Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

VOKfm Bakal Menggegarkan Stesen Radio Sabah

Voice of Kinabalau (VOKfm) 

Sebuah lagi stesen radio swasta tempatan Sabah bakal memulakan siarannya tidak lama lagi. Stesen radio yang dikenali sebagai VOKfm atau Voice of Kinabalau, merupakan stesen radio komuniti yang bermatlamat untuk mempromosikan Sabah amnya kepada pendengar sejagat.

Kemunculan stesen radio baharu dengan tagline 'Bukan Biasa-Biasa' ini, menyasarkan pendengar muda dengan gabungan muzik elemen hiburan sebagai asas kekuatan selain pengisian program yang memberi fokus terhadap citarasa dan budaya setempat.

Credit picture to: VOKfm
Voice of Kinabalu (VOKfm)
Voice of Kinabalu (VOKfm) Team

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Stesen radio itu, Mohammad Faqrullah Azim, berkata VOKfm bakal memberikan saingan sihat kepada industri radio dan muzik di Sabah. Beliau yang berpengalaman luas lebih 12 tahun bersama-sama dengan beberapa stesen radio negara yakin bahawa VOKfm akan menjadi fenomena baharu dan menarik pendengar untuk mengikuti saluran ini.

VOKfm Bersiaran

VOKfm yang akan bersiaran di Golden Hill, Inanam ini akan menjalankan siaran ujian secara streaming bermula minggu ini sebelum ke udara secara LIVE pada 16hb September melalui laman web www.vokfmsabah.com.

Selepas itu, VOKfm akan bersiaran melalui frekusnsi FM secara berperingkat yang mana pendengar dijangka akan dapat menikmati siaran ini secara langsung sekitar Kota Kinabalu dalam masa terdekat sebelum diperluaskan pada masa akan datang.

Penyampai Radio VOKfm

Penyampai radio yang bakal menghangatkan konti VOKfm merupakan barisan yang berpengalaman luas dalam arena hiburan dan muzik sabah antaranya adalah Rey Kimara, Felix Agus dan Ramli Carlo. VOKfm turut membariskan Beebey Aegy Pop dan Roger (popular dengan gelaran SaliparJipun) serta beberpa penyampi baru yang bakal diceriakan lagi dengan kemunculan mereka di stesen radio baru ini.

Sidang Media VOKfm
Sidang Media VOKfm

Sementara itu, VOKfm juga bakal mencari bakat peyampai baru dari semasa ke semasa sesuai dengan matlamatnya untuk membangunkan industri penyiaran radio di Sabah.

Kandungan Rancangan

Menurut Rey yang juga bertindak sebagai Pengurus Rancangan stesen radio itu berkata siaran radio akan disi dengan beberapa segmen. Rey sendiri akan mengendalikan siaran dari jam 6 - 10 pagi, Beebey (10 pagi - 2 petang), Felix dan Ramle (3 petang - 7 malam) dan Aegy Pop akan bergandingan dengan Roger dari jam 8 - 12 tengah malam).

Siaran yang bermula dari jam 2 - 3 petang dan dari jam 7 - 8 malam, VOKfm akan ke udara menerusi transimis automatik.

Lagu Siaran

Lagu yang bakal diputarkan melalui VOKfm adalah merupakan gabungan lagu-lagu hits tempatan Sabah, trek antarabangsa termasuklah lagu oldies. Pendengar juga bakal disajikan dengan pelbagai lagu daripada etnik yang berbeza di Sabah melalui segmen khusus pada hujung minggu.

VOKfm mementingkan soal terhadap pemilihan lagu-lagu tempatan, daripada segi kualiti pengeluaran dan lirik, dan pada masa yang sama, tidak akan menutup pintu kepada semua penggiat muzik tempatan yang tidak putus asa dalam menghasilkan karya-karya. Penggiat muzik yang mempunyai lagu-lagu yang baik namun dihasilkan kurang berkualiti atau liriknya tidak sesuai, maka pihak VOKfm akan mendidik dengan memberikan khidmat nasihat dan membimbing penggiat muzik yang dimaksudkan untuk menjadikan karya-karya lebih baik.

Info Lanjut

Layari laman web, facebook, Instagram dan Twitter untuk mengikuti perkembangan lanjut dan terkini mengenai VOKfm.

Disediakan oleh - hiburansabah.com

Sumber:
1. Sidang Media Sesi Pengenalan Stesen Radio Terbaru - VOKfm, 17hb Ogos (Khamis)

Lapan Peserta Akhir Merebut Gelaran Bintang G3PNS 2017

Seramai lapan (8) orang akan berentap di pentas Dewan Hongkod Koisaan, Penampang untuk merebut gelaran juara Bintang G3PNS (Gabungan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah) yang dijadualkan malam ini bermula jam 6.00 petang.

Calon juara Bintang G3PNS adalah Ferorin Minius (Tambunan), Jasliah Elon (Penampang), Jennevira Juanis (Menggatal), Jester Jeffry (Penampang), Mailter Pascalis (Kepayan), Michelle Michael (Inanam), Raynel Batahong (Kota Marudu) dan Willson Lion (Ranau).

Lapan Peserta Akhir Merebut Gelaran Bintang G3PNS 2017
Lapan Peserta Akhir Merebut Gelaran Bintang G3PNS 2017

Semi final Bintang G3PNS telah berlangsung pada 01hb Ogos lalu. Uniknya, peserta-peserta akhir Bintang G3PNS ini bukan sahaja boleh mendendangkan lagu dalam bahasa Kadazandusun, malah, mereka juga boleh membawa lagu dalam bahasa inggeris atau melayu semasa pertandingan itu dijalankan.

Hari Keluarga G3PNS (Gabungan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah) merupakan acara yang julung kali diadalah bagi mengantikan Pesta Kaamatan anjuran Gabungan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah yang sepatutnya diadakan sekitar bulan Mei yang lalu.

Seiring dengan pertandingan akhir Bintang G3PNS, Malam Gala Buvazoi Tavantang dan Ratu Cantik juga akan berlangsung pada malam tersebut.

Sumber:
1. Joel A. Nandu Mansuba - Dumangan, AJK Hari Keluarga Gabungan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top