Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

10 Finalis Bakal Berentap Di Pentas Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017

Saingan oleh kesemua dua puluh (20) peserta dalam Pertandingan Sugandoi Kaamatan Separuh Akhir pada 23hb Mei lalu ternyata hebat-hebat belaka. Persembahan yang sengit ini sedikit sebanyak membingungkan juri pada malam tersebut dalam membuat pemilihan untuk sepuluh (10) finalis yang mara ke Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan (Terbuka) Negeri Sabah 2017.

Sepuluh (10) finalis tersebut bakal berentap di pentas akhir Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2017 di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, Jumaat ini (26hb Mei).

Peringkat akhir johan Sugandoi Kaamatan bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM6,000, trofi, telefon bimbit, sijil serta beras. Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing bakal memenangi RM4,000 dan RM3,000. Tujuh (7) pemenang saguhati akan menerima RM600 setiap seorang. Manakala, peserta popular dan persembahan terbaik masing-masing akan memenangi RM300.

Sementara itu, finalis Sugandoi Dazanak dan Sugandoi Songkotoun juga akan berentap pada tarikh dan tempat yang sama bermula jam 7.30 malam.

Orang ramai khususnya penyokong peserta sugandoi negeri Sabah dan peminat dalam seni suara dijemput untuk turut sama memeriahkan lagi Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan, Kugandoi Dazanak dan Sugandoi Songkotoun ini.

10 Finalis Berentap Di Pentas Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017
10 Finalis Berentap Di Pentas Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017

10 Finalis Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2017

Berikut merupakan finalis yang akan berentap dalam Pertandingan Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017:-

  1. Fred Joane Asoon (Pagalungan)
  2. Dyandra Justine (Putatan)
  3. Ray Asmadin (Lahad Datu)
  4. Chrispine Joseph (Likas)
  5. Angie Imelda Minsu (Kota Marudu)
  6. Zarinie Syakira Zainal (Sandakan)
  7. Glady Ruth Jaimus (Tenom)
  8. Jacinda Faye (Tuaran)
  9. Fransisca Juingki (Libaran)
  10. Afiezal Fahmi Inggu (Labuan)

5 Finalis Sugandoi Songkotoun Negeri Sabah 2017

    1. Johnny A. Kadau (Keningau)
    2. Oswald Supi (Penampang)
    3. Fabian Santos Samijan (Labuan)
    4. George Bohondo (Tuaran)
    5. Morris @Jeffery Lajamin (Tambunan)

    7 Finalis Sugandoi Dazanak Negeri Sabah 2017 

    1. Cicilea Sius (Tambunan)
    2. Daphne Emerald Justin (Keningau)
    3. Misnalia Muhinin (Telupid)
    4. Jenneyviey William (Nabawan)
    5. Farhana Naslyn (Keningau)
    6. Reynn Raphiel (Tuaran)
    7. Eiffel Paul Pailus (Penampang)
    Sumber:
    1. Secara Langsung Konsert Pusingan Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017 (23hb Mei 2017) 

    20 Peserta Berentap Dalam Peringkat Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017

    Tidak dinafikan kehebatan persembahan yang dipersembahkan oleh kesemua empat puluh empat (44) peserta yang berentap dalam pusingan Suku Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017 di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, malam tadi, semuanya hebat-hebat belaka! Walau bagaimanapun, penganjur menetapkan hanya seramai dua puluh (20) peserta yang dipilih untuk berentap dalam pusingan Separuh Akhir.

    Sementara itu, Gundohing Evaristus Gungkit mengucapkan tahniah kepada 20 peserta yang dipilih ke peringkat Separuh Akhir.

    "Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada 20 peserta Separuh Akhir yang terpilih malam tadi dan selamat bertanding pada malam ini untuk merebut kedudukan 10 peserta akhir yang bakal berlangsung pada 26hb Mei ini.

    Evaristus juga mendorong 24 peserta Suku Akhir yang lain untuk tidak berputus asa dan sentiasa berusahan untuk memperbaiki persembahan.

    "Kepada 24 peserta yang tidak berjaya, jangan berkecil hati dan jangan berputus asa. Teruskan berusaha dan anggaplah pertandingan dalam peringkat ini merupakan satu pengalaman untuk memperbaiki persembahan pada masa-masa akan datang," katanya.

    Dua puluh (20) peserta yang telah dipilih semasa pusingan Suku Akhir ini akan berentap dalam Peringkat Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017 di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, malam ini bermula jam 7.00 malam.

    Penyokong peserta sugandoi negeri Sabah dan peminat dalam seni suara dijemput untuk turut sama memeriahkan lagi pertandingan ini.

    20 Peserta Berentap Dalam Peringkat Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017
    Dua Puluh (20) Peserta Peringkat Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017

    20 Peserta Berentap Dalam Pusingan Separuh Akhir

    Berikut merupakan peserta yang akan berentap dalam pusingan Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017:-
    1. Glady Ruth Jaimus (Tenom)
    2. Kelly Elcilla Vincent (Sook)
    3. Zurina Tongkooh (Keningau)
    4. Judith Daulip (Karambunai)
    5. Fransisca Juingki (Libaran)
    6. Ray Asmadin (Lahad Datu)
    7. Eric Noel George (Tamparuli)
    8. Jacinda Faye (Tuaran)
    9. Christiannus Fong (Kepayan)
    10. Amendalena John (Tambunan)
    11. Jessica Joseph (Penampang)
    12. Afiezal Fahmi Inggu (Labuan)
    13. Chrispine Joseph (Likas)
    14. Angie Imelda Minsu (Kota Marudu)
    15. Dyandra Justine (Putatan)
    16. Fred Joane Asoon (Pagalungan)
    17. Zarinie Syakira Zainal (Sandakan)
    18. Presley Petrus (Papar)
    19. Adrian Dauli (Telupid)
    20. Afdin Bin Abdul Gani @Ejul (Daerah Kecil Paitan)

    Hadiah

    Antara hadiah yang menjadi rebutan kepada semua bakal Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017 adalah seperti berikut:

    Johan : RM6,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    Naib Johan : RM4,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    Ketiga : RM3,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    7 Saguhati : RM600 + Sijil + Beras
    Penyanyi Popular : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras
    Persembahan Terbaik : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras

    Sumber:
    1. Secara Langsung Konsert Pusingan Suku Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017 (22hb Mei 2017) 

    Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017

    Seramai empat puluh empat (44) peserta sugandoi peringkat negeri yang telah hadir untuk mendaftar dan seterusnya menjalani sesi latihan di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, semalam.

    Dalam pertemuan melalui taklimat dan sesi bergambar bersama media malam tadi, Gundohing Evaristus Gungkit, Pengerusi Sugandoi Negeri mengucapkan tahniah kepada semua peserta sugandoi yang berjaya sampai ke peringkat negeri 2017.

    "Tahniah untuk semua peserta yang melayakkan diri ke peringkat negeri. Persaingan sangat sengit, semuanya hebat-hebat belaka. Oleh itu buat sehabis baik," katanya.

    Evaristus juga berpesan supaya peserta hendaklah bersaing secara sihat, menjaga disiplin dan ditegah daripada mengambil benda yang boleh memabukkan dan menghayalkan semasa latihan dan pertandingan diadakan.

    Calon Juara Sugandoi Negeri 2017
    Calon Juara Sugandoi Negeri 2017
    Sesi latihan selanjutnya akan dijalankan pada hari ini, 22hb Mei sebelum peserta berentap dalam pusingan Suku Akhir yang akan dijadualkan pada hari yang sama bermula jam 6.00 petang.

    Seramai dua puluh (20) peserta akan dipilih untuk bersaing dalam pusingan seterusnya iaitu pusingan Separuh Akhir yang dijadualkan pada 23hb Mei (esok), jam 6.00 petang. Di peringkat Suku Akhir ini, kumpulan Kugiran pengiring dibenarkan untuk membuat gubahan muzik susunan lagu pendek mengikut keselesaan dan kepuasan peserta.

    Hadiah

    Antara hadiah yang bakal menjadi rebutan kepada semua Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017 adalah seperti berikut:

    Johan : RM6,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    Naib Johan : RM4,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    Ketiga : RM3,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    7 Saguhati : RM600 + Sijil + Beras
    Penyanyi Popular : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras
    Persembahan Terbaik : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras

    Sementara itu, penyokong peserta sugandoi negeri Sabah dan peminat dalam seni suara dijemput untuk turut sama memeriahkan lagi pertandingan: pusingan Suku Akhir Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2017 ini di Hongkod Koisaan KDCA Penampang.

    Sumber:
    1. Sesi Taklimat dan Sesi Bergambar, Hongkod Koisaan KDCA Penampang (21hb Mei 2017)
    2. Borang Penyertaan Sugandoi Negeri Sabah 2017. 

    Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 Berlangsung 18hb Mei

    Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) sekali lagi akan menganjurkan Majlis Anugerah Lagu KDCA yang akan diadakan di Hongkod Koisaan KDCA Penampang pada 18hb Mei (Khamis) ini, jam 6.00 malam.

    Objektif

    Objektif Majlis Anugerah Lagu KDCA adalah;
    1. Menghargai jasa para penggiat seni Kadazan-Dusun yang memartabatkan bahasa itu di persada dunia. 
    2. Untuk menggalakkan penciptaan lagu-lagu Kadazan-Dusun yang berkualiti.
    Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016
    Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016
    Usaha ini harus dipuji kerana melalui galakan penciptaan lagu, ia bukan sahaja memberi fokus terhadap penghasilan lebih banyak karya lagu Kadazan-Dusun yang berkualiti oleh penggiat seni suara tempatan malah, ia juga dapat mengekalkan kesinambungan penggunaan bahasa ibunda ini dalam kalangan generasi baru.

    Anugerah 

    Tahun lalu anugerah yang disampaikan adalah Lagu Paling Popular, Penyanyi Popular (Lelaki & Perempuan), Penyanyi Baru Popular (Lelaki & Perempuan), Komposer Terbaik dan Anugerah Khas Jasamu Dikenang. Walau bagaimanapun, anugerah yang bakal disampaikan pada tahun ini sedikit berbeza berbanding pada tahun lalu.

    "Antara penganugerahan yang akan disampaikan pada malam Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 adalah Anugerah Lagu Popular 1980 - 2014, Anugerah Khas Jasamu Dikenang, Komposer Pilihan KDCA 2017 dan Lagu Popular Pilihan KDCA 2017," Gundohing Evaristus Gungkit, Pengerusi Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017 dipetik sebagai berkata ketika dihubungi oleh hiburansabah.com.

    Setiap anugerah yang diberikan diktiraf oleh KDCA sendiri dan setiap penerima dinilai melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesen radio swasta, studio rakaman, pengusahan karaoke, temu bual bersama orang awam dan melalui laman media sosial WhatsApp. 

    Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 bakal dirasmikan oleh Huguan Siou, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Presiden KDCA, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. 

    Mengimbas kembali Majlis Anugerah Lagu KDCA tahun lalu (2015), Lagu Id Pagandadan merupakan Lagu Paling Popular 2015. Sementara itu, sebanyak tujuh (7) penerima Anugerah Khas Jasamu Dikenang antaranya adalah Datuk Cladius Sundang Alex, Datuk Justin Stimol, Datuk Pat Micheal, Evelyn Ebin, Wilfred Mojilis, Stephen Jimin dan Mendiang Ambrose Mudi.

    Sumber:
    1. Gundohing Evaristus Gungkit , Pengerusi Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017
    2. Mr. Minami Tius @DJ Suga, Ahli Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017
    3. Facebook Augustine Jumat, Dokumentasi Penyelidikan & Komunikasi KDCA (Rasmi)

    Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6 Berlangsung 17hb Mei

    Sekali lagi para peminat muzik tempatan Sabah akan menyaksikan Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim Ke-6 (2015/2016) yang akan berentap di pentas Dewan KDCA Penampang pada 17hb Mei ini.

    Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan merupakan anjuran oleh Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM Kota Kinabalu dengan kerja sama Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA). Penerbit rancangan ini adalah Johanna Joseph Lokupi (2012 - sekarang) dan dibantu oleh Marklinus Joseph Antang.

    Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6
    Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6

    Pertandingan yang akan bermula pada jam 7.30 malam bakal dirasmikan oleh Huguan Siou, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Presiden KDCA, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. Orang ramai khususnya masyarakat sekitar Penampang, Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan yang berdekatan adalah dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi pertandingan ini.

    Pada malam pertandingan, penonton juga akan mendapat tiket secara percuma untuk cabutan tiket bertuah. Sebanyak 2,000 keping tiket akan diagihkan semasa penonton masuk ke dalam dewan dan agihan tiket adalah secara “First come first serve”.

    Objektif

    Objektif Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Kadazan ialah untuk memartabatkan lagu-lagu Kadazan ke pringkat yang lebih tinggi. Justeru, penggiat seni boleh mensasarkan hasil seni untuk memenangi anugerah-anugerah yang disediakan oleh RTM.

    Finalis Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim Ke-6

    1. Tajuk Lagu : Hangad Ku Gompizo Noh
        Penyanyi : Petrus Martin
        Pencipta Lirik : Petrus Martin

    2. Tajuk Lagu : Husi Noh Dogo
        Penyanyi : Heidi Vanessa Maruning
        Pencipta Lirik : Minami T. Anduini

    3. Tajuk Lagu : Iisai Pahasaon Nu
        Penyanyi : Clarice Sipanul
        Pencipta Lirik : Clarice Sipanul

    4. Tajuk Lagu : Kakal Zou Mandad
        Penyanyi : Alfred Koroh
        Pencipta Lirik : Maritah Tatiu

    5. Tajuk Lagu : Kivaa Koupusan Nu
        Penyanyi : Fanzi Ruji
        Pencipta Lirik : Nick Tudol

    6. Tajuk Lagu : Koginavaan Di Sininduahan Nu
        Penyanyi : Grace Ah Ting
        Pencipta Lirik : Elizabeth Bisuil

    7. Tajuk Lagu : Id Puun Do Bambangan
        Penyanyi : Peter Jupiter Bensing
        Pencipta Lirik : Michael Lian Bensing

    8. Tajuk Lagu : Oi Ina
        Penyanyi : Wester Maljos
        Pencipta Lirik : Alice Marius

    9. Tajuk Lagu : Tunak Id Numpaasan
        Penyanyi : Cathy Woritus
        Pencipta Lirik : Bobby Patrick

    Finalis dalam petandingan ini akan diiringi oleh Kombo RTM Sabah yang dipimpin oleh Raimond Sukudat @Matlan yang juga bertindak selaku penggubah muzik.

    Penonton juga dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh artis tempatan Sabah seperti Anna Stanislaus, Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim ke-5; dan Juara Anugerah Vokal Terbaik LPK dan Maria Tatiomis Guntingan yang merupakan NaibJuara Carta Lagu Popular Kadazan Musim ke-5.

    Mantan Juara Carta Lagu Popular Kadazan

    Musim Pertama (2007) : Janrywine J. Lusin
    Musim Ke-2 (2009) : Rufina Eusibius
    Musim Ke-3 (2011) : Kumpulan Da Prinz (Allen, Melvin, Hafiz, Aegy)
    Musim Ke-4 (2013) : Joseph George
    Musim Ke-5 (2015) : Anna Stanislaus
    Musim Ke-6 (2017) : ??

    Anugerah Dan Hadiah

    Anugerah Lagu Terbaik
    - Anugerah Juara Carta Lagu Popular Kadazan (RM3,000.00, Trofi dan Sijil)
    - Naib Juara Carta Lagu Popular Kadazan (RM2,500.00, Trofi dan Sijil)
    - Tempat Ketiga Carta Lagu Popular Kadazan (RM2,000.00, Trofi dan Sijil)

    Anugerah Persembahan Terbaik (RM1,000.00, Trofi dan Sijil)
    Anugerah Vokal Terbaik (RM1,000.00, Trofi dan Sijil)
    Anugerah Penulis Lirik Lagu Terbaik (RM1,000.00, Trofi dan Sijil)
    Artis Paling Popular melalui undian "LIKE" (RM500.00, Trofi dan Sijil)
    Hadiah Saguhati (RM500.00, Trofi dan Sijil)

    Sejarah Juara Carta Lagu Popular Kadazan

    Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan pertama kali diadakan pada 24hb Mac 2017 bertempat di Dewan Masyarakat Tun Fuad Penampang. Rancangan yang diterbitkan Oleh Sabah Vfm, Siaran Bahasa Kadazan ini merupakan kemuncak kepada Rancangan Carta Mingguan Lagu-Lagu Popular Kadazan yang disiarkan setiap hari Sabtu. Rancangan ini terus mendapat sambutan hebat oleh kalangan pendengar sehingga hari ini. Pertandingan Carta Musim ke-2 telah diadakan di Dewan Tun Fuad  Penampang pada 2009 yang ditonton oleh anggaran lebih 2,000 orang peminat. Dua tahun kemudian, Pertandingan Carta Musim ke-3 diadakan di tempat yang sama pada tahun 2011. Pada tahun 2013, Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim ke-4, 2011/2012 telah diadakan pertama kali di Dewan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang. Pada tahun 2015, sekali lagi Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim Ke-5 telah diadakan di Dewan KDCA Penampang dengan anggaran lebih 3,000 orang datang menyaksikan pertandingan yang berprestij ini. Tahun ini 2017, penerbit sekali lagi memilih KDCA sebagai tempat untuk Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan Musim ke-6,  Sabah Vfm dengan kerjasama Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang.

    Sementara itu, Denis Primus merupakan penerbit pertama rancangan Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm yang bermula sejak tahun 2007 sehingga tahun 2012.

    Sumber:
    1. Johanna Joseph Lokupi, Penerbit Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan SabahVfm Musim Ke-6 (2015/2016).

    Dinobatkan Juara Sugandoi Papar 2017 Sebagai Hadiah Hari Ibu ~ Presley Petrus

    Presley Petrus dinobatkan sebagai Juara Sugandoi Papar sempena pertandingan akhir Sugandoi 2017 peringkat daerah Papar yang berlangsung Sabtu lalu di Dewan Masyarakat Papar, Sabah. Kemenangan tersebut melayakkan beliau mewakili daerah Papar untuk meneruskan saingan pertandingan Sugandoi peringkat negeri Sabah yang dijadualkan bermula pada 21hb Mei.

    Presley Petrus Juara Sugandoi Daerah Papar 2017
    Presley Petrus Juara Sugandoi Daerah Papar 2017
    Presley yang membawa lagu betajuk Sugandoi dinyanyi dan dipopularkan oleh David Yuntala memberikan tuah kepada Presley dan sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 beserta piala dan sijil.

    "Syukur kepada Tuhan kerana memberikan kemenangan ini. Terima kasih kepada ibu dan bapa yang sentiasa menyokong minat saya selama ini. Kemenangan ini merupakan hadiah khusus kepada ibu saya sempena menyambut Hari Ibu pada Ahad ini. Terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan yang banyak memberi semangat sepanjang pertandingan berlangsung," katanya kepada hiburansabah.com ketika ditemui selepas keputusan diumumkan.

    Ditanya apakah persediaan yang telah dibuat sebelum dinobatkan sebagai Johan Sugandoi Papar. Menurut Presley, "Saya tidak melihat kepada kekuatan dan kelemahan peserta yang lain. Saya cuma fikir tentang diri sendiri sama ada saya mampu bersaing atau sebaliknya. Disamping, untuk terus membuat latihan dan yang paling penting yakin. Syukur, asil usaha tersebut, syukur, hari ini saya dinobatkan sebagai johan pertandingan akhir sugandoi daerah Papar untuk tahun ini."

    Naib Juara Pertandingan Sugandoi Akhir Papar 2017 dimenangi oleh Raybenson Danny Manjuin. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Reen Abigail Carol. Manakala, Vuikuang Apau dan Clara Paul masih-masing berada pada kedudukan keempat dan kelima.

    Presley sebelum ini pernah menjuarai Bintang Kecil RTM peringkat kebangsaan pada tahun 2010 bercita-cita untuk memperdalam ilmu dan pengetahuan dalam bidang muzik dan berharap dapat meneruskan pengajiannya di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Walau bagaimanapun, menurut Presley, "Ia bergantung kepada rezeki kerana memasuki ASWARA akan melalui pelbagai peringkat tapisan," katanya.

    Pencapaian 

    Antara pencapaian lain Presley Petrus adalah seperti berikut:
    1. Naib Juara Pertandingan Nyanyian Solo Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah 2015 
    2. Carta Lagu Popular Kadazan 2015 (Kihoi Sazau Kadazan)
    3. Juara Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2011 (Kategori Lelaki)
    4. Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan 2010 
    5. Bintang Kecil RTM Peringkat Zon Sabah 2010
    6. Top 5 TV3 MyKids Awards 2010 (Penyanyi Lelaki Popular) 
    7. Juara Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri Sabah 2010
    Sebenarnya, masih banyak pencapaian yang telah dirangkul oleh Presley sejak dari kecil berkecimpung dalam dunia nyanyian namun beliau sendiri tidak mengingati kesemuanya.

    Sementara itu, bagi meneruskan minat dalam bidang nyanyian ini Presley menjadikan Petrus Martin iaitu ayahnya sendiri sebagai idolanya. Petrus Martin ialah satu nama yang tidak asing lagi kalangan artis tempatan (kadazan) Sabah. Terkini, beliau antara finalis yang akan berentap dalam Juara Lagu Popular Kadazan 2016 pada 17hb Mei ini.

    Finalis Sugandoi Papar 2017
    Finalis Sugandoi Papar 2017
    Presley juga sempat memberikan pandangan khusus kepada kawan-kawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

    "Pertama sekali, kena tafsirkan diri sendiri adakah kita boleh dan mampu menjadi seorang penghibur yang baik atau sebaliknya. Seterusnya, banyakkan latihan vokal, latihan vokal sangat penting dan wajib. Selain itu, anda juga perlu menjaga pemakanan dan cuba untuk banyakkan bersenam. Tapi saya sendiri tidak rajin bersenam," katanya sambil bergurau ketika menamatkan perbualan.

    Peminat dan penyokong boleh mengikuti perkembangan Presley Petrus melalui Instagram @presley_pxths.

    Hiburansabah.com ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Presley Petrus kerana muncul johan sugandoi daerah Papar tahun 2017. Semoga beliau juga meneruskan persaingannya untuk dan membuat yang terbaik daerah Papar semasa pertandingan sugandoi di peringkat negeri 2017.

    Sumber:
    1. Temubual bersama artis Presley Petrus
    2. Instagram @presley_pxths

    Juara Mentor Milenia 2017 Elica, Boleh Bersaing Lebih Jauh

    Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin telah dinobatkan sebagai Juara Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Shah Alam Sentral, Shah Alam, Ahad lepas. Kemenangan ini menyaksikan protege kepada Akim, Elica membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah trofi, telefon bimbit Neffos X1 Max serta pakej percutian ke London.

    "Syukur kepada Tuhan atas rezeki yang diberikan. Terima kasih kepada abang Akim, kak Stacy, juri Datuk Hattan dan kak Ojie, cikgu Azmil, cikgu shazlan dan juga team sebab banyak memberi tunjuk ajar. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan semua penyokong yang telah menyokong saya sepanjang dalam Mentor Milenia ini," katanya ketika memberi ucapan sejurus selepas diumumkan sebagai juara Mentor Milenia 2017.

    Elica Juara Mentor Milenia 2017
    Elica Juara Mentor Milenia 2017
    Peserta dari Kg. Tibarbar, Tambunan Sabah ini bukan sahaja dinobatkan sebagai juara tetapi juga muncul sebagai pemenang Protege Pilihan Terbaik Neffos yang sekaligus menggandakan kemenangan dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bejumlah RM10,000.

    Mengimbas kembali persembahan malam konsert akhir Mentor Milenia 2017, Elica telah menyanyikan lagu Ceritera Cinta dengan gandingan hebat bersama Hael. Manakala lagu keduanya ialah Samar Bayangan iaitu lagu yang dipopularkan oleh Nicky Astria.

    Komen Juri

    Sementara itu Datuk Hattan berpendapat bahawa Elica boleh pergi jauh dalam industri muzik Malaysia jika cara dan didikan yang betul diberikan seterusnya oleh mentor Elica iaitu Akim selepas ini.

    "Saya punya keyakinan yang sangat tinggi bahawa Elica boleh terbang lebih jauh jika cara dan didikan yang betul diberikan seterusnya selepas ini. Elica mampu untuk terbang tinggi kerana saya tahu tahap kemampuan vokalnya. Tahniah untuk persembahan ini, sangat baik," katanya.

    Ceritera Cinta, gandingan hebat Elica Bersama Hael
    Ceritera Cinta, gandingan hebat Elica Bersama Hael
    Datuk Hattan juga berpendapat tidak semua orang mampu menyanyikan lagu Smar Bayangan dengan penjiwaan yang mendalam.

    "Persis seorang juara. Saya suka penjiwaan awak. Elica lontarkan sepenuhnya jiwa awak di dalam lagu Samar Bayangan. Saya berpendapat bukan semua orang boleh menyanyikan lagu ini," katanya.

    Komen Mentor

    Akim iaitu mentor kepada Elica mengungkapkan bahawa Elica telah membuktikan dia mempunyai kualiti sebagai seorang juara.

    Elica Dinobatkan Juara Mentor Milenia 2017
    Elica Dinobatkan Juara Mentor Milenia 2017
    "Satu persembahan yang sangat baik dari Elica, satu persembahan final yang abang nantikan. Hari ini Elica membuktikan bahawa awak mempunyai kualiti sebagai seorang juara. Abang berharap agar Elica terus kekalkan apa yang telah dibuat, ingat pesan abang terus humble. Ini lah Elica. Elica awak sudah sedia untuk menjadi artis. Tahniah Elica," katanya.

    Ucapan Akim Selepas Juara Diumumkan

    "Tahniah kepada Elica atas kesungguhannya dalam membuat persembahan pada malam ini dan minggu-minggu sebelumnya. Ini semuanya berkat usaha daripada Elica sendiri. Ucapan tahniah juga kepada team saya abang Lokyu, team String dan juga cikgu Syafi kerana membantu Elica. Terima kasih semua penyokong Elica dan protege-protege yang lain. Tepukan gemuruh semua protege,' katanya. Akim.
    Ucapan Terakhir Daripada Akim
    Ucapan Terakhir Daripada Akim
    Sumber:
    1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 7hb Mei 2017.
    2. Mentor Milenia 2017 TV3

    Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

    Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan masing-masing dalam konsert kesembilan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran malam tadi. Pemilihan tersebut menyaksikan peserta dari Sabah Elica, juga turut sama bersama dengan tiga peserta lain iaitu Usop, Syeera dan Along menempah dan meneruskan saingan dalam Pentas akhir Mentor Milenia 2017.

    Elica, Separuh AKhir Mentor Milenia 2017
    Elica, Separuh AKhir Mentor Milenia 2017
    Berjaya dan layak untuk meneruskan saingan dalam peringkat akhir Mentor Milenia 2017 memerlukan komitmen dan usaha yang lebih jitu bagi memastikan kejuaraan miliknya. Demikian juga buat Elica, Elica perlu melipat gadakan usahanya dalam membuat persediaan untuk bersaing dengan peserta akhir yang lain. Kesilapan yang dibuat ketika saingan di peringkat separuh akhir perlu dijadikan pengajaran dan memastikan kesilapan tersebut tidak akan berlaku khususnya semasa persembahannya dalm pentas akhir nanti.

    Apakah kesudahan Elica dalam pentas akhir Mentor Milenia 2017? Adakah Elica berjaya menyempurnakan persembahannya? Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017? Apapun sama-sama kita nantikan persembahan yang mantap daripada Elica semasa saingan pentas akhir Mentor Milenia pada Ahad ini, 6hb Mei.

    Komen Juri

    Sementara itu, persembahan lagu pertama Elica yang bertajuk Bertamu Di Kalbu iaitu lagu nyanyian asal oleh Jaclyn Victor telah mendapat kritikan membina daripada juri jemputan Konsert Separuh Akhir Mentor Milena 2017 iaitu Misha Omar.

    Menurut Misha Omar, lagu ballet memerlukan penghayatan dan penceritaan yang kuat kerana ia berkaitan dengan perasaan. Permulaan nyanyian haruslah dijaga hingga ke akhir nyanyian.

    "Lagu ballet ini dikaitkan dengan perasaan. Perasaan perlu dalam lagu-lagu ballet apabila kita mahu menyampaikan sesuatu cerita itu kepada pendengar. Disiplin lagu ballet adalah permulaan nyanyian lagu haruslah dijaga sehingga ke akhirnya. Tuntutan menyanyikan lagu ballet memang begitu. Sebenarnya, nyanyian Elica tidak ada masalah cuma kurang penghayatan dan penceritaan. Bila terlalu berjaga-jaga dengan nota-nota yang tinggi, ia seakan nyanyian oleh robot cop yang menyanyikan lagu ballet, tidak rasa. Selain itu, jangan menampakkan expresi wajah yang terlalu berhati-hati kerana kita (juri) boleh rasakannya. Ini merupakan pertandingan jadi kena ambil nafas terlebih dahulu sebelum menyanyikan lagu yang mempunyai nota tinggi supaya perasaannya dapat disampaikan," katanya.

    Kolaborasi Elica Dan Akim Mentor Milenia 2017
    Kolaborasi Elica Dan Akim Mentor Milenia 2017
    Manakal, Akim mentor kepada Elica juga berpendapat bahawa Elica terlalu berhati-hati dalam nanyiannya. Namun, memuji Elica kerana berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik.

    "Kami pun sudah praktis selama ini dan saya akui Elica memang nampak terlalu berhati-hati. Namun, daripada pertengahan sampai ke hujung nyanyian tu Elica sudah mula memberikan penghayaran dan perasaan tersbut kepada kita (pendengar). Tahniah buat Elica kerana berjaya menyanyikan lagu ini walaupun dalam keadaan berhati-hati. Tahniah dan terima kasih untuk persembahan malam ini," katanya.

    Walau bagaimanapun, Elica telah bangkit semula melalui persembahan lagu keduanya, Secret Love Song nyanyian oleh Little Mix ft. Jason Derulo dan dinyanyikan oleh kolaborasi antara Elica dengan mentornya Akim.

    Datuk Hattan pula berpendapat Elica perlu fokus terhadap persembahan tanpa memikirkan menang atau kalah.

    "Elica, saya suka bila awak kembali seperti sebelum ini. Enjoy dan jangan stress. Nasihat saya kepada semua kalau kamu masuk final pastikan kamu relax, enjoy yourselves dan perform. Jangan terlalu memikirkan menang mahupun tidak. Elica, kalau kerana awak perform dalam keadaan yang tekanan, awak cuba untuk meminimumkan kesilapan namun, sebaliknya akan berlaku banyak lagi kesilapan. Kalau Elica ada rezeki untuk masuk final, so do your best next round," katanya.

    Elica Lovatics Fan Club

    Hiburansabah.com sekali menghubungi penggerak Kelab Fan Elica: Official Elica Lovatics iaitu saudara Kelvin (bukan nama sebenar). Menurut Kelvin, beliau sekali lagi menyeru kepada semua rakyat Sabah khususnya kepada peminat Elica untuk terus menyokong dan mengundi Elica Mentor Milenia 2017.

    Untuk mengundi Elica Mentor Milenia 2017 penyokong Elica bolehlah mengundinya melalui pautan ini Tonton Extra: Undi Protege Elica Mentor Milenia 2017. (Undian hanya dibuka pada Ahad bermula jam 6.00 petang sehingga pengumuman undian ditutup)

    Sumber:
    1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 30hb April 2017.
    2. Mentor Milenia 2017 TV3
    3. Kelab Fan Elica, Official Elica Lovatics

    Featured post

    Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

    Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

    Back To Top