Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6 Berlangsung 17hb Mei

Sekali lagi para peminat muzik tempatan Sabah akan menyaksikan Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim Ke-6 (2015/2016) yang akan berentap di pentas Dewan KDCA Penampang pada 17hb Mei ini.

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan merupakan anjuran oleh Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM Kota Kinabalu dengan kerja sama Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA). Penerbit rancangan ini adalah Johanna Joseph Lokupi (2012 - sekarang) dan dibantu oleh Marklinus Joseph Antang.

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6
Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6

Pertandingan yang akan bermula pada jam 7.30 malam bakal dirasmikan oleh Huguan Siou, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Presiden KDCA, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. Orang ramai khususnya masyarakat sekitar Penampang, Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan yang berdekatan adalah dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi pertandingan ini.

Pada malam pertandingan, penonton juga akan mendapat tiket secara percuma untuk cabutan tiket bertuah. Sebanyak 2,000 keping tiket akan diagihkan semasa penonton masuk ke dalam dewan dan agihan tiket adalah secara “First come first serve”.

Objektif

Objektif Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Kadazan ialah untuk memartabatkan lagu-lagu Kadazan ke pringkat yang lebih tinggi. Justeru, penggiat seni boleh mensasarkan hasil seni untuk memenangi anugerah-anugerah yang disediakan oleh RTM.

Finalis Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim Ke-6

1. Tajuk Lagu : Hangad Ku Gompizo Noh
    Penyanyi : Petrus Martin
    Pencipta Lirik : Petrus Martin

2. Tajuk Lagu : Husi Noh Dogo
    Penyanyi : Heidi Vanessa Maruning
    Pencipta Lirik : Minami T. Anduini

3. Tajuk Lagu : Iisai Pahasaon Nu
    Penyanyi : Clarice Sipanul
    Pencipta Lirik : Clarice Sipanul

4. Tajuk Lagu : Kakal Zou Mandad
    Penyanyi : Alfred Koroh
    Pencipta Lirik : Maritah Tatiu

5. Tajuk Lagu : Kivaa Koupusan Nu
    Penyanyi : Fanzi Ruji
    Pencipta Lirik : Nick Tudol

6. Tajuk Lagu : Koginavaan Di Sininduahan Nu
    Penyanyi : Grace Ah Ting
    Pencipta Lirik : Elizabeth Bisuil

7. Tajuk Lagu : Id Puun Do Bambangan
    Penyanyi : Peter Jupiter Bensing
    Pencipta Lirik : Michael Lian Bensing

8. Tajuk Lagu : Oi Ina
    Penyanyi : Wester Maljos
    Pencipta Lirik : Alice Marius

9. Tajuk Lagu : Tunak Id Numpaasan
    Penyanyi : Cathy Woritus
    Pencipta Lirik : Bobby Patrick

Finalis dalam petandingan ini akan diiringi oleh Kombo RTM Sabah yang dipimpin oleh Raimond Sukudat @Matlan yang juga bertindak selaku penggubah muzik.

Penonton juga dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh artis tempatan Sabah seperti Anna Stanislaus, Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim ke-5; dan Juara Anugerah Vokal Terbaik LPK dan Maria Tatiomis Guntingan yang merupakan NaibJuara Carta Lagu Popular Kadazan Musim ke-5.

Mantan Juara Carta Lagu Popular Kadazan

Musim Pertama (2007) : Janrywine J. Lusin
Musim Ke-2 (2009) : Rufina Eusibius
Musim Ke-3 (2011) : Kumpulan Da Prinz (Allen, Melvin, Hafiz, Aegy)
Musim Ke-4 (2013) : Joseph George
Musim Ke-5 (2015) : Anna Stanislaus
Musim Ke-6 (2017) : ??

Anugerah Dan Hadiah

Anugerah Lagu Terbaik
- Anugerah Juara Carta Lagu Popular Kadazan (RM3,000.00, Trofi dan Sijil)
- Naib Juara Carta Lagu Popular Kadazan (RM2,500.00, Trofi dan Sijil)
- Tempat Ketiga Carta Lagu Popular Kadazan (RM2,000.00, Trofi dan Sijil)

Anugerah Persembahan Terbaik (RM1,000.00, Trofi dan Sijil)
Anugerah Vokal Terbaik (RM1,000.00, Trofi dan Sijil)
Anugerah Penulis Lirik Lagu Terbaik (RM1,000.00, Trofi dan Sijil)
Artis Paling Popular melalui undian "LIKE" (RM500.00, Trofi dan Sijil)
Hadiah Saguhati (RM500.00, Trofi dan Sijil)

Sejarah Juara Carta Lagu Popular Kadazan

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan pertama kali diadakan pada 24hb Mac 2017 bertempat di Dewan Masyarakat Tun Fuad Penampang. Rancangan yang diterbitkan Oleh Sabah Vfm, Siaran Bahasa Kadazan ini merupakan kemuncak kepada Rancangan Carta Mingguan Lagu-Lagu Popular Kadazan yang disiarkan setiap hari Sabtu. Rancangan ini terus mendapat sambutan hebat oleh kalangan pendengar sehingga hari ini. Pertandingan Carta Musim ke-2 telah diadakan di Dewan Tun Fuad  Penampang pada 2009 yang ditonton oleh anggaran lebih 2,000 orang peminat. Dua tahun kemudian, Pertandingan Carta Musim ke-3 diadakan di tempat yang sama pada tahun 2011. Pada tahun 2013, Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim ke-4, 2011/2012 telah diadakan pertama kali di Dewan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang. Pada tahun 2015, sekali lagi Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim Ke-5 telah diadakan di Dewan KDCA Penampang dengan anggaran lebih 3,000 orang datang menyaksikan pertandingan yang berprestij ini. Tahun ini 2017, penerbit sekali lagi memilih KDCA sebagai tempat untuk Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim ke-6,  Sabah Vfm dengan kerjasama Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang.

Sementara itu, Denis Primus merupakan penerbit pertama rancangan Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm yang bermula sejak tahun 2007 sehingga tahun 2012.

Sumber:
1. Johanna Joseph Lokupi, Penerbit Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6 (2015/2016).
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6 Berlangsung 17hb Mei. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6 Berlangsung 17hb Mei"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top