Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Konsert KupikupiFM - Kejutan band Kotak kepada penonton Sabah

Konsert KupikupiFM kian membara. Sudah tentu ramai pendengar stesen radio KupikupiFM 96.3 ini tidak sabar untuk menyaksikan konsert yang kali ketiga penganjurannya dibuat di Dewan Hongkod Koisaan KDCA. Konsert yang dijadualkan pada 7 April 2018 bermula pukul 6:00 petang hingga 11:00 malam ini sekali lagi bakal mencipta sejarah, memori terindah buat arena hiburan di Sabah.

Saban tahun stesen radio KupikupiFM menganjurkan konsert dan tidak dinafikan setiap tahun ada kelainannya tersendiri. Tidak ketinggalan penganjuran konsert pada tahun ini, ia sememangnya tapak lebih meriah dengan penganjuran aktiviti yang menarik dan pelbagai sehinggakan para pengunjung berpeluang bakal memenangi hadiah utama cabutan tiket bertuah iaitu berupa motorsikal Honda X5. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?

Artis kumpulan rock dari Indonesia, KOTAK Band
Artis kumpulan rock dari Indonesia, KOTAK Band

Penonton konsert KupikupiFM sangat bertuah kerana mereka bukan sahaja bakal dihiburkan oleh artis-artis tempatan Sabah, malah, mereka juga akan dihiburkan oleh artis band rock dari Indonesia iaitu KOTAK Band.

Hiburansabah.com sempat mengikuti pertemuan bersama Kotak band melalui wawancara esklusif yang diadakan pada 6 April 2018 (Jumaat) bertempat di perkarangan Dewan Hongkod Koisaan KDCA.

Ini merupakan pertama kalinya band Kotak datang dan membuat persembahan di Sabah. Menurut Kotak band perkataan Sabah itu sendiri tidak begitu sinonim bagi mereka namun, Kotak band pernah mendengar Kota Kinabalu sebelum ini dan mengungkapkan negeri Sabah suatu tempat yang menyenangkan, sejahtera, damai, santai dan penduduknya mesra. Kotak band juga menyifatkan Sabah ini tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan Kalimantan, Indonesia.

Kotak band tidak mempunyai Fan-base di Sabah, namun, tidak menyangka bahawa ada yang mengenali band rock ini di sini. Maklum balas diterima ketika salah seorang ahli band ini memuat naik gabar / status melalui aplikasi Instagram dan Twitter. Kotak band juga berhasrat untuk menubuhkan Fan-base di Sabah jika band ini mendapat reaksi positif semasa malam persembahan konsert KupikupiFM itu nanti.

Hiburansabah.com difahamkan band Kotak ini akan mendendangkan sekurang-kurangnya 10 - 12 lagu hits termasuk lagu pop hits lama dan terkini. Penonton juga bakal dikejutkan kerana band Kotak bakal mendendangkan lagu hits tempatan. Idea untuk menyanyikan lagu hits tempatan ini datang secara spontan yang disaran oleh KupikupiFM. Justeru, sahutan diterima kerana menurut Kotak band lagu tersebut merupakan lagu yang unik dan akan disampaikan dengan versi tersendiri. Walau bagaimanapun, band ini tidak mendedahkan secara terperinci tajuk lagu tempatan yang bakal dinyanyikan kerana ia adalah kejutan buat Sabahan!

Peminat band rock Indonesia ini bakal mengeluarkan single baru Kotak band yang bertajuk "Masih Ada" pada April 2018. Sementara itu, band ini juga berharap dapat berkolobarasi bersama artis tempatan pada masa akan datang.

Kotak band merakamkan jutaan terima kasih kepada stesen radio KupikupiFM kerana kerap memutarkan lagu mereka di corong 96.3 FM, media massa yang menerbitkan berita dan  mempromosi band Kotak di Sabah. Kotak berharap agar karya mereka diterima oleh masyarakat Sabah. Kotak juga mengekspresikan terima kasih tenan promo di sabah. Disamping, berharap agar ramai yang datang dan terhibur dengan persembahan pada malam konsert itu nanti.


Sumber:
1. Wawancara esklusif bersama Kotak Band di KDCA Penampang.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Konsert KupikupiFM - Kejutan band Kotak kepada penonton Sabah. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Konsert KupikupiFM - Kejutan band Kotak kepada penonton Sabah"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top