Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Pendengar kini lebih mudah berhubung dengan talian Kupikupi Digi

KOTA KINABALU: Pendengar mahupun peminat Kupikupifm kini boleh berhubung dengan penyampai radio (Dj radio) secara lebih rapat lagi melalui talian Kupikupi Digi.

Sebagai rangkaian terbesar di Malaysia dan nombor 1 di Sabah, syarikat telikomunikasi Digi mensasarkan untuk menyediakan jaringan yang lebih luas kepada Kupikupifm dan pendengarnya tanpa batasan. Sehubungan itu, para pendengar boleh berkongsi maklumat atau komen mengenai program disamping, boleh  membuat permintaan lagu dan seterusnya mendedikasikan ucapan kepada keluarga dan rakan-rakan khusus melalui talian baru ini.

Dj. Velvet berinteraksi sama pendengar Kupikupifm melalui Facebook Live
Dj. Valvet sedang berinteraksi bersama pendengar Kupikupifm melalui Live Facebook

"Ini adalah kerjasama yang tepat antara Kupikupifm dan syarikat telikomunikasi Digi. Pendengar kami semakin bertambah, dan adakalanya mereka sukar untuk menembusi talian yang sibuk dan ini sedikit sebanyak menjejaskan matlamat sebagai stesen radio komuniti. Namun, dengan adanya talian Kupikupi Digi yang baru ini, maka, peminat mahupun pendengar hanya perlu menghantar ucapan, permintaan lagu, berkongsi info dan sebagainya melalui aplikasi whatsapp atau SMS (short message service). Menariknya, pemanggil terus boleh bersembang dan tidak perlu lagi menunggu panggilan mereka disambungkan kepada penyampai radio," demikian Encik Lester Miol, Pengurus Program Kupikupifm dipetik sebagai berkata.


Maklumat tambahan:-
1. Laman web Kupikupifm
2. Facebook Kupikupifm
3. Talian Kupikupifm-Digi (016-8816666)


Sumber:

1. Kupikupifm
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pendengar kini lebih mudah berhubung dengan talian Kupikupi Digi . Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pendengar kini lebih mudah berhubung dengan talian Kupikupi Digi "

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top