Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Pentas akhir Sugandoi Keningau pada 30 April ini

KENINGAU: Saingan sengit kesemua 17 orang peserta dalam pertandingan separuh akhir yang telah diadakan hari ini menyukarkan tugasan juri untuk memilih 10 orang peserta yang akan berentap semasa pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Keningau pada 30 April (Isnin), bermula jam 7:00 malam bertempat di Padang Bandaran Keningau.

Sepuluh (10) orang peserta akhir adalah Erney, Airon, Laidiah, Isniza, Marvel, Ronn, Mohd Effendi, Bibiyana, Bedrip dan Jaflex. Sementara itu, pertandingan akhir Sugandoi peringkat daerah Keningau ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Daniel S. Kinsik.

Peserta akhir Sugandoi daerah Keningau 2018
Peserta akhir Sugandoi daerah Keningau 2018
Selain persembahan oleh peserta akhir Sugandoi, para pengunjung khususnya peminat dalam arena muzik tempatan Sabah juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputan iaitu  Sharin Ahmud Shapri, juara sugandoi 2012; Zurinah, juara Sugandoi tahun 2017 dan Rushdy Raphael Mantoi, juara sugandoi 2015.

Seperti yang kita sedia maklum, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah mengistiharkan tahun ini merupakan tahun melawat Keningau pada 2 Mei 2017 dengan slogan "Permata di Pedalaman Borneo Utara", dengan itu, daerah ini dipilih sebagai lokasi Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah 2018. Bagi memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan, maka, majlis pelancaran ini bakal dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin pada 1 Mei.

Pesta Kaamatan peringkat daerah Keningau bermula sejak 26 April (Khamis). Selain pertandingan akhir sugandoi, pelbagai aktiviti yang bakal berlangsung pada 30 April (Isnin). Antara sorotan acara-acara lain yang dijadualkan adalah pertandingan masakan tradisi, pertandingan sukan tradisi, raptai Unduk Ngadau Kaamatan, pertandingan koir Kaamatan, dan raptai majlis perasmian pesta Kaamatan.

Atur cara Program Pesta Kaamatan Keningau 2018
Atur cara Program Pesta Kaamatan Keningau 2018
Oleh itu, masyarakat negeri Sabah, khususnya penduduk daerah Keningau dan sekitarnya diseru untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana Pesta Kaamatan di daerah Keningau dan seterusnya menjayakan Tahun Melawat Keningau 2018.


Sumber:

1. En. Rodney Isaac Junior ~ Info pertandingan Sugandoi daerah Keningau 20018.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pentas akhir Sugandoi Keningau pada 30 April ini. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pentas akhir Sugandoi Keningau pada 30 April ini"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top