Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017

Seramai empat puluh empat (44) peserta sugandoi peringkat negeri yang telah hadir untuk mendaftar dan seterusnya menjalani sesi latihan di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, semalam.

Dalam pertemuan melalui taklimat dan sesi bergambar bersama media malam tadi, Gundohing Evaristus Gungkit, Pengerusi Sugandoi Negeri mengucapkan tahniah kepada semua peserta sugandoi yang berjaya sampai ke peringkat negeri 2017.

"Tahniah untuk semua peserta yang melayakkan diri ke peringkat negeri. Persaingan sangat sengit, semuanya hebat-hebat belaka. Oleh itu buat sehabis baik," katanya.

Evaristus juga berpesan supaya peserta hendaklah bersaing secara sihat, menjaga disiplin dan ditegah daripada mengambil benda yang boleh memabukkan dan menghayalkan semasa latihan dan pertandingan diadakan.

Calon Juara Sugandoi Negeri 2017
Calon Juara Sugandoi Negeri 2017
Sesi latihan selanjutnya akan dijalankan pada hari ini, 22hb Mei sebelum peserta berentap dalam pusingan Suku Akhir yang akan dijadualkan pada hari yang sama bermula jam 6.00 petang.

Seramai dua puluh (20) peserta akan dipilih untuk bersaing dalam pusingan seterusnya iaitu pusingan Separuh Akhir yang dijadualkan pada 23hb Mei (esok), jam 6.00 petang. Di peringkat Suku Akhir ini, kumpulan Kugiran pengiring dibenarkan untuk membuat gubahan muzik susunan lagu pendek mengikut keselesaan dan kepuasan peserta.

Hadiah

Antara hadiah yang bakal menjadi rebutan kepada semua Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017 adalah seperti berikut:

Johan : RM6,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
Naib Johan : RM4,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
Ketiga : RM3,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
7 Saguhati : RM600 + Sijil + Beras
Penyanyi Popular : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras
Persembahan Terbaik : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras

Sementara itu, penyokong peserta sugandoi negeri Sabah dan peminat dalam seni suara dijemput untuk turut sama memeriahkan lagi pertandingan: pusingan Suku Akhir Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2017 ini di Hongkod Koisaan KDCA Penampang.

Sumber:
1. Sesi Taklimat dan Sesi Bergambar, Hongkod Koisaan KDCA Penampang (21hb Mei 2017)
2. Borang Penyertaan Sugandoi Negeri Sabah 2017. 
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top