Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

'Kasari Id Ginawo Ku' Dinobatkan Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017)

RANAU: Lagu 'Kasari Id Ginawo Ku' nyanyian oleh Andrew Poniting (Kota Belud) telah dinobatkan sebagai Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 yang berlangsung pada 8 April, malam tadi di Dewan Masyarakat Ranau. Lagu Kasari Id Ginawo Ku merupakan ciptaan oleh Witin Gili dan lirik ditulis oleh Daunis Gili. Andrew Poniting yang popular dengan panggilan Apai juga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang hadiah terkumpul berupa wang tunai RM4,000 beserta tropi.

Pemenang Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016
Pemenang Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016
Andrew Poniting berkata "Pertandingan ini sebenarnya khas untuk pencipta lagu. Lagu Kasari Id Ginawo Ku ini dicipta oleh Witin Gili dan lirik ditulis oleh Daunis Gili. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Ucapan terima kasih juga kepada juri-juri yang telah mendengar lagu ini mungkin telah mendengarkannya sebelum pertandingan bermula, menilai melodi, form, dan structure lagu ini. Saya berpendapat penilaian juri mungkin lebih melihat terhadap penciptaan lagu tersebut. Darpada segi persembahan pula, ucapan terima kasih kepada kombo RTM yang betul-betul memberi support yang begitu baik dalam persembahan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasi dan memanjatkan syukur atas segala sumbangan ataupun sokongan daripada keluarga saya, isteri dan anak saya serta penonton-penonton dan peminat saya."

Beliau berkata sedemikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com, malam tadi.

Naib johan Juara Carta Lagu Dusun dimenangi oleh Elsie James (Telipok) melalui lagu Kasarahan Piginawaan Toh. Elsie menerima hadiah berupa wang tunai RM2,500 beserta tropi. Pemenang tempat ketiga pula dimenangi oleh Rudy Banabas (Telipok) melalui lagu Pointopot. Beliau menerima wang tunai RM2,000 beserta tropi.

Juri Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 diketuai oleh Alvy Durin, Resot Igau, dan Zaleha Sian.

Pemenang Mengikut Kategori Bergambar Bersama Datuk Seri Panglima Masidi
Pemenang Bergambar Bersama Datuk Seri Panglima Masidi 
Anugerah Vokal Terbaik dimenangi oleh Izlan Haimin (Ranau) dan pemenang Anugerah Penulis Lirik Terbaik dimenangi oleh Vellchristine Agustine (Keningau). Kedua-dua pemenang Anugerah Vokal Terbaik dan Penulis Lirik Terbaik masing-masing menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi. Manakala, tujuh (7) peserta lain masing-masing menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 beserta trofi.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN N.30 Karanaan.

Ucapan Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun

Terdahulu, ADUN Karanahan, Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun ketika berucap berkata, sekalung terima kasih kepada Jabatan Penyiaran Sabah kerana sekali lagi memilih Ranau sebagai lokasi untuk mengadakan Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6. Daerah Ranau adalah tempat yang sesuai dan masyarakat Ranau meyambut baik serta menghargai keputusan Jabatan Penyiaran Sabah untuk mengadakan acara seumpama yang ketiga kalinya diadakan di Ranau.

Pemenang Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM
Pemenang Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM
Masidi mencadangkan agar masa siaran bahasa Dusun di radio perlu diubah atau diawalkan sedikit memandangkan masyarakat Dusun tidak dapat mendengar siaran radio bahasa Dusun di SabahVFM kerana masa siaran antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam adalah masa untuk 'tidur' selepas seharian suntuk bekerja.

"Saya cadangkan kepada Jabatan Penyiaran Sabah, mungkin boleh mempertimbang siaran bahasa Dusun ini diawalkan sedikit agar lebih ramai peminat radio bahasa Dusun ini mengikuti siarannya. Ini cuma cadangan, kalaupun tidak boleh dibuat setiap hari pihak Jabatan Penyiaran Sabah boleh selang selikan dengan siaran bahasa-bahasa tempatan yang lain," katanya.

DJ SabahVFM (Dusun)
DJ SabahVFM (Dusun)
Beliau juga mengambil kesempatan untuk merakam ucapan terima kasih kepada Jabatan Penyiaran Sabah (RTM Sabah) kerana menerima saranannya untuk mengadakan siaran berita Dusun di televisyen kerana ketika itu hanya siaran berita bahasa Kadazan sahaja bersiaran pada mulanya. Kini, RTM Sabah telahpun bersetuju dan meluluskan cadangan tersebut dan berita bahasa Dusun dapat diikuti dan diselang selikan dengan berita bahasa Kadazan melalui siaran Astro 109 iaitu TV5.

Sementara itu, Masidi telah melancarkan pembinaan Muzium Tamadun Dusun Ranau pada bulan lepas. Reka bentuk muzim ini sedang diperhalusi dan apabila dipersetujui ia akan dibina pada tahun ini. Muzium Tamadun Dusun Ranau ini adalah sebagai tanda sayang kepada bangsa kita dan sesuatu yang menjadi sandaran kepada seni budaya untuk diwariskan kepada genaris yang akan datang. Bagi menaikkan semangat masyarakat Ranau agar lebih sayang akan Ranau, sayang kepada masyarakat, terpanggil untuk menyumbang sesuatu yang bertujuan untuk memperbaiki dan menjadikan Ranau sebagai daerah nombor 1 Sabah maka slogan baru iaitu 'Ranau Dihatiku' telah dicadang sendiri oleh Masidi.

DJ Matinin Yukim Penerbit Pertandingan Akhir JCLD SabahVFM
DJ Matinin Penerbit JCLD SabahVFM

Sambutan Pertandingan Akhir JCLD SabahVFM

Sambutan konsert sangat menggalakkan dan dewan dipenuhi oleh penonton warga daerah Ranau sendiri. Tetamu kehormat yang turut sama menyaksikan Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 SabahVFM adalah Haji Ali bin Hj. Ngasio, Pengarah Penyiaran Sabah; Haji Faimin bin Kamin, Pegawai Daerah Ranau; OCPD Ranau Mohd Farhan Lee Abdullah, dan Pemimpin Pmbangunan Masyarakat (PPM) Karanahan dan Paginatan.

Foto Keluarga Jawatankuasa Penganjur dan Program Pertandingan Juara Lagu Carta Lagu Dusun SABAHVFM Musim ke-6
Foto Keluarga Jawatankuasa Penganjur dan Program Pertandingan Juara Lagu Carta Lagu Dusun SABAHVFM Musim ke-6
Disamping menyaksikan finalis berentap dalam Pertandingan Akhir  Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6, penonton juga dihiburkan dengan penampilan istimewa oleh artis jemputan antaranya S. Welly, Febian William, Bontugan Sinding 2013 dan artis otai Jaidi Bading.

Hiburansabah.com ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis Pertandingan Akhir  Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017) khususnya kepada semua pemenang anugerah mengikut kategori.

Sumber:
1. Pertandingan Akhir  Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017), Secara Langsung di Dewan Msyarakat Ranau, 8 April 2017.
2. Penerbit Pertandingan Akhir  Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017), DJ Martinin Yukim @DJ MY.
3. Facebook Agustine Jumat
4. Facebook Jusilin Atam
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading 'Kasari Id Ginawo Ku' Dinobatkan Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017). Please share...!

Post Comment

0 Comment for "'Kasari Id Ginawo Ku' Dinobatkan Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017)"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top