Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 Di Sabah, Kini Bermula

Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 kini bermula. Ini adalah peluang khusus kepada para jelitawan Borneo untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia.

Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) akan mengadakan uji bakat secara tertutup untuk mencari bakal ratu cantik baru Miss Universe Malaysia 2018. Pemohon di Malaysia Timur (Sabah) yang merasakan bahawa mereka berpotensi dan memiliki ciri-ciri untuk menjadi wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe, anda dijemput ke uji bakat berkenaan pada Sabtu, 17hb Jun 2017 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Turut hadir bersama adalah Datin Elaine Daly, Pengarah Kebangsaan, Miss Universe Malaysia Organization (MUMO).

Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 Kini Bermula Di Sabah
Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 Kini Bermula Di Sabah

Uji bakat ini terbuka kepada wanita bukan Muslim, warganegara Malaysia yang belum berkahwin, tidak pernah diceraikan, atau tidak mempunyai anak. Pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan berumur 26 tahun sebelum 1 Januari 2018 pada tahun pertandingan yang ingin disertai, tinggi sekurang-kurangnya 168cm serta berkebolehan berkomunikasi dalam salah satu Bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin ataupun Bahasa Tamil.

Wanita muda berkelayakan yang ingin menyahut cabaran berkenaan perlu mempunyai nilai dan ciri atau sifat sebagai seorang Miss Universe Malaysia, antaranya adalah berkeyakinan, etika kerja yang kuat, komited, profesional, berbakat, ayu dan elegan. Mereka juga perlu tampil rapi berdandan dan bertumit tinggi. Pemohon juga dikehendaki membawa MyKad asal dan salinan beserta tiga keping gambar wajah yang diambil termasuk wajah muka, shot penuh dan shot separuh badan.

Sementara itu, stesen radio komuniti tempatan, Kupikupifm 96.3 FM berperanan sebagai Radio Rasmi untuk pencarian Miss Universe Malaysia 2018 ini.

Samantha Katie James, Miss Universe Malaysia 2017
Samantha Katie James, Miss Universe Malaysia 2017
 Bagi mereka yang berada di Semenanjung Malaysia yang berminat bolehlah menghadiri roadshow Miss Universe Malaysia yang bertempat di Aras 4, Pavilion Elite Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 Julai bermula jam 10.00 pagi hingga jam 9.00 malam.

Walau bagaimanapun, pemohon yang tidak dapat menghadirkan diri untuk kedua-dua acara yang disebut di atas, pemohon boleh mendaftar secara online melalui laman web www.missuniversemalaysia.com.my/registration untuk menyertai pertandingan ini.

Sebaik sahaja dimahkotakan, pemegang gelaran Miss Universe Malaysia bakal menerima pengalaman seumur hidup yang menakjubkan. Sebagai Miss Universe Malaysia, beliau akan membawa gelaran tersebut setiap masa dan menjadi perhatian umum. Beliau juga akan diberi peluang mengukuhkan jenama sendiri dan minatnya. Pemegang gelaran turut berkesempatan bekerjasama dengan orang-orang ternama di dalam industri, individu terkenal dan berpengaruh seluruh dunia. Pada masa sama, pemegang gelaran ini turut diuji secara emosi, mental dan fizikal.
Pemenang yang dimahkotakan akan berpeluang ke luar negara dan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe yang akan diadakan pada tahun 2018. Beliau juga akan menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan hadiah tajaan bernilai lebih RM150,000.

Sebarang pertanyaan mengenai garis panduan pertandingan, sila e-mel contact@mumo.com.my atau ikuti laman sosial media Miss Universe Malaysia Organization bagi mendapatkan maklumat terkini.

Datin Elaine Daly & Samantha Katie James
Datin Elaine Daly & Samantha Katie James

Mengenai Miss Universe Malaysia Prganization (MUMO)

Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) adalah pertandingan ratu cantik utama negara dan merupakan rancangan realiti TV yang dianjurkan setiap tahun. MUMO diasaskan pada tahun 1962 dan dijenamakan semula pada tahun 2010, ia diilhamkan sebagai platform kepada wanita muda Malaysia yang bercita-cita tinggi untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa iaitu Miss Universe.

Berdaftar di bawah BEYOND ENTITY Sdn. Bhd. [808537-D], MUMO adalah wakil tempatan yang dilantik oleh Miss Universe L.P., LLLP [A WME | IMG ownership]. WME | IMG adalah jenama global dalam hiburan, sukan, majlis, media dan fesyen. Beroperasi di lebih 30 buah negara, syarikat ini mengkhususkan kepada perwakilan dan pengurusan bakat; latihan sukan; pembangunan liga; dan pemasaran, media dan pelesenan untuk jenama, organisasi sukan dan institusi pendidikan.

Maklumat Tambahan

Laman web rasmi www.missuniversemalaysia.com.my
Facebook MissUniverseMalaysia
Twitter @MissUniverseMY
Instagram missuniversemalaysia

Sumber:
1. Song Su Ann, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam, Miss Universe Malaysia Organization (MUMO)
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 Di Sabah, Kini Bermula. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 Di Sabah, Kini Bermula"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top