Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Konsert VOKfm sempena Tahun Melawat Keningau 2018

Daerah Keningau mempunyai pelbagai tarikan semula jadi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai produk pelancongan terunggul di negara ini. Disamping kepelbagaian suku kaum, kebudayaan dan warisan dalam masyarakat Keningau, daerah Keningau juga mempunyai banyak pilihan lokasi pelancongan antaranya Gua Laing, Air Terjun Mandanan, Taman Perkelahan Bandukan dan Taman Perkelahan Minansut.

Konsert VOKfm 2018 di Keningau
Konsert VOKfm 2018 di Keningau

Mengimbas kembali ucapan pengumuman oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan semasa Program Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 1Malaysia Voluntourism pada 2 Mei 2017, beliau telah mengistiharkan tahun 2018 merupakan Tahun Melawat Keningau dengan slogan "Permata di Pedalaman Borneo Utara".

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang sempena Tahun Melawat Keningau 2018. Salah satunya adalah Konsert VOKfm 2018 melalui Program Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau & Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2018 (26 April - 1 Mei).

Konsert VOKfm 2018 Keningau akan diadakan pada 28 April (Sabtu), di Padang Bandaran Keningau, bermula jam 8:00 malam. Warga Keningau diseru untuk sama-sama menyaksikan persembahan artis tempatan negeri Sabah seperti Alister Leonard Alai, Mixcius, Santiana Ramli, Shahrin Ahmud Shapri, Rhowell, Gilo, Cychy Alinjiran, Afiezal Fahmi, Ryna Tongkooh serta penampilan khas Sumarli The Ventriloque.

Selain Konsert VOKfm, banyak aktiviti yang diadakan pada hari berkenaan antaranya pertandingan paluan gong, pertandingan sukan tradisi, pertandingan gusti lengan, sukaneka kanak-kanak, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan Unduk Ngadau Dazanak dan persembahan muzik bambu.

Program Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau & Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2018 ini berlangsung selama 6 hari iaitu bermula pada 26 April hingga 1 Mei 2018. Marilah bersama memeriahkan Pesta Kaamatan in.

Kebudayaan Asas Perpaduan dan Persaudaraan

(Koubasanan Impovon Pisompuruan om Piobpinaian)



Sumber:

1. Reynaldo Raymond Paggie - Penyampai Radio, VOKfm Sabah.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Konsert VOKfm sempena Tahun Melawat Keningau 2018. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Konsert VOKfm sempena Tahun Melawat Keningau 2018"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top