Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Juara Mentor Milenia 2017 Elica, Boleh Bersaing Lebih Jauh

Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin telah dinobatkan sebagai Juara Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Shah Alam Sentral, Shah Alam, Ahad lepas. Kemenangan ini menyaksikan protege kepada Akim, Elica membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah trofi, telefon bimbit Neffos X1 Max serta pakej percutian ke London.

"Syukur kepada Tuhan atas rezeki yang diberikan. Terima kasih kepada abang Akim, kak Stacy, juri Datuk Hattan dan kak Ojie, cikgu Azmil, cikgu shazlan dan juga team sebab banyak memberi tunjuk ajar. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan semua penyokong yang telah menyokong saya sepanjang dalam Mentor Milenia ini," katanya ketika memberi ucapan sejurus selepas diumumkan sebagai juara Mentor Milenia 2017.

Elica Juara Mentor Milenia 2017
Elica Juara Mentor Milenia 2017
Peserta dari Kg. Tibarbar, Tambunan Sabah ini bukan sahaja dinobatkan sebagai juara tetapi juga muncul sebagai pemenang Protege Pilihan Terbaik Neffos yang sekaligus menggandakan kemenangan dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bejumlah RM10,000.

Mengimbas kembali persembahan malam konsert akhir Mentor Milenia 2017, Elica telah menyanyikan lagu Ceritera Cinta dengan gandingan hebat bersama Hael. Manakala lagu keduanya ialah Samar Bayangan iaitu lagu yang dipopularkan oleh Nicky Astria.

Komen Juri

Sementara itu Datuk Hattan berpendapat bahawa Elica boleh pergi jauh dalam industri muzik Malaysia jika cara dan didikan yang betul diberikan seterusnya oleh mentor Elica iaitu Akim selepas ini.

"Saya punya keyakinan yang sangat tinggi bahawa Elica boleh terbang lebih jauh jika cara dan didikan yang betul diberikan seterusnya selepas ini. Elica mampu untuk terbang tinggi kerana saya tahu tahap kemampuan vokalnya. Tahniah untuk persembahan ini, sangat baik," katanya.

Ceritera Cinta, gandingan hebat Elica Bersama Hael
Ceritera Cinta, gandingan hebat Elica Bersama Hael
Datuk Hattan juga berpendapat tidak semua orang mampu menyanyikan lagu Smar Bayangan dengan penjiwaan yang mendalam.

"Persis seorang juara. Saya suka penjiwaan awak. Elica lontarkan sepenuhnya jiwa awak di dalam lagu Samar Bayangan. Saya berpendapat bukan semua orang boleh menyanyikan lagu ini," katanya.

Komen Mentor

Akim iaitu mentor kepada Elica mengungkapkan bahawa Elica telah membuktikan dia mempunyai kualiti sebagai seorang juara.

Elica Dinobatkan Juara Mentor Milenia 2017
Elica Dinobatkan Juara Mentor Milenia 2017
"Satu persembahan yang sangat baik dari Elica, satu persembahan final yang abang nantikan. Hari ini Elica membuktikan bahawa awak mempunyai kualiti sebagai seorang juara. Abang berharap agar Elica terus kekalkan apa yang telah dibuat, ingat pesan abang terus humble. Ini lah Elica. Elica awak sudah sedia untuk menjadi artis. Tahniah Elica," katanya.

Ucapan Akim Selepas Juara Diumumkan

"Tahniah kepada Elica atas kesungguhannya dalam membuat persembahan pada malam ini dan minggu-minggu sebelumnya. Ini semuanya berkat usaha daripada Elica sendiri. Ucapan tahniah juga kepada team saya abang Lokyu, team String dan juga cikgu Syafi kerana membantu Elica. Terima kasih semua penyokong Elica dan protege-protege yang lain. Tepukan gemuruh semua protege,' katanya. Akim.
Ucapan Terakhir Daripada Akim
Ucapan Terakhir Daripada Akim
Sumber:
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 7hb Mei 2017.
2. Mentor Milenia 2017 TV3
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Juara Mentor Milenia 2017 Elica, Boleh Bersaing Lebih Jauh. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Juara Mentor Milenia 2017 Elica, Boleh Bersaing Lebih Jauh"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top