Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm Berlangsung 15 April 2017

Debaran semakin terasa, sekurang-kurangnya dua hari sahaja lagi kita akan menyaksikan Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm. Pastinya Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm ini dinanti-nantikan oleh pendengar setia dan peminat stesen radio KeningauFm di luar sana. Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm akan berlangsung pada 15 April 2017, bermula jam 2.00 petang dan bertempat di Dewan Masyarakat Keningau.

Pertandingan Juara Lagu Keningaufm merupakan pertandingan 3 dalam 1 iaitu Carta 13 dalam Bahasa Malaysia, Bontugan Sinding Dusun dan Rimbai Kasagaan Nu Murut Keningaufm. Sebanyak 15 lagu akan dipertandingkan (5 lagu bagi setiap kaegori Dusun, Murut dan Melayu. Lagu-lagu tersebut dipilih berdasarkan kepada kekerapan menjadi juara dalam Carta Mingguan dalam tempoh Oktober 2015 hingga Oktober 2016.

Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm Berlangsung 15 April 2017
Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm Berlangsung 15 April 2017
Pertandingan diadakan sebagai platform untuk lagu-lagu tempatan di Bahagian Pedalaman (Keningau, Tenom, Tambunan, Nabawan, Sook dan Kemabong) dikenali dan mengiktiraf bakat-bakat penggiat seni tempatan. Antara lain objektif program adalah untuk memberi peluang lagu-lagu tempatan di daerah Pedalaman untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Secara tidak langsung, Program Juara Lagu ini dijadikan medium menyampaikan dasar-dasar kerajan menerusi Program Hiburan dan sekaligus mengeratkan perpaduan kalangan pendengar yang hadir.

Pertandingan ini bakal dirasmikan oleh Nik Nadzri Nik Zawawi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Keningau.

Tahun ini merupakan tahun keempat Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm dijalankan sejak tahun 2014. Program ini merupakan terbitan oleh DJ Hacks @Hector Zaimit, Penerbit Penyelaras oleh DJ Nor @Norlelah Hj Sadi dan Penerbit Eksekutif oleh Razali Haji Baba.

Senarai Peserta 

Kategori Dusun

  1. Chychy Alinjiran - Oupusku Sogigisom (Keningau)
  2. Robert William - Pitongkiadan (Keningau)
  3. Doutis Goukit - Kam Nokuro (Tambunan)
  4. Edvilito Edward - Kada Pogihum Suai (Tenom)
  5. Silibin BugisMuri Kuri Nodi (Keningau)

Kategori Murut

  1. Jupirin Attendin - Nasip Ru Inan (Tenom)
  2. Marlynn M. Marcellius - Puun Kayagaan Mai (Tenom)
  3. Freddy Pansuon - Sungoi Pagalan (Keningau)
  4. Jalumin Satangah - Lomou Pantuliaran (Keningau)
  5. Sharin Amud Shapri - Nahambayan Nangivit Pansuaian (Keningau) 

Kategori Melayu

  1. Alister Leonard Alai - Ikan Duyung (Keningau)
  2. Sharin Amud Shapri - Aramai Dulu-dulu (Keningau)
  3. Laivenston Dell Laijih - Jangan Malu-malu (Tenom)
  4. Kumpulan Honest - Separuh Hidupku (Keningau)
  5. Pierre @Ray Peter Paul - Mulanya Percintaan (Keningau)

Anugerah Dipertandingkan

Antara angugerah yang dipertandingkan adalah Juara Lagu (bagi setiap Kategori), Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik dan Lagu Popular Pilihan Pendengar.

Bagi Anugerah Lagu Popular Pilihan Pndengar, undian secara online akan dibuka kepada semua pendengar untuk menentukan kedudukannya. Pautan / link undian boleh diperolehi menerusi Laman Facebook Keningaufm Hebat Syoknya.

Undian Online akan dibuka sehingga 15 April 2017, dan akan ditutup sebaik sahaja peserta akhir membuat persembahan persembahan. 

Turut diserikan dengan persembahan artis tempatan, persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. Masuk adalah PERCUMA bagi menyaksikan Juara Lagu ini

Buat julung kalinya untuk Edisi Keempat akan diperdengarkan Lagu Tema Juara Lagu Keningaufm, hasil ciptaan lirik oleh Pengurus Keningaufm sendiri, En. Razali Baba @DJ Razali, lagu oleh Minami T. Anudini @DJ Suga dan dinyanyikan oleh DJ Suga dan Ritah Aloysius.

Diharapkan dengan adanya program ini, dapat merakyatkan Stesen Keningaufm dengan lebih dekat kepada pendengar dan dijadikan medium informasi disamping berhibur.

Sumber:
1. DJ Hacks @Hector Zaimit, Penerbit Program.

Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm Berlangsung 15 April 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm Berlangsung 15 April 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top