Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Mampukah Elica Mara Ke Pentas Akhir Mentor Milenia 2017?

Elica Mentor Milenia 2017 dalam Konsert Kelapan Mentor Milenia 2017 berjaya membuat persembahan di luar kotak dengan menyanyikan lagu secara Broadway yang bertajuk Bosan, lagu yang dipopularkan oleh Stacy.

Persembahan Elica yang dikatakan peresmbahan di luar kotak ini turut disokong oleh juri tetap Mentor Milenia 2017, Datuk Hattan.

"Elica, saya sangat suka! Keberanian untuk tidak memilih jalan selamat ini yang saya tunggu-tunggu sebenarnya. Lagu Bosan, nyanyian secara Broadway begini merupakan satu kelainan. Saya sememangnya tidak pernah menyukai lagu Bosan sebelum ini tetapi hari ini, saya sukakannya. Keberanian ini yang diperlukan untuk awak melangkah dengan lebih jauh di luar sana," katanya.

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017
Persembahannya yang dikatakan mempunyai kelainan ini, walau bagaimanapun, hanya mendapat markah yang rendah iaitu sebanyak 16% daripada juri awam. Kontrovesi ini telah menyebabkan netizen berasa tidak puas hati dengan juri awam terhadap markah yang diberikan dan menyifatkan juri awam tidak profesional kerana tidak pandai menilai sungguhpun nyanyian Elica sedap didengar.

Demikian saingan yang dilalui oleh Elica Mentor Milenia 2017 pada konsert minggu lepas. Namun, persoalannya Mampukah Elica Mara Ke Pentas Akhir Mentor Milenia 2017? Adakah Elica sekali lagi akan mendapat markah yang rendah daripada juri awam? Adakah juri awam yang dikatakan pilih kasih akan menghalang bakat Elica untuk mara ke pentas akhir Mentor Milenia? Banyak persoalan yang timbul namun persoalan-persoalan tersebut hanya akan terjawab selepas kita menyaksikan persembahan oleh Elica dalam Konsert Kesembilan Mentor Milenia 2017 nanti.

Konsert Kesembilan Mentor Milenia 2017

Konsert Kesembilan Mentor Milenia 2017 yang bakal bersiaran pada Ahad, 30hb April ini, Elica Mentor Milenia 2017 akan mendendangkan dua (2) buah lagu iaitu Bertamu Di Kalbu single pertama nyanyian oleh Jaclyn Victor dari album Jaclyn Victor III, gubahan dan liriknya oleh Anjang dari kumpulan Jinbara. Lagu ini layak ke Muzik-Muzik peringkat Separuh AKhir tahun 2009. Manakala lagu yang akan dibawa oleh Elica ialah Secret Love Song nyanyian oleh Little Mix ft. Jason Derulo.

Ketika ditanya persediaan Elica untuk Konsert Kesembilan Mentor Milenia, Penggerak Kelab Fan Elica: Official Elica Lovatics, Kelvin (bukan nama sebenar) dipetik sebagai berkata, "Persediaan Elica untuk Konsert Kesembilan Mentor Milenia boleh dikatakan dalam keadaan tip top. Sama-sama kita nantikan kelainan persembahan Elica seterusnya pada Ahad, 30hb April ini, yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, melalui saluran Media Prima TV3.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Sabah khususnya kepada peminat Elica untuk terus menyokong dan mengundi Elica Mentor Milenia 2017. Elica sangat-sangat berbakat, jangan dimatikan bakatnya! Sabah melahirkan banyak bakat dalam bidang seni suara, oleh itu, sama-sama kita menyokong dan mengundi Elica supaya Elica mara ke pentas akhir Mentor Milenia 2017. Ayu kita pastikan negeri Sabah terus gah dan dilabel sebagai kilang yang melahirkan bakat-bakat besar dalam bidang seni suara dan muzik negara," katanya.

Sementara itu, untuk mengundi Elica Mentor Milenia 2017 penyokong Elica bolehlah mengundinya melalui pautan ini Tonton Extra: Undi Protege Elica Mentor Milenia 2017. (Undian hanya dibuka pada Ahad bermula jam 6.00 petang sehingga pengumuman undian ditutup)

Sumber:
1. Kelab Fan Elica, Official Elica Lovatics
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Mampukah Elica Mara Ke Pentas Akhir Mentor Milenia 2017?. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Mampukah Elica Mara Ke Pentas Akhir Mentor Milenia 2017?"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top