Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Marsha dan Velvet realisasikan konsert di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Artis kelahiran Sabah, Marsha Milan (penyanyi, pelakon dan pengacara) dan Velvet Anduk (penyanyi dan penyampai radio Kupikupifm) bakal bergabung dalam konsert Marsha & Velvet Live in KK bertempat di Drum Asia Live KK, Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu pada Sabtu ini, 28 April 2018 bermula jam 8 malam.

Marsha & Velvet realisasikan konsert di Kota Kinabalu
Marsha & Velvet realisasikan konsert di Kota Kinabalu
Konsert ini merupakan kelangsungan karier seni bagi kedua penyanyi yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia dan sehingga kini masih kekal aktif dalam bidang seni suara. Pengalaman lebih 10 tahun dan kematangan dalam persembahan pentas akan dipersembahkan dalam konsert ini yang akan menampilkan 15 buah lagu hit termasuk single terbaru serta persembahan secara duet.

Menurut Marsha, sesungguhnya tawaran yang diberikan tidak akan dipersia apatah lagi dapat bernyanyi bersama dengan sahabat baik sendiri, Velvet.

"Ini merupakan konsert yang kami impikan bersama kerana impian ini sebenarnya mulai tercetus sejak kami belum berumahtangga lagi. Namun, disebabkan kekangan masa, komitmen yang pelbagai serta jarak tempat tinggal membuatkan hasrat tersebut tertangguh seketika. Justeru, tawaran yang diberikan oleh pihak Drum Asia Studio dan Bornaya Records adalah peluang yang tidak harus dipersiakan. Apatah lagi dapat berkolaborasi bersama sahabat baik saya, Velvet." Marsha dipetik sebagai berkata ketika ditemui oleh Hiburansabah.com bersama media tempatan lain dalam sidang media yang diadakan, hari ini.

Sidang media sempena konsert Marsha & Velvet
Marsha & Velvet
Sementara itu, Velvet pula mahu menginspirasikan dan berkongsi bakat kepada peminat yang sering memberi sokongan yang tidak terhingga.

"Gabungan kami berdua bagaikan kisah dua sahabat rapat yang mempunyai impian yang sama iaitu mahu membuktikan bakat yang dikurniakan harus dikongsi bersama peminat khususnya di Sabah yang sentiasa memberi sokongan sejak daripada Akademi Fantasia lagi. Menariknya, kami berdua akan menyanyikan lagu duet terbaru bertajuk Sumandak Sabah buat pertama kali semasa konsert ini."

Sidang media sempena konsert Marsha & Velvet
Sidang media sempena konsert Marsha & Velvet
Lagu Sumandak Sabah merupakan ciptaan Rich dari Kumpulan Estranged. Manakala, lirik lagu tersebut ditulis oleh Marsah Milan dan Velvet Anduk sendiri. Ia merupakan sumbangan mereka berdua untuk industri muzik tempatan dan didedikasikan khusus kepada kaum wanita di Sabah yang meraihkan acara pertandingan Unduk Ngadau dan menceritakan tentang kemeriahan Pesta Kaamatan.

Kesempatan ini, Marsha dan Velvet mengekspresikan ucapan terima kasih kepada Drum Asia Studio, Bornaya Records, Kupikupifm dan Bryan Kouju Studio serta pihak penaja diatas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada mereka berdua. Peluang yang diberikan ini memberikan penanda aras baru bagi menguatkan jenamah Marsha dan Velvet sebagai penyanyi di Malaysia.

Sidang media sempena konsert Marsha & Velvet
Marsha & Velvet
Tiket konsert ini boleh didapati secara online melalui laman web www.marshavelvetliveinkk.eventbrite.com atau di Oceanus Waterfront Mall, Music Monster Academy Kepayan Point dan di Kupikupifm. Harga tiket RM30 (Standard); RM70 (VIP) dan 50% diskaun untuk pelajar.

Drum Asia Studio & Bornaya Records

Drum Asia Studio adalah sebuah syarikat event yang menganjurkan pelbagai acara di Malaysia. Acara-acara yang telah pernah dianjurkan termasuklah Konsert Estranged Live di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Manakala, Bornaya Records merupakan syarikat Record Label yang menguruskan artis seperti Estranged, Velvet dan Marsha.

Hubungi Encik Richael L. Gimbang (Pengurus Operasi) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Drum Asia Studio dan Bornaya Records melalui talian +60 13-240 9060 atau email: richael.lg@gmail.com.


Sumber:

1. Sidang media, Pejabat Kupikupifm pada 24 April 2018 (Rabu), jam 1 petang.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Marsha dan Velvet realisasikan konsert di Kota Kinabalu. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Marsha dan Velvet realisasikan konsert di Kota Kinabalu"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top