Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Konsert KupikupiFM 2018 tampil lebih meriah

Peminat dan pendengar Kupikupifm akan dihiburkan dengan konsert Kupikupifm yang kini kembali dengan lebih meriah sempena sambutan ulang tahun ke-2 stesen radio itu. Konsert ini akan diadakan di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang pada hari Sabtu, 7 April 2018 bermula dari 6.00 petang hingga 11.00 malam dan masuk percuma, “first come first serve”.

Barisan artis Konsert dan krew KupikupiFM 2018
Barisan artis Konsert dan krew KupikupiFM 2018

Kami sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada pendengar sejak dua tahun lalu dan ini benar-benar menggalakkan diri saya dan pasukan untuk memberikan yang terbaik kepada pendengar setia kami ... kita kita juga baini!

"Konsert ini merupakan cara kami mengekspresikan ucapan terima kasih kepada pendengar di luar sana," kata Lester Miol, Pengurus Program Kupikupifm.

Tahun ini Kotak, band rock dari Indonesia akan menjadi band jemputan semasa Konsert Kupikupifm 2018 dan akan tampil buat kali pertama di Sabah. Peminat-peminat berpeluang untuk berjumpa dengan Kotak semasa sesi "Meet & Greet".

Sementara itu, peminat juga bakal dihiburkan oleh artis tempatan antaranya Stacy, Rosario Bianis, Velvet, Elica Mentor, Alister Leonard Alai, Atmosfera, 5 Bintang Borneo, James Yahaiband, Jujur, Rash, Maxcius Gayah, George Lian, S Welly dan Kinabalu Kings.

Velvet akan mempersembah single tempatan (Dusun) barunya, "Onuai Oku Timpu" sempena konsert itu nanti. Album sulung Velvet juga akan dijual dan peminat boleh mendapatkannya di gerai Kupikupi. Malah, peminat dan pendengar boleh bergambar dan mendapatkan tandatangan setiap pembelian CDnya melalui penampilan esklusif Velvet bermula dari 4.30 - 5.30 petang.

"Selain itu, kami juga ingin memberi penghargaan khas kepada Datuk Justin Stimol yang banyak memberi sumbangan kepada industri muzik tempatan dalam segmen "Anugerah Legend Kita" semasa konsert itu nanti," kata Lester.

Satu lagi kemuncak yang tidak boleh dilupakan sempena Konsert Kupikupifm iaitu Singgah Kupi Kupi, yang merupakan karnival makanan dan riadah untuk seisi keluarga bermula dari pukul 12 tengah hari. Pengemar boleh membeli makanan tempatan yang lazat daripada 20 “Foodtruck” makanan yang sebelum ini pernah ditemu ramah melalui program Bisnes Urang Kita, terbitan Kupikupifm.

Aktiviti-aktiviti lain untuk hiburan pengunjung termasuklah persembahan Buska Buskers, penampilan badut, “Photobooth” eksklusif percuma pada asas servis pertama, penampilan penyiar terbaru Kupikupifm, Rezu dan pelbagai aktiviti lain yang melibatan krew Kupikupifm.

Barangan esklusif edisi terhad Kupikupifm turut dijual. Setiap pembelian barangan esklusif Kupikupifm ini, pembeli akan berpeluang menyertai peraduan cabutan bertuah untuk memenangi hadiah utama motorsikal Honda EX5 yang ditaja oleh Stanley atau hadiah bertuah berupa percutian 2 hari / 3 Malam di Kawag Danum Rainforest Lodge.

Laster mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kami yang sentiasa menyokong dan mempercayai Kupikupifm. Antara penaja yang menjayakan konsert ini adalah Stanley, Ford Ranger, Sidma College, Lintas Platinum Hotel, Mega Boogie Sound & Lighting Revolution, Millenium Video Production, Bryan Kouju Studio, Kwag Danum Rainforest Lodge dan khusus kepada semua pendengar dan peminat setia Kupikupifm.


Sumber:
1. KupikupiFM
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Konsert KupikupiFM 2018 tampil lebih meriah. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Konsert KupikupiFM 2018 tampil lebih meriah"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top