konsert Amal Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2018 antaranya adalah Fransisca, Evana, Gretchene, Zarinie, Ryna, Terence Woritus, Mackdowell, Michelle dan Melinda.
Sementara itu, finalis Carta Lagu GeminiFM Musim Ke-3 (2017) adalah Raul Gonzales, Geo Tj, Olik, Rainol Tunggal dan Raizi Rezh. Manakala finalis Carta Lagu Promo GeminiFM 2017 adalah Jane Labit, Norshidah Egohalik, Francis Pudon, Rynoo, Heston Jr, Rusdiee Shah, Frankie Masanggon dan Jeffrin Ambun.
Mengenai Radio Online GeminiFM
Radio online GeminiFM telah ditubuhkan pada 17 Julai 2016. Stesen radion online GeminiFM ini diasaskan oleh seorang belia iaitu Mohd Shah atau lebih dikenali dengan Dj Black yang berasal dari Kundasang, Sabah.GeminiFM turut dibantu oleh beberapa penyampai radio (Dj) yang lain antaranya Dj Red (Papar); Dj Wendy (Tambunan); Dj Reh (Tuaran); Dj Ryan (Tamparuli); Dj Dediy (Sulawesi Indonesia) dan turut dibantu oleh admin dan crew GeminiFM dari pelbagai tempat.
Selain mengadakan aktiviti seperti pertandingan carta lagu, carta promo lagu, carta smule dan carta bakat terpendam, GeminiFM juga membantu mempromosi eco pelancongan yang ada di Sabah, membantu mempromosi produk dan bisnes tempatan serta mempromosi album artis-artis tempatan dan banyak lagi.
Peminat atau pendengar boleh mendengar radio online melalui aplikasi GeminiFM yang boleh dimuat-turun melalui Playstore.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Pentas Akhir Carta GeminiFM dan Konsert Amal Sugandoi Negeri Sabah 2018 anda boleh menghubungi:-- Evaristus Gungkit (0168173159)
- Leonard Ingging (0138852237)
- Gilbert Gondungan (0138713372)
- Martha Ginun (0165838229)
- Maureen Inoh (01684384330)
- Wendy Rudolf (0128431017)
- Helen Gurini (0109480944)
- Christoper Podtung-011166045043
Sumber:
1. Puan Wendy Rudolf (Dj Wendy), Stesen Radio Online GeminiFM