Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Dinobatkan Juara Sugandoi Papar 2017 Sebagai Hadiah Hari Ibu ~ Presley Petrus

Presley Petrus dinobatkan sebagai Juara Sugandoi Papar sempena pertandingan akhir Sugandoi 2017 peringkat daerah Papar yang berlangsung Sabtu lalu di Dewan Masyarakat Papar, Sabah. Kemenangan tersebut melayakkan beliau mewakili daerah Papar untuk meneruskan saingan pertandingan Sugandoi peringkat negeri Sabah yang dijadualkan bermula pada 21hb Mei.

Presley Petrus Juara Sugandoi Daerah Papar 2017
Presley Petrus Juara Sugandoi Daerah Papar 2017
Presley yang membawa lagu betajuk Sugandoi dinyanyi dan dipopularkan oleh David Yuntala memberikan tuah kepada Presley dan sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 beserta piala dan sijil.

"Syukur kepada Tuhan kerana memberikan kemenangan ini. Terima kasih kepada ibu dan bapa yang sentiasa menyokong minat saya selama ini. Kemenangan ini merupakan hadiah khusus kepada ibu saya sempena menyambut Hari Ibu pada Ahad ini. Terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan yang banyak memberi semangat sepanjang pertandingan berlangsung," katanya kepada hiburansabah.com ketika ditemui selepas keputusan diumumkan.

Ditanya apakah persediaan yang telah dibuat sebelum dinobatkan sebagai Johan Sugandoi Papar. Menurut Presley, "Saya tidak melihat kepada kekuatan dan kelemahan peserta yang lain. Saya cuma fikir tentang diri sendiri sama ada saya mampu bersaing atau sebaliknya. Disamping, untuk terus membuat latihan dan yang paling penting yakin. Syukur, asil usaha tersebut, syukur, hari ini saya dinobatkan sebagai johan pertandingan akhir sugandoi daerah Papar untuk tahun ini."

Naib Juara Pertandingan Sugandoi Akhir Papar 2017 dimenangi oleh Raybenson Danny Manjuin. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Reen Abigail Carol. Manakala, Vuikuang Apau dan Clara Paul masih-masing berada pada kedudukan keempat dan kelima.

Presley sebelum ini pernah menjuarai Bintang Kecil RTM peringkat kebangsaan pada tahun 2010 bercita-cita untuk memperdalam ilmu dan pengetahuan dalam bidang muzik dan berharap dapat meneruskan pengajiannya di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Walau bagaimanapun, menurut Presley, "Ia bergantung kepada rezeki kerana memasuki ASWARA akan melalui pelbagai peringkat tapisan," katanya.

Pencapaian 

Antara pencapaian lain Presley Petrus adalah seperti berikut:
  1. Naib Juara Pertandingan Nyanyian Solo Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah 2015 
  2. Carta Lagu Popular Kadazan 2015 (Kihoi Sazau Kadazan)
  3. Juara Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2011 (Kategori Lelaki)
  4. Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan 2010 
  5. Bintang Kecil RTM Peringkat Zon Sabah 2010
  6. Top 5 TV3 MyKids Awards 2010 (Penyanyi Lelaki Popular) 
  7. Juara Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri Sabah 2010
Sebenarnya, masih banyak pencapaian yang telah dirangkul oleh Presley sejak dari kecil berkecimpung dalam dunia nyanyian namun beliau sendiri tidak mengingati kesemuanya.

Sementara itu, bagi meneruskan minat dalam bidang nyanyian ini Presley menjadikan Petrus Martin iaitu ayahnya sendiri sebagai idolanya. Petrus Martin ialah satu nama yang tidak asing lagi kalangan artis tempatan (kadazan) Sabah. Terkini, beliau antara finalis yang akan berentap dalam Juara Lagu Popular Kadazan 2016 pada 17hb Mei ini.

Finalis Sugandoi Papar 2017
Finalis Sugandoi Papar 2017
Presley juga sempat memberikan pandangan khusus kepada kawan-kawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

"Pertama sekali, kena tafsirkan diri sendiri adakah kita boleh dan mampu menjadi seorang penghibur yang baik atau sebaliknya. Seterusnya, banyakkan latihan vokal, latihan vokal sangat penting dan wajib. Selain itu, anda juga perlu menjaga pemakanan dan cuba untuk banyakkan bersenam. Tapi saya sendiri tidak rajin bersenam," katanya sambil bergurau ketika menamatkan perbualan.

Peminat dan penyokong boleh mengikuti perkembangan Presley Petrus melalui Instagram @presley_pxths.

Hiburansabah.com ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Presley Petrus kerana muncul johan sugandoi daerah Papar tahun 2017. Semoga beliau juga meneruskan persaingannya untuk dan membuat yang terbaik daerah Papar semasa pertandingan sugandoi di peringkat negeri 2017.

Sumber:
1. Temubual bersama artis Presley Petrus
2. Instagram @presley_pxths
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Dinobatkan Juara Sugandoi Papar 2017 Sebagai Hadiah Hari Ibu ~ Presley Petrus. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Dinobatkan Juara Sugandoi Papar 2017 Sebagai Hadiah Hari Ibu ~ Presley Petrus"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top