KOTA KINABALU: Satu sesi lawatan rombongan 10 peserta akhir Sugandoi Kaamatan peringkat negeri sabah 2018 ke Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah yang terletak di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah dijalankan, semalam (Khamis). Rombongan ini diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sugandoi negeri Sabah, gundohing Evaristus Gungkit dan disertai bebrapa ahli jawatankuasa yang lain.
Objektif lawatan adalah untuk memberikan kefahaman dan pendedahan umum kepada peserta mengenai bidang penyiaran khasnya di Sabah dan Malaysia umumnya. Sementara itu, peserta juga menjalani sesi temuramah secara langsung berkaitan Sugandoi melalui siaran radio.
Para peserta juga berkesempatan untuk melawat pejabat Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) yang dijadualkan pada pukul 2:00 petang. Tujuan lawatan adalah untuk memberi sokongan padau kepada 7 orang peserta akhir Sugandoi Dazanak negeri yang sedang giat berlatih di LKNS bersama-sama dengan kugiran pengiring yang kesemua pemain muziknya adalah kalangan wanita.
Sementara itu, kesemua peserta akhir Sugandoi Kaamatan, Sugandoi Dazanak dan Sugandoi Songkotoun menjalani sesi latihan seperti biasa dan raptai penuh dijangka akan diadakan pada pukul 7:00 malam, hari ini (Jumaat) bertempat di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang.
Sumber:
1. Bidut @Bede ~ Ahli Jawatankuasa Pelaksana |SUgandoi Peringkat Negeri Sabah 2018
2. Ronney Bikin Panas ~ Ahli Jawatankuasa Pelaksana |SUgandoi Peringkat Negeri Sabah 2018
![]() |
Lawatan amal oleh peserta akhir Sugandoi Kaamatan 2018 |

Labels:
Hiburan Tempatan
Thanks for reading Sesi lawatan peserta akhir Sugandoi ke Jabatan Penyiaran Sabah. Please share...!
Post Comment
0 Comment for "Sesi lawatan peserta akhir Sugandoi ke Jabatan Penyiaran Sabah"
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.