Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

VOKfm Bakal Menggegarkan Stesen Radio Sabah

Voice of Kinabalau (VOKfm) 

Sebuah lagi stesen radio swasta tempatan Sabah bakal memulakan siarannya tidak lama lagi. Stesen radio yang dikenali sebagai VOKfm atau Voice of Kinabalau, merupakan stesen radio komuniti yang bermatlamat untuk mempromosikan Sabah amnya kepada pendengar sejagat.

Kemunculan stesen radio baharu dengan tagline 'Bukan Biasa-Biasa' ini, menyasarkan pendengar muda dengan gabungan muzik elemen hiburan sebagai asas kekuatan selain pengisian program yang memberi fokus terhadap citarasa dan budaya setempat.

Credit picture to: VOKfm
Voice of Kinabalu (VOKfm)
Voice of Kinabalu (VOKfm) Team

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Stesen radio itu, Mohammad Faqrullah Azim, berkata VOKfm bakal memberikan saingan sihat kepada industri radio dan muzik di Sabah. Beliau yang berpengalaman luas lebih 12 tahun bersama-sama dengan beberapa stesen radio negara yakin bahawa VOKfm akan menjadi fenomena baharu dan menarik pendengar untuk mengikuti saluran ini.

VOKfm Bersiaran

VOKfm yang akan bersiaran di Golden Hill, Inanam ini akan menjalankan siaran ujian secara streaming bermula minggu ini sebelum ke udara secara LIVE pada 16hb September melalui laman web www.vokfmsabah.com.

Selepas itu, VOKfm akan bersiaran melalui frekusnsi FM secara berperingkat yang mana pendengar dijangka akan dapat menikmati siaran ini secara langsung sekitar Kota Kinabalu dalam masa terdekat sebelum diperluaskan pada masa akan datang.

Penyampai Radio VOKfm

Penyampai radio yang bakal menghangatkan konti VOKfm merupakan barisan yang berpengalaman luas dalam arena hiburan dan muzik sabah antaranya adalah Rey Kimara, Felix Agus dan Ramli Carlo. VOKfm turut membariskan Beebey Aegy Pop dan Roger (popular dengan gelaran SaliparJipun) serta beberpa penyampi baru yang bakal diceriakan lagi dengan kemunculan mereka di stesen radio baru ini.

Sidang Media VOKfm
Sidang Media VOKfm

Sementara itu, VOKfm juga bakal mencari bakat peyampai baru dari semasa ke semasa sesuai dengan matlamatnya untuk membangunkan industri penyiaran radio di Sabah.

Kandungan Rancangan

Menurut Rey yang juga bertindak sebagai Pengurus Rancangan stesen radio itu berkata siaran radio akan disi dengan beberapa segmen. Rey sendiri akan mengendalikan siaran dari jam 6 - 10 pagi, Beebey (10 pagi - 2 petang), Felix dan Ramle (3 petang - 7 malam) dan Aegy Pop akan bergandingan dengan Roger dari jam 8 - 12 tengah malam).

Siaran yang bermula dari jam 2 - 3 petang dan dari jam 7 - 8 malam, VOKfm akan ke udara menerusi transimis automatik.

Lagu Siaran

Lagu yang bakal diputarkan melalui VOKfm adalah merupakan gabungan lagu-lagu hits tempatan Sabah, trek antarabangsa termasuklah lagu oldies. Pendengar juga bakal disajikan dengan pelbagai lagu daripada etnik yang berbeza di Sabah melalui segmen khusus pada hujung minggu.

VOKfm mementingkan soal terhadap pemilihan lagu-lagu tempatan, daripada segi kualiti pengeluaran dan lirik, dan pada masa yang sama, tidak akan menutup pintu kepada semua penggiat muzik tempatan yang tidak putus asa dalam menghasilkan karya-karya. Penggiat muzik yang mempunyai lagu-lagu yang baik namun dihasilkan kurang berkualiti atau liriknya tidak sesuai, maka pihak VOKfm akan mendidik dengan memberikan khidmat nasihat dan membimbing penggiat muzik yang dimaksudkan untuk menjadikan karya-karya lebih baik.

Info Lanjut

Layari laman web, facebook, Instagram dan Twitter untuk mengikuti perkembangan lanjut dan terkini mengenai VOKfm.

Disediakan oleh - hiburansabah.com

Sumber:
1. Sidang Media Sesi Pengenalan Stesen Radio Terbaru - VOKfm, 17hb Ogos (Khamis)
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading VOKfm Bakal Menggegarkan Stesen Radio Sabah. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "VOKfm Bakal Menggegarkan Stesen Radio Sabah"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top