Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan masing-masing dalam konsert kesembilan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran malam tadi. Pemilihan tersebut menyaksikan peserta dari Sabah Elica, juga turut sama bersama dengan tiga peserta lain iaitu Usop, Syeera dan Along menempah dan meneruskan saingan dalam Pentas akhir Mentor Milenia 2017.

Elica, Separuh AKhir Mentor Milenia 2017
Elica, Separuh AKhir Mentor Milenia 2017
Berjaya dan layak untuk meneruskan saingan dalam peringkat akhir Mentor Milenia 2017 memerlukan komitmen dan usaha yang lebih jitu bagi memastikan kejuaraan miliknya. Demikian juga buat Elica, Elica perlu melipat gadakan usahanya dalam membuat persediaan untuk bersaing dengan peserta akhir yang lain. Kesilapan yang dibuat ketika saingan di peringkat separuh akhir perlu dijadikan pengajaran dan memastikan kesilapan tersebut tidak akan berlaku khususnya semasa persembahannya dalm pentas akhir nanti.

Apakah kesudahan Elica dalam pentas akhir Mentor Milenia 2017? Adakah Elica berjaya menyempurnakan persembahannya? Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017? Apapun sama-sama kita nantikan persembahan yang mantap daripada Elica semasa saingan pentas akhir Mentor Milenia pada Ahad ini, 6hb Mei.

Komen Juri

Sementara itu, persembahan lagu pertama Elica yang bertajuk Bertamu Di Kalbu iaitu lagu nyanyian asal oleh Jaclyn Victor telah mendapat kritikan membina daripada juri jemputan Konsert Separuh Akhir Mentor Milena 2017 iaitu Misha Omar.

Menurut Misha Omar, lagu ballet memerlukan penghayatan dan penceritaan yang kuat kerana ia berkaitan dengan perasaan. Permulaan nyanyian haruslah dijaga hingga ke akhir nyanyian.

"Lagu ballet ini dikaitkan dengan perasaan. Perasaan perlu dalam lagu-lagu ballet apabila kita mahu menyampaikan sesuatu cerita itu kepada pendengar. Disiplin lagu ballet adalah permulaan nyanyian lagu haruslah dijaga sehingga ke akhirnya. Tuntutan menyanyikan lagu ballet memang begitu. Sebenarnya, nyanyian Elica tidak ada masalah cuma kurang penghayatan dan penceritaan. Bila terlalu berjaga-jaga dengan nota-nota yang tinggi, ia seakan nyanyian oleh robot cop yang menyanyikan lagu ballet, tidak rasa. Selain itu, jangan menampakkan expresi wajah yang terlalu berhati-hati kerana kita (juri) boleh rasakannya. Ini merupakan pertandingan jadi kena ambil nafas terlebih dahulu sebelum menyanyikan lagu yang mempunyai nota tinggi supaya perasaannya dapat disampaikan," katanya.

Kolaborasi Elica Dan Akim Mentor Milenia 2017
Kolaborasi Elica Dan Akim Mentor Milenia 2017
Manakal, Akim mentor kepada Elica juga berpendapat bahawa Elica terlalu berhati-hati dalam nanyiannya. Namun, memuji Elica kerana berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik.

"Kami pun sudah praktis selama ini dan saya akui Elica memang nampak terlalu berhati-hati. Namun, daripada pertengahan sampai ke hujung nyanyian tu Elica sudah mula memberikan penghayaran dan perasaan tersbut kepada kita (pendengar). Tahniah buat Elica kerana berjaya menyanyikan lagu ini walaupun dalam keadaan berhati-hati. Tahniah dan terima kasih untuk persembahan malam ini," katanya.

Walau bagaimanapun, Elica telah bangkit semula melalui persembahan lagu keduanya, Secret Love Song nyanyian oleh Little Mix ft. Jason Derulo dan dinyanyikan oleh kolaborasi antara Elica dengan mentornya Akim.

Datuk Hattan pula berpendapat Elica perlu fokus terhadap persembahan tanpa memikirkan menang atau kalah.

"Elica, saya suka bila awak kembali seperti sebelum ini. Enjoy dan jangan stress. Nasihat saya kepada semua kalau kamu masuk final pastikan kamu relax, enjoy yourselves dan perform. Jangan terlalu memikirkan menang mahupun tidak. Elica, kalau kerana awak perform dalam keadaan yang tekanan, awak cuba untuk meminimumkan kesilapan namun, sebaliknya akan berlaku banyak lagi kesilapan. Kalau Elica ada rezeki untuk masuk final, so do your best next round," katanya.

Elica Lovatics Fan Club

Hiburansabah.com sekali menghubungi penggerak Kelab Fan Elica: Official Elica Lovatics iaitu saudara Kelvin (bukan nama sebenar). Menurut Kelvin, beliau sekali lagi menyeru kepada semua rakyat Sabah khususnya kepada peminat Elica untuk terus menyokong dan mengundi Elica Mentor Milenia 2017.

Untuk mengundi Elica Mentor Milenia 2017 penyokong Elica bolehlah mengundinya melalui pautan ini Tonton Extra: Undi Protege Elica Mentor Milenia 2017. (Undian hanya dibuka pada Ahad bermula jam 6.00 petang sehingga pengumuman undian ditutup)

Sumber:
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 30hb April 2017.
2. Mentor Milenia 2017 TV3
3. Kelab Fan Elica, Official Elica Lovatics
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top