Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 Berlangsung 18hb Mei

Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) sekali lagi akan menganjurkan Majlis Anugerah Lagu KDCA yang akan diadakan di Hongkod Koisaan KDCA Penampang pada 18hb Mei (Khamis) ini, jam 6.00 malam.

Objektif

Objektif Majlis Anugerah Lagu KDCA adalah;
  1. Menghargai jasa para penggiat seni Kadazan-Dusun yang memartabatkan bahasa itu di persada dunia. 
  2. Untuk menggalakkan penciptaan lagu-lagu Kadazan-Dusun yang berkualiti.
Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016
Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016
Usaha ini harus dipuji kerana melalui galakan penciptaan lagu, ia bukan sahaja memberi fokus terhadap penghasilan lebih banyak karya lagu Kadazan-Dusun yang berkualiti oleh penggiat seni suara tempatan malah, ia juga dapat mengekalkan kesinambungan penggunaan bahasa ibunda ini dalam kalangan generasi baru.

Anugerah 

Tahun lalu anugerah yang disampaikan adalah Lagu Paling Popular, Penyanyi Popular (Lelaki & Perempuan), Penyanyi Baru Popular (Lelaki & Perempuan), Komposer Terbaik dan Anugerah Khas Jasamu Dikenang. Walau bagaimanapun, anugerah yang bakal disampaikan pada tahun ini sedikit berbeza berbanding pada tahun lalu.

"Antara penganugerahan yang akan disampaikan pada malam Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 adalah Anugerah Lagu Popular 1980 - 2014, Anugerah Khas Jasamu Dikenang, Komposer Pilihan KDCA 2017 dan Lagu Popular Pilihan KDCA 2017," Gundohing Evaristus Gungkit, Pengerusi Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017 dipetik sebagai berkata ketika dihubungi oleh hiburansabah.com.

Setiap anugerah yang diberikan diktiraf oleh KDCA sendiri dan setiap penerima dinilai melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesen radio swasta, studio rakaman, pengusahan karaoke, temu bual bersama orang awam dan melalui laman media sosial WhatsApp. 

Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 bakal dirasmikan oleh Huguan Siou, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Presiden KDCA, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. 

Mengimbas kembali Majlis Anugerah Lagu KDCA tahun lalu (2015), Lagu Id Pagandadan merupakan Lagu Paling Popular 2015. Sementara itu, sebanyak tujuh (7) penerima Anugerah Khas Jasamu Dikenang antaranya adalah Datuk Cladius Sundang Alex, Datuk Justin Stimol, Datuk Pat Micheal, Evelyn Ebin, Wilfred Mojilis, Stephen Jimin dan Mendiang Ambrose Mudi.

Sumber:
1. Gundohing Evaristus Gungkit , Pengerusi Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017
2. Mr. Minami Tius @DJ Suga, Ahli Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017
3. Facebook Augustine Jumat, Dokumentasi Penyelidikan & Komunikasi KDCA (Rasmi)
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 Berlangsung 18hb Mei. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 Berlangsung 18hb Mei"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top