Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Kemeriahan konsert Marsha dan Velvet di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Kemeriahan "Konsert Marsha & Velvet Live in Kota Kinabalu" dirasakan apabila lebih 500 peminat hadir menyaksikan persembahan mantap dua penyanyi kelahiran Sabah, Marhsa Milan dan Velvet bertempat di Drum Asia Live, Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu semalam.

Konsert Marsha & Velvet Live in Kota Kinabalu
Konsert Marsha & Velvet Live in Kota Kinabalu

Peminat dihiburkan sebanyak 16 buah lagu hit dan persembahan duet daripada kedua-dua penyanyi tersebut. Marsha Milan mendendangkan lagu-lagu hit beliau seperti Hilang, Bebaskan dan Untuk Terakhir Kali. Beliau turut mengundang penyanyi jemputan untuk berduet dengan penyanyi kelahiran Sabah Adam Syamil yang merupakan seorang berpengaruh dalam media sosial menerusi lagu Selalu Milikmu. Lagu Selalu Milikmu merupakan lagu duet Marsha bersama aktor dari Indonesia iaitu Randy Panggalila. Selain itu, beliau juga turut menampilkan Kumpulan Koir Unity Chorale untuk menyanyikan lagu Lay Me Down, Bebaskan dan Sumandak Sabah. Marsha pernah menyertai kumpulan koir tersebut sebelum menyertai Akademi Fantasia.

Marsha Live in Kota Kinabalu
Marsha Live in Kota Kinabalu

Sementara itu, Velvet Aduk mempersembah lagu-lagu ciptaan beliau sendiri seperti Tolong, Jauh, Bayanganmu, Ku Perlu dan lagu bahasa Sabah Onuai Oku Timpu serta lagu bertajuk Kini Detiknya yang pernah dinyanyikan di konsert final Akademi Fantasia 4.

Sebelum melabuhkan tirai konsert Marsha dan Velvet juga memperdengar single terbaru mereka dalan bahasa Sabah bertajuk Sumandak Sabah. Lagu duet terbaru itu telah dipersembahkan  secara eksklusif buat kali pertama sebelum diedarkan di semua platform digital dalam masa terdekat ini.

       
Velvet Live in Kota Kinabalu
Velvet Live in Kota Kinabalu

Bercakap kepada media hiburansabah.com, Marsha dan Velvet mengungkapkan konsert ini merupakan memori paling indah buat mereka berdua.

"Kami berasa sangat bertuah dengan sokongan yang diberikan oleh semua yang hadir pada malam ini. Setiap sorakan dan tepukan bagaikan memberi energi kepada setiap persembahan kami.  Setelah sekian lama menyimpan impian, akhirnya tercapai dan ia memberikan memori paling manis buat kami  apatah lagi konsert ini diadakan ditempat kelahiran kami di Sabah."


Konsert Marsha & Velvet Live in Kota Kinabalu
Konsert Marsha & Velvet Live in Kota Kinabalu

"Konsert ini bagaikan satu tanda aras baru dalam kerjaya nyanyian saya. Ini adalah antara usaha keras saya untuk mengukuhkan dan membuktikan kemampuan sebagai seorang penyanyi. Semoga kegigihan saya bersama pihak pengurusan membuahkan hasil yang berbaloi dimasa hadapan," ujar Marsha.

Menurut Velvet pula, "Mungkin bagi sesetangah pihak menyangka saya agak sepi dari industri muzik tempatan. Mungkin kerana kehidupan saya lebih banyak tertumpu di Sabah. Namun saya masih aktif mencipta lagu selain bekerja sebagai penyampai radio di Kupi Kupi FM.  Kesempatan ini bagaikan memberi isyarat untuk saya lebih aktif lagi memeriahkan industri seni," katanya.

Konsert yang sudah pasti meninggalkan memori indah buat kedua penyanyi ini anjurkan oleh Drum Asia Studio dengan kerjasama Bornaya Records, Kupi Kupi FM dan Bryan Kouju Studios.


Sumber:

1.  Deborah Lawrence Anduk ~ Pengurus Artis, Velvet Anduk
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Kemeriahan konsert Marsha dan Velvet di Kota Kinabalu . Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Kemeriahan konsert Marsha dan Velvet di Kota Kinabalu "

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top