Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Kolaborasi Elica Mentor Bersama Arddley Nicholas

Arddley Nicholas, yang dinobatkan sebagai Juara Punya Sadap Sabah Talent musim pertama tahun 2017 yang berlangsung di Dewan KDCA Hongkod Koisaan Penampang pada 30hb Jun terus mengorak langkah maju ke hadapan dengan membuat penampilan istimewa melalui kolaborasinya bersama dengan Angelica Paujin atau mesra dengan panggilan Elica Mentor yang merupakan Juara Mentor Millennia 2017.

Kolaborasi Elica Mentor & Arddley
Kolaborasi Elica Mentor & Arddley

Kolaborasi 

Peminat industri muzik tempatan boleh menyaksikan penampilan khas ini melalui video yang telah dimuat naik ke Youtube. Saksikan gandingan mantap Elica Mentor dan Arddley Nicholas melalui kolaborasi lagu yangbertajuk Almost is Never Enough, lagu yang dipopularkan oleh Ariana Grande ft. Nathan Sykes.

Almost is Never Enough - Elica Mentor & Arddley Nicholas (Cover Version)

Sumber :
1. Youtube: Almost is Never Enough - Elica Mentor & Arddley Nicholas (Cover Version)
2. Facebook : Arddley Nicholas

Persatuan Komposer Dan Pembikin Muzik Video Sabah (SCORE)

Apa Itu SCORE?

Persatuan Komposer Dan Pembikin Muzik Video Sabah (Sabah Composers and Music Video Makers Association) dengan slogan "Bubut Hak Kita" adalah sebuat persatuan yang mewakili komposer dan pembikin video muzik di Sabah secara amnya.

Fungsi utama SCORE adalah memupuk kesedaran tentang pentingnya hak cipta sesebuah karya seni itu dan ia harus dijaga sampai bila-bila.

Persatuan Komposer & Pembikin Muzik Video Sabah
Persatuan Komposer & Pembikin Muzik Video Sabah

Sepertimana yang kita ketahui, banyak badan mahupun persatuan yang bergerak mewakili pengkarya seni di negeri Sabah ini, dengan matlamat yang berbeza tetapi ke arah tujuan yang sama iaitu memeartabatkan industri seni tempatan. Memandangkan keperluan dalam berkarya semakin meluas dan mendapat sambutan maka SCORE tidak ketinggalan dalam menjadi salah satu pilihan alternatif sebagai pengemudi ke arah pembangunan industri tersebut. Setiap karya seni yang dihasilkan mempunyai jiwanya tersendiri dan semetinya seseorang pengkarya itu harus peka tentang hak dan hal-hal yang berkaitan dengan nilai hasil seni itu sendiri.

Matlamat SCORE 

Pertubuhan ini mendapat sokongan positif dan kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada badan kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) termasuklah syarikat-syarikat produksi yang lainnya.

Pertubuhan ini adalah berlandaskan kepada enam (6) matlamat utama:

  1. Memberi kesedaran kepada pengkarya-pengkarya lagu dan muzik video pentingnya hak cipta.
  2. Memberi kesedaran kepada permis-permis yang berasaskan keuntungan untuk melaksanakan tanggungjawab pembayaran royalti terhadap karya-karya lagu dan muzik video kepada badan-badan pengutip royalti umum di Malaysia. Permis perniagaan seperti Pusat Karaoke, Pub, Pusat Membeli Belah, Restoran, Hotel dan Persembahan Umum.
  3. Memberi kesedaran kepada penganjur-penganjur hiburan umum yang menggunakan karya-karya lagu dan muzik video untuk membayar royalti kepada badan pengutip royalti umum di Malaysia.
  4. Membantu dan memberi maklumat kepada badan-badan pemungut royalti dan penguatkuasaan.
  5. Memberi ilmu kepada pengkarya-pengkarya lagu dan muzik video di Sabah untuk meningkatkan kualiti karya.
  6. Menyatupadukan semua pihak yang terlibat dalam industri seni di Sabah di bawah satu bumbung seperti pengkarya-pengkarya lagu dan muzik video, pemilik permis-permis, badan-badan kerajaan, media cetak dan elektronik

Siapa yang Layak Menjadi Ahli?

Sesiapa sahaja yang memenuhi syarat adalah layak untuk menjadi ahli SCORE dan antar syarat utama yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Warga negara Malaysia yang bermastautin di negeri Sabah.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Seorang komposer atau pembikin video muzik

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai SCORE, anda boleh menghubungi:

Tina (017-8922030) dan 010-9370912.

Email : score.sabah@gmail.com
Facebook : SCORE

Alamat:
32-1, Lot 33, 1st Floor, Block E, Inanam Business Center, 88450 Kota KInabalu, Sabah.


Sumber :
1. Tuan Asmin Mudin, Presiden SCORE

Eiffel Naib Juara Bintang Kecil RTM 2017

Eiffel Paul Pailus yang merupakan Juara Sugandoi Dazanak tahun 2017 sekadar berpuas hati apabila diumumkan sebagai Naib Juara Bintang Kecil 2017 ketika keputusan akhir diumumkan secara langsung dari Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching Sarawak pada Ahad, 3hb Disember lepas.

Eiffel, Naib Juara Bintang Kecil 2017
Eiffel, Naib Juara Bintang Kecil RTM 2017

Kemuncak Bintang RTM 2017 menyaksikan Eiffel mempersembah dua (2) buah lagu iaitu Takkan Terpisah (Black) dan Don't Stop Believing (Journey) menerima hadiah berupa wang tunai RM7,000 beserta piala dan sijil. Sementara itu, dua peserta lain dari Sabah iaitu Dayang Irsyadhania Binti Iraril (Dhania) yang mendendangkan lagu Ku Udara Lagi (Francisca Peter) dan Stronger (Kelly Clarkson) serta Ain Fariesha Binti Azamain (Fariesha) dengan lagu yang disampaikan adalah Rela (Ella) dan Let It Go (Idina Menzel) masing-masing menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai berjumlah RM4,000 beserta piala dan sijil.

Antara artis yang membuat persembahan pada malam itu adalah Aizat Amdan, Syamel, Ara Johari dan Ismail Izzani. Manakala, konsert akhir tersebut dihoskan oleh Anding.

Finalis Bintang Kecil RTM 2017
Finalis Bintang Kecil RTM 2017

Sumber:
1. Facebook : Bintang Kecil RTM
2. Siaran Langsung Kemuncak Bintang Kecil RTM 2017 (TV 2)


Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top