Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Persembahan Luar Kotak Elica, Markah Rendah. Juri Awam Mentor Milenia Pilih Kasih, Dikecam.

Elica Mentor Milenia 2017 disifatkan mempunyai vokal dan persembahan yang konsisten setiap minggu. Walau bagaimanapun, Elica sebelum ini sering menyanyikan lagu-lagu hitz namun, telah mengambil keputusan untuk cuba membuat persembahan di luar kotak. Dalam erti kata lain, Elica membuat kelainan terhadap persembahannya. Kelainan persembahan ini dapat ditunjukkan menerusi persembahannya menerusi Konsert Kelapan Mentor Milenia 2017. Konsert yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, melalui saluran Media Prima TV3 pada malam tadi, Elica membawa lagu iaitu lagu bertajuk Bosan, lagu yang dipopularkan oleh Stacy tetapi versi Elica secara Broadway.

Persembahan yang sangat baik ini melayakkan Elica untuk meneruskan saingannya di peringkat separuh akhir Mentor Milenia 2017.

Elica Suku Akhir Mentor Milenia 2017
Elica Suku Akhir Mentor Milenia 2017


Juri Awam Dikecam

Kelainan persembahan atau persembahan luar kotak daripada Elica ini bagimanapun hanya mendapat markah yang rendah daripada juri awam. Kontrovesi ini menyebabkan netizen sekali lagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan juri awam terhadap markah yang diberikan kepada Elica. Konsert Kelapan Mentor Milenia 2017, menyaksikan Elica hanya mendapat sebanyak 16% daripada juri awam. Justeru, netizen menyifatkan juri awam tidak profesional kerana tidak pandai menilai sungguhpun nyanyian Elica sedap didengar namun markah yang diberikan sedikit dan sebaliknya markah penuh diberikan terhadap nyanyian oleh Syeera dan Balqis yang salah lirik.

Rata-rata netizen khususnya netizen Sabahan mengecam juri awam Mentor Milenia 2017. Persoalannya, bagaimanakah penilaian yang diberikan oleh juri awam? Adakah juri awam tuli pendengaran? Adakah juri awam ini sememangnya menafikan bakat Elica? Adakan juri awam mahu mematikan bakat Elica? Demikian segala persoalan yang mungkin timbul disebabkan oleh keputusan juri awam yang disifatkan 'bias' oleh segelintir netizen. 

Berikut merupakan quotes pandangan netizen terhadap juri awam Konsert Kelima Mentor Milenia 2017;

Juri Awam Mentor Milenia 2017 Dikecam Netizen
Juri Awam Mentor Milenia 2017 Dikecam Netizen

Komen Juri

Datuk Hattan yang merupakan juri tetap berpendapat Elica sekali lagi telah membuat persembahan yang sangat baik.

"Elica, saya sangat suka! Keberanian untuk tidak memilih jalan selamat ini yang saya tunggu-tunggu sebenarnya. Lagu Bosan, secara Broadway begini merupakan satu kelainan. Saya sememangnya tidak pernah menyukai lagu Bosan sebelum ini tetapi hari ini saya sukakannya. Keberanian ini yang diperlukan untuk awak melangkah dengan lebih jauh di luar sana. Perkara begini perlu kerana suatu hari nanti awak pasti membuat show dan ini sememangnya suatu kelainan yang orang lain nantikan. Kalau setakat nak nyanyi lagu hitz saja, geli dik (bosan). Broadway ni bagus!, katanya.

Manakala,  juri jemputan Konsert Kelapan Mentor Milenia menyifatkan bahawa persembahan yang disampaikan oleh Elica merupakan satu persembahan yang punya keyakinan dan kekuatan vokal.

"Saya suka keyakinan. Elica ada keyakinan, ada kekuatan vokal. Saya rasa persembahan macam begini kalau memang tidak ada keyakinan mungkin susah untuk pull off. SO, tahniah untuk itu. Sangat bagus!, katanya.

Baca artikel berkait: Elica Mentor Milenia 2017, Artis Malaysia Bertaraf Antarabangsa

Komen Mentor Akim

Sementara itu, Akim, mentor kepada Elica ditanya bagaimana idea atau ilham lagu Bosan dibawakan secara lagu broadway. Akim menyifatkan lagu Bosan, nyanyian oleh Stacy merupakan antara yang sesuai ditukar kepada broadway.

"Kita sebenarnya mencari lagu-lagu yang boleh ditukarkan kepada broadway. Antara lagu yang sesuai adalah lagu Bosan, iaitu lagu nyanyian asal oleh Stacy. So tahniah kepada Elica kerana berjaya membawakan lagu ini dengan baik. Macam yang saya cakapkan sebelum ini melalui siaran Journal Mentor Milenia, Elica fail. Namun, malam ini Elica berjaya dan bercerita dengan kami melalui lagu ni. Tahniah Elica!

Baca artikel berkait: Kekuatan Vocal Elica Mampu Bersaing Di Peringkat Internasional

Akim juga menjelaskan tentang isu hangat kerana marah kepada protegenya Elica yang tidak perform pada minggu lepas.

"Setiap minggu mentor bekerja keras untuk memasikan protegenya perform baik di atas pentas. Saya tak suka bila orang tak dapat deliver apa yang mentor mahukan. Jadi, itu yang membuatkan saya marah. Pada masa yang sama, saya juga perlukan Elica untuk menangis sebab  menangis itulah yang sebenarnya membantu sebagai terapi kepadanya. Menagis ini merupakan terapi untuk Elica restart dan buka buku baru, buka lembaran baru untuk jadi lebih baik. So, Elica pada malam ini awak sangat baik!, katanya.

Separuh Akhir Mentor Milenia

Apakah kesudahan Elica seterusnya, sama-sama kita nantikan persembahan Elica dalam konsert peringkat separuh akhir Mentor Milenia 2017 pada Ahad, 30hb April ini.

Sumber:
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 23hb April 2017.
2. Mentor Milenia 2017 TV3
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Persembahan Luar Kotak Elica, Markah Rendah. Juri Awam Mentor Milenia Pilih Kasih, Dikecam.. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Persembahan Luar Kotak Elica, Markah Rendah. Juri Awam Mentor Milenia Pilih Kasih, Dikecam."

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top