Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Kumpulan Era Budaya Papar Mengharumkan Sabah Di Pentas Antarabangsa

Suku kaum Kadazan Papar, melalui kumpulan Era Budaya Papar telah mewakili Malaysia ke ITB Berlin German (World's Leading Travel Trade Show) untuk membuat persembah tarian yang berlangsung pada 8 hingga 12 Mac 2017.

Acara yang berlangsung selama 5 hari tersebut, kumpulan Era Budaya Papar mempersembah tarian Sazau Papar, Sumundai Kudat, Sumazau Penampang, Anggalang Magunatip, Joget Malaysia dan Tarian Malaysia Truly Asia.

Era Budaya Papar
Era Budaya Papar
Sepanjang kumpulan Era Budaya Papar berada di German, kumpulan ini juga telah membuat persembahan di Kedutaan Malaysia yang mana dihadiri oleh semua wakil kedutaan seluruh negara dan dihadiri sendiri oleh Datin Seri Haflin Saiful, isteri kepada Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz iaitu Menetri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Sempena Tahun Melawat Asia yang Ke-50, kumpulan EBP juga telah membuat persembahan di Booth Pavilion Negara Indonesia, Philippine, Thailand dan Cambodia.

Era Budaya Papar

EBP adalah kumpulan yang sebelum ini dikenali sebagai "Sinompuvan Komuhakan Kadazan". Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1959 oleh pengasasnya OKK Joseph KK Gunsoi. EBP, merupakan organisasi budaya yang diurus oleh beberapa individu dengan peringkat umur yang berbeza, mempunyai minat yang mendalam terhadap budaya dan nilai-nilai tradional. 

Objektif utamanya adalah untuk menggalakkan perpaduan melalui pemeliharaan budaya tradisional dan menyemai cintakan budaya kalangan generasi muda. Sebagai semangat nilai-nilai tradisi meningkat, ditambah dengan sokongan daripada sektor kerajaan dan swasta, justeru nama Sinompuvan Komuhakan Kadazan telah ditukar kepada ERA BUDAYA PAPAR (PAPAR CULTURAL ERA) pada tahun 1991. Dengan hanya mendengar nama kumpulan ERA BUDAYA PAPAR ini, secara langsung ia dikaitkan untuk menggalakkan budaya tradisional dan juga tarian moden sesuai dengan perkembangan semasa. Pada masa kini kumpulan ini dikendalikan oleh Puan Claire Joseph (anak perempuan OKK Joseph KK Gunsoi)

Penari Era Budaya Papar
Penari Era Budaya Papar
EBP telah melakar satu kejayaan apabila kumpulan ini telah mewakili Sabah, Malaysia dalam Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Perancis, Britain dan Switzerland (Julai - September 1991), Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Kanada Julai - Ogos 1995), Festival De Martiques di Perancis dan Cubeo Itali (20 Julai - 1 Ogos 1997), Taiwan (20 Julai - 28 Ogos 1999), Taiwan (Julai - Ogos 2001), Filipina (16-21 Ogos 2000), Thailand (Jun 2008), Korea ( 30 Sept - 9 Okt 2011), Filipina (25 April - 2 Mei 2012), Jepun (10-16 September 2013), Melaka (2010, 2011, 2013, 2014), Pulau Pinang (Mei 2006, 2007), Labuan (1999, 2000, 2001, 2008, 2010, 2011, 2014, 2015) Kuala Lumpur (Citra Warna, Pesta Ka'amatan), Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Perancis (04-21 Julai 2015), Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Sabah (11-15 Ogos 2015), Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Perancis (04-25 Julai 2016) dan Taipe Taiwan (27 Julai - 8 Ogos 2016).

 
Era Budaya Papar
Era Budaya Papar

Pengalaman yang banyakan telah menjadikan EBP terkenal dikalangan masyarakat di Sabah. Kumpulan ini sering dijemput untuk membuat persembahan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dan juga daripada syarikat-syarikat swasta. Sebagai contoh, majlis-majlis seperti majlis perasmian, welcoming tourist dan juga semasa musim perayaan di Malaysia. Selain itu, kumpulan ini juga mempersembah tarian kreatif, moden dan fire show. EBP juga telah menubuhkan satu kumpulan anak syarikat yang dikenali sebagai Era Sound (Sistem PA, Set penuh Karaoke, band lengkap, penyanyi, projektor dan lain-lain) 

Sumber:
1. Joe A Nandu Mansuba - Dumangan, Era Budaya Papar.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Kumpulan Era Budaya Papar Mengharumkan Sabah Di Pentas Antarabangsa. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Kumpulan Era Budaya Papar Mengharumkan Sabah Di Pentas Antarabangsa"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top