Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

15 peserta separuh akhir Sugandoi Papar 2018

Papar : Seramai 15 orang peserta Sugandoi Kaamatan daerah Papar akan berentap dalam peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada 29 April 2018 (Ahad) bertempat di Dewan Masyarakat Papar.

Ahli Jawatankuasa Sugandoi peringkat daerah Papar memaklumkan, sekurang-kurangnya seramai 21 orang peserta yang telah datang dan mengambil bahagian dalam saringan Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Papar. Manakala, seramai 7 orang peserta yang tampil dalam pemilihan Sugandoi Dazanak yang dijalankan bermula jam 12:00 tengah hari hingga 4:00 petang, hari ini.

En. Petrus, Pengerusi (kiri) bergambar bersama 15 peserta separuh akhir Sugandoi daerah Papar 2018
En. Petrus, Pengerusi (kiri) bergambar bersama 15 peserta separuh akhir Sugandoi daerah Papar 2018

Hibransabah.com difahamkan seramai 5 orang peserta yang akan dipilih untuk berentap dalam pertandingan akhir Sugandoi Dazanak. Walau bagaimanapun, Pengerusi melalui AJK Sugndoi daerah Papar mengumumkan bahawa kesemua 7 orang peserta Sugandoi Dazanak tersebut dipilih untuk berentap dalam peringkat akhir pada 2 Mei 2018.

15 peserta separuh akhir Sugandoi Kaamatan 2018 adalah Stanley Rawrence, Michelle Kasianus, Dyna Robert Leong, Rohn Hefean, Kong Vui Min, Nivieson Jimmy, Jeto Junas, Dyanne Yvonne Peter Matin, Reenn Abigail, Batsie Nola, Christevon Peter, Dona Padilis, Scolastica Ann, Shane Cladius dan Berthineilly Johanis.

Manakala, 7 orang peserta akhir Sugandoi Dazanak daerah Papar adalah Benardo Heavenly, Jacynta Jeorebore, Serena Ann Wong, Nurain Zanirah, Thompson Thomas, Isabel Omaro dan Madeline Viviyana.

Sementara itu, En. Martcel Minami (Dj Suga ~ Sabah VFM) dan En. Ronney (popular dikenali sebagai Ronney Bikin Panas) merupakan juri-juri awal pemilihan peringkat saringan Sugandoi daerah Papar. Kedua-dua juri juga merupakan Ahli Jawatankuasa Sugandoi peringkat negeri Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi daerah Papar iaitu En. Petrus Martin menyeru kepada orang ramai khususnya penduduk daerah Papar untuk datang dan sama-sama memeriahkan lagi pertandingan Sugandoi ini. Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan tiket masuk pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan 2018 bolehlah menghubunginya terus melalui panggilan telefon di talian 013-8704556.


Sumber:

1. En. Petrus Martin, Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi daerah Papar.
2. Peringkat Saringan Sugandoi Papar 2018 (22hb April 2018)
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading 15 peserta separuh akhir Sugandoi Papar 2018. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "15 peserta separuh akhir Sugandoi Papar 2018"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top