Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Den Bisa Berharap Muzik Budaya Tak Lekang Dek Panas, Tak Lapuk Dek Hujan

..."walau pun zaman bertukar zaman, saya harap muzik budaya kita tidak luput dan tetap diterima kerana ia merupakan satu peninggalan bangsa yang tidak ternilai dan tidak boleh terhapus dalam jiwa setiap generasi masyarakatnya. Bak kata pepatah "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" ~ Den Bisa

Merupakan otai, lagend dalam industri hiburan dan muzik Malaysia, Hamdan bin Romolo telah berkecimpung dalam industri seni suara sejak 20 tahun lalu. Hamdan yang popular dengan panggilan Den Bisa sebelum ini suatu ketika dahulu pernah menjadi vokalis satu kumpulan rock yang pernah terbit di Kuala Lumpur. Den Bisa sememangnya terlibat dengan seni suara sejak dari kecil lagi. Namun ia semakin serius ketika menjadi artis rakaman pada tahun 1997 di bawah naungan Universal Muzik Malaysia. Beliau menjadi artis Universal Muzik Malaysia selama 5 tahun dan sebagai artis tempatan Sabah selama 15 tahun.

Den Bisa Artis Otai
Den Bisa Artis Otai
Lagunya yang menarik dan suaranya yang merdu dan mendayu-dayu sentiasa menjadi siulan khususnya masyarakat Bajau dan Sulu di Sabah. Secara automatik kita akan meggoyangkan badan atau menari tatkala mendengar lagunya keudara walaupun hakikatnya tidak tahu menari. Salah satu lagunya yang dinyanyikan dalam bahasa Suluk yang sangat terkenal bertajuk 'Biraddali' (Bidadari) suatu ketika dahulu telah menjadi siulan remaja Sulu bermula dari Sabah sehinggalah ke Jolo dan Zamboanga.

Den Bisa yang merupakan artis daripada etnik Bajau Sama berasal dari Pulau Gaya, Kota Kinabalu tetapi kini menetap di Semporna antara salah satu artis jemputan yang membuat persembahan semasa Konsert KupiKupiFM 2017 yang diadakan pada 18 Mac lalu. Dalam Konsert KupiKupiFM 2017 beliau telah mendendangkan beberapa lagu antaranya Sori Sori Sori Sayangku dan Lampa-lampa Pisang.

Pencapaian

Den Bisa yang menjadikan Datuk Sudirman Hj. Arshad dan Datuk Jamal Adbilah sebagai idolanya sebelum ini merupakan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1999, Muzik Muzik 1998, dan pernah menjadi Juara Carta untuk beberapa rangkaian Radio Malaysia sejak tahun 1997 hingga 2000.

Pencapaiannya yang lain melibatkan album kompilasi yang terjual di Indonesia (1999), disamping, beliau juga berjaya mengadakan konsert solo jelajah Pantai Timur yang melibatkan daerah Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Konsert solo ini merupakan rekodnya sebagai artis tempatan yang berjaya membuat konsert solo. Selain itu, Den Bisa pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Penggiat Seni yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Kupistika Bangun Bogia Kinabalu: Den Bisa (tengah), DJ Niz (kiri) & DJ Gregz (kanan)
Kupistika Bangun Bogia Kinabalu: Den Bisa (tengah), DJ Niz (kiri) & DJ Gregz (kanan)

Single / Album 

Menurut Den Bisa, beliau telah menghasilkan 9 buah album solo (terkumpul), 2 album bersama Universal Muzik Malaysai untuk tahun 1997 - 2000. Manakala, 7 buah album merupakan album tempatan Sabah. Selain itu, Den Bisa juga memiliki 5 buah album kompilasi termasuk kompilasi lagi-lagu Slam dan kompilasi untuk pasaran Indonesia.

Beliau berkata sedemikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com

Mencari ilham untuk karya seterusnya merupakan hobi Den Bisa dan untuk itu sebanyak 5 buah lagu terbaru telah dihasilkan oleh Den Bisa melalui mini albumnya. Sebanyak 4 lagu dan lirik merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Den Bisa iaitu lagu Sori Sori Sori Sayangku, Pasan, E kimbut Nu dan lagu Siksa. Ada juga lirik yang merupakan hasil karya oleh kawan-kawannya seperti John dan Jeff.

Harapan 

"Harapan saya untuk industri hiburan dan muzik tempatan Sabah, walau pun zaman bertukar zaman, saya harap muzik budaya kita tidak luput dan tetap diterima kerana ia merupakan satu peninggalan bangsa yang tidak ternilai dan tidak boleh terhapus dalam jiwa setiap generasi masyarakatnya. Bak kata pepatah "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".

Ucapan kepada peminat

"Tanpa peminat siapalah Den Bisa. Terima kasih tidak terhingga kepada semua peminat yang tidak jemu-jemu untuk terus menyokong dan membeli serta meminati lagu-lagu saya sejak mula karier seaya sebagai artis sehingga lah sekarang. Teruskan lah menyokong saya sampai bila-bila dan dapatkan album yang original sahaja. Salam Siksa Pengentoman dari saya DEN BISA," katanya mengakhiri perbualan.

Sumber:
1. Temu bual bersama artis Den Bisa    

Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Den Bisa Berharap Muzik Budaya Tak Lekang Dek Panas, Tak Lapuk Dek Hujan. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Den Bisa Berharap Muzik Budaya Tak Lekang Dek Panas, Tak Lapuk Dek Hujan"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top