Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Nick Arddley, Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1

Nick Arddley Nicholas, 25, dinobatkan sebagai Juara Punya Sadap Sabah Talent musim pertama tahun 2017 yang berlangsung di Dewan KDCA Hongkod Koisaan Penampang, malam tadi.

Beliau yang berjaya menewaskan sembilan (9) peserta lain sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Menurut Nick, beliau masih belum membuat apa-apa perancangan terhadap hadiah yang dimenanginya kerana tidak menyangka kemenangan tersebut berpihak kepadanya.

Credit picture to Ricardo Unto
Nick Arddley Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1
Nick Arddley Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1

Nick merupakan pemuzik sepenuh masa dan beliau sememangnya lebih menumpukan perhatian terhadap band sendiri iaitu Dominant 5th of Borneo yang telah ditubuhkan sejak tahun 2015. Kumpulan Dominant 5th of Borneo pernah mewakili Malaysia dan muncul pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Yamaha Music's Asian Beat di Japan.

"Ini merupakan pertandingan nyanyian yang pertama kali pernah saya ceburi. Saya lebih aktif untuk bermain keyboard berbanding menjadi seorang penyanyi. Namun, perasaan ingin mencuba benda yang baru dan ditambah lagi dengan galakan serta dorongan daripada keluarga untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian sememangnya telah menjadi pendorong kepada saya untuk berkecimpung dalam bidang nyanyian," katanya.

Nick sebelum ini mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Beliau sejak kecil mula belajar bermain piano (classical piano) dengan ibunya. Sehingga kini, beliau masih belajar dan mengajar di Studio House of Music Art, Tambunan.

Sementara itu pengasas D'Angels Music Academy, Diana Stephen Tuning dalam satu kenyataan di sini berkata penyertaan Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1 cukup meggalakkan, membanggakan dan mengharukan. Beliau berpendapat bahawa Sabahan hanya berbakat dalam bidang nyanyian sahaja namun tidak menyangka mereka mendapat penyertaan yang banyak untuk bakat dalam bidang tarian dan beat box.

Credit picture to Ricardo Unto
Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1
Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1

Ditanya jika ada perancangan untuk membawa bakat-bakat yang ada untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi. Diana berkata, semestinya ada.

"Idea ini sebenarnya lahir dengan mengadaptasi pertandingan-pertandingan sebegini yang pernah dianjurkan di luar negara. Di Sabah pertandingan hanya tertumpu kepada pertandingan seperti Sugandoi. Pertandingan ini tidak memberi peluang kepada bakat-bakat lain untuk menonjolkan bakat seperti bidang tarian, silap mata, bermain alat muzik dan sebagainya. Maka pertadingan seumpama ini dijalankan. Kita mahu bawa mereka mengambil pemgalaman tersebut di luar negara dan membawanya kembali ke Sabah untuk dikongsikan kepada bakat-bakat tempatan Sabah yang lain," katanya.

Diana memberi jaminan bahawa penganjuran Punya Sadap Sabah Talent 2017 untuk Season 2 akan dianjurkan pada tahun-tahun akan datang dan beliau ingin memastikan bahawa penganjuran Season 2 lebih baik lagi dengan mengadaptasi ciri-ciri yang dikenalpasti melalui penganjuran pertandingan seumpama di luar negara supaya Sabah juga 'duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi' dengan negara lain kerana umum mengetahui di Malaysia, Sabah kaya dengan pelbagai bakat.

Sembilan (9) peserta lain yang turut berentap dalam peringkat akhir  Punya Sadap Sabah Talent 2017 Musim Pertama adalah Borneo Rumble Kids (tarian), Donovond Addreey Damianus (nyanyian), Grandcious (tarian), Newborn Native (permainan alat muzik), Funk Brothers (tarian dan nyanyian), Mohd Ashraf & Mr. Beat Boxer (ventriloquist dan beat box), Bamboo Woods (permainan alat muzik), Leonardo (beat box) dan Tambuakar (aksi ngeri).


Sumber:
1. Temu bual bersama Nick Arddley Nicholas, Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1.
2. Temu bual bersama Diana Stephen Tuning, Penganjur Pertandingan Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1 dan Pengasas D'Angels Music Academy.
3. Live Pertandingan Akhir Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1, Dewan KDCA Hongkod Koisaan.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Nick Arddley, Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Nick Arddley, Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top