Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan sebagai alternatif bagi menggantikan Pesta Kaamatan PERTISA yang terpaksa ditiadakan tahun ini.

Kaamatan Pertisa yang telah dirancang untuk dianjurkan pada Julai terpaksa digantikan dengan penganjuran KARTS ekoran masa yang tidak lagi sesuai dengan situasi sambutan kerana agak terlewat.

KARTS 2017 akan diadakan pada 29 hingga 30 Julai 2017 (Sabtu dan Ahad) di Dewan Masyarakat Tenghilan.

Menurut Presiden Pertisa, LP Raphiel Pinus, kebiasaannya Kaamatan Pertisa diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan Jun setiap tahun, namun disebabkan ramai ahli  terikat dengan komitmen Kaamatan di sana sini, lebih-lebih lagi jatuh pada  bulan Ramadhan, Pertisa memutuskan untuk membatalkan Pesta Kaamatan Pertisa dan menganjurkan satu program yang lebih besar dengan penglibatan lebih ramai pihak.

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai
KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai
Ekoran itu, beberapa pengisian program yang sepatutnya diadakan pada Kaamatan tersebut sebelum ini seperti Unduk Ngadau tidak lagi dapat dilaksanakan.

"Bagaimanapun, pertandingan nyanyian (Sugandoi) tetap akan diteruskan dengan satu nama yang baharu iaitu 'Voice Of Pertisa' (VOP).

Menurut Raphiel, VOP akan dibuat dalam dua kategori iaitu VOP Terbuka dan VOP Kanak-Kanak.

"Pertandingan VOP ini memberi peluang kepada semua peminat seni suara pelbagai peringkat umur untuk menonjolkan bakat mereka, malah kita memberi kebebasan dari segi pemilihan lagu iaitu sama ada Melayu atau Kadazandusun Murut (bahasa etnik) sahaja, tertakluk kepada terma dan syarat.

Beliau memberitahu, penyertaan  VOP terbuka kepada semua kecuali mereka yang pernah memenangi gelaran johan bagi sebarang pertandingan di peringkat negeri sama ada anjuran korporat, persatuan atau pun parti.

Lebih menarik sempena  karnival ini, penganjur turut menjemput pelbagai pihak antaranya NGOs, institusi pendidikan, persatuan seni, etnik, kebudayaan, dan agensi kerajaan untuk mengadakan pameran bagi mempromosikan perkhidmatan masing-masing.

"Di samping itu, bakal diadakan pertandingan sukan yang antara lainnya dijangka dapat menarik lebih ramai penyertaan seperti 'Tarik Tali', 'Mipulos' serta pelbagai sukan tradisi lain kepada pengunjung sepanjang karnival," katanya kepada media selepas program Kunjungan Hormat PERTISA kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim di rumah kediaman pemimpin itu di Kampung Bakut, dekat sini pada Ahad.

Kunjungan itu bagi menyampaikan jemputan kepada Jahid sebagai tetamu kehormat dan perasmi karnival berkenaan.

Sementara itu Jahid mengalu-alukan penagnjuran KARTS 2017 oleh Pertisa anjuran Pertisa yang julung kalinya diadakan di Tenghilan, sekaligus mampu menceriakan pekan tersebut selain mampu mengundang ramai pengunjung di situ yang pada dasarnya merupakan laluan utama kenderaan dari arah Kudat-Kota Marudu-Kota Belud-Kota Kinabalu.

Justeru, beliau turut berharap kepada setiap pemimpin di kawasan Tamparuli khususnya Tenghilan agar dapat menguar-uarkan program itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Sebagai sokongan, beliau turut menyumbangkan RM10,000 kepada PERTISA bagi membantu pelaksanaan program berkenaan.

Turut hadir Timbalan Presiden Pertisa, Guadik Ansiw; Pengarah Program yang juga Naib Presiden (Aktiviti) James Juanis; Naib Presiden (Keahlian) James Sami; Naib Presiden (Pentadbiran) Joanes Robert Johnny; Naib Presiden (Kewangan) Emjey Yassin; Setiausaha Clarice Sipanul dan Bendahari Jovita Johnny.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai . Please share...!

Post Comment

2 Comment for "KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai "

Jom... Mau juga pergi mengintai di sana nanti.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top