Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU: Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini.

Antara penambahbaikan yang signifikan termasuklah perubahan format pemilihan peserta dan peningkatan bilangan peserta daripada 35 sebelum ini kepada 45 orang - sama seperti bilangan peserta Unduk Ngadau Kaamatan Negeri pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa pemganjur Buvazoi Tavantang/MrK Negeri, Casey Jovial berkata penambahbaikan ini adalah selari dengan usia pertandingan tersebut yang sudah memasuki tahun kesepuluh penganjurannya.

"Ini adalah tahun pertama saya memegang jawatan pengerusi penganjur dan saya berhasrat untuk mempertingkat dan memperbaiki kualiti pertandingan MrK berbanding tahun sudah agar statusnya dipandang tinggi.

"Saya ingin melihat penganjuran MrK yang lebih sistematik dan format pendaftrannya lebih tersusun di peringkat negeri," katanya ketika sesi pendaftaran peserta di sini, pada Sabtu lalu.

 Buvazoi Tavantang / Mr. Kaamatan Negeri 2017

Selain daripada pemilihan pusat, pemilihan peserta juga dijalankan di beberapa daerah, contohnya di Keningau, Kudat, Beluran, Kota Kinabalu dan Klang Valley.

"Bagi daerah yang tidak mempunyai pemilihan sendiri, pemilihan dijalankan secara pusat bagi memilih perwakilan untuk setiap daerah.

"Kami berharap setiap daerah akan mengadakan pertandingan MrK sendiri sebelum melangkah ke peringkar Negeri," katanya sambil menambah penjurian pada tahun ini memberi fokus kepada ketinggian peserta dan juga kemahiran bertutur dalam bahasa ibunda Kadazandusun.

Menurut beliau, MrK sememangnya berkongsi misi dan visi yang dipunyai oleh Unduk Ngadau Kaamatan, iaitu pempromosikan keunikan adat dan budaya Kadazandusun selain mengetengahkan pakaian tradisonal Kadazandusun.

"Dan kini sudah menjadi kebiasaan bagi pemenang gelaran Mr. Kaamatan untuk mengiringi penampilan Unduk Ngadau Kaamatan pada acara kemuncak di peringkat Negeri pasa setiap tahun.

"Penganjuran MrK kali ini juga menerima suntikan semangat dengan pantauan rapi daripada Jawatankuasa Pengajur Unduk Ngadau," katanya.

Turut hadir semasa sesi pendaftaran tersebut adalah pengasas dan penasihat Mr. Walter Misir dan Martin Buguk.

Acara kemuncak pertandingan MrK akan berlangsung di Narada Hotel, putatan pada 12 ogos ini dan pemenang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM15,555.00 termasuk wang tunai dan trofi.


Sumber:
1. Casey Jovial, Pengerusi Jawatankuasa pemganjur Buvazoi Tavantang (Mr. Kaamatan) Negeri 2017 
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top