Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Doktor Praveen berbangsa India viral kerana lagu Dusun

DR. Praveen Abraham semakin terkenal dalam kalangan pengguna Facebook, YouTube dan aplikasi Whatsapp dengan kebolehannya menyanyikan lagu Dusun
DR. Praveen Abraham semakin terkenal dalam kalangan pengguna Facebook, YouTube dan aplikasi Whatsapp dengan kebolehannya menyanyikan lagu Dusun

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Ini lah peribahasa yang sesuai diungkapkan kepada jejaka India yang berasal dari Selangor, menjadi bualan netizens selepas klip rakaman video beliau menyanyikan lagu dalam bahasa Dusun menjadi viral.

Doktor Praveen Abraham yang berasal dari Petaling Jaya menjadi sensasi di media sosial yang mana pengguna telah menyatakan betapa kagum keupayaannya menyanyikan lagu dalam bahasa Dusun.

Menurut beliau, klip pesembahan nyanyiannya bertajuk Id Pagandadan yang dirakam oleh individu yang tidak dikenalinya tanpa disedari semasa majlis perkahwinan rakannya di Kampung Inobong, Penampang pada 27 Januari lalu. Namun, klip video berkenaan menjadi viral hanya disedarinya sejak seminggu lepas tatkala menerima banyak panggilan telefon dan mesej daripada rakan dan keluarganya sendiri.

Doktor berusia 36 tahun ini mengatakan bahawa ramai bukan rakyat Sabah telah mendengar lagu etnik Dusun yang dinyanyikan olehnya buat kali pertama.

Bagaimanapun, ada juga yang mendakwa bahawa beliau berbangsa asing (India) dan hanya menghafal lirik lagu tersebut namun, beliau tidak menghiraukan dakwaan tersebut kerana boleh bertutur dalam bahasa Dusun.

Doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Manggatal, Sabah ini mempunyai ibu angkat daripada etnik Dusun di Tambunan ini juga meminati lagu Kosorou Kopo Nangku Doho nyanyian Jestie Alexius dan lagu Anawau Ulan yang dinanyikan oleh Mary Intiang.

Hiburansabah.com sempat meninjau laman media sosial Facebook : Praveen Abraham  dan mendapati sungguhpun Doktor Praveen Abraham bertugas sebagai seorang doktor namun beliau sememangnya telah lama berkecimpung dalam bidang muzik. Beliau bukan sahaja berkebolehan dalam nyanyian malah, beliau juga boleh bermain piano / keyboard.

Sumber:
1. Berita Harian
2. New Straits Times
3. Facebook : Praveen Abraham 

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top