Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

7 Artis Bakal Berentap Dalam Pertandingan Akhir The Battle Voice of Sabah Artistes 2017

RANAU: Tujuh artis tempatan Sabah mara ke peringkat akhir The Battle Voice of Sabah Artiste (TBVSA) dijadualkan pada 29hb April 2017, Sabtu, jam 7.00 malam bertempat di Dewan Masyarakat Ranau.

Seramai 15 orang artis tempatan Sabah yang masing-masing pernah merakam single atau album berentap untuk mendapat tempat ke peringkat akhir ketika saingan peringkat separuh akhir yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, Sabtu lepas, 1hb April 2017.

Finalist The Battle Voice of Sabah Artistes 2017
Finalis Pertandingan Akhir The Battle Voice of Sabah Artistes bersama Pengarah Urusan ASP Jamain (kanan)
The Battle Voice of Sabah Artiste merupakan pertandingan nyanyian anjuran Aliff Sounder & Production dengan kerja sama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

7 Peserta Mara Ke Pertandingan Akhir

Tujuh artis tempatan Sabah yang mara ke pertandingan akhir The Battle Voice of Sabah Artiste adalah seperti berikut:

  1. Ayim (Lahad Datu)
  2. Sitipa (Ranau)
  3. Lulu (Kota Belud)
  4. Diddy (Sandakan)
  5. Deen Mus Sabah (Lahad Datu)
  6. Saiful Jaicob (Ranau)
  7. Mus Cili Padi dari Kudat
Pengarah Urusan ASP, Mohd Jamain Manan memberitahu program yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan para artis Sabah untuk bersaing secara sihat dengan artis lain bagi mengeratkan dan menaiktaraf lagi perjuangan seni dalam industri hiburan dan muzik tempatan, negara mahu pun antarabangsa.

"Program seumpama ini sebenarnya bukanlah berniat untuk melaga-lagakan sesama artis tempatan Sabah, tetapi sebaliknya pertandingan ini merupakan perjalanan seorang artis yang memerlukan satu kelebihan, idea-idea atau personaliti yang luar biasa kalangan artis itu sendiri. Disamping, mahu melahirkan dan mencari bintang yang boleh dibanggakan serta boleh diketengahkan untuk bersaing dengan artis yang lain di seluruh negara mahu pun peringkat antarabangsa. Artis tempatan Sabah sepatutnya kita loncatkan ke depan, itulah yang kita mahu," katanya.

Jamain berkata pemarkahan adalah seratus peratus daripada pihak juri tetap. Pihak penganjur tidak akan campur tangan untuk menilai atau memberi pemarkahan kepada setiap peserta. Juri pertandingan nyanyian ini diketuai oleh Apai Andrew Poniting, Diana Stephen Tuning dan Asmin Mudin.

Hadir sama memeriah dan menjayakan malam pertandingan separuh akhir itu adalah Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Ranau, Sylvia Jocylena Sumping, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karanaan Haji Jahidin Lumat, Ketua Daerah Ranau Abidin Sahat dan krew-krew ASP Ranau.

Sementara itu, Jamain juga menyeru masyarakat Ranau untuk penuhkan Dewan Masyarakat Ranau untuk memberikan sokongan dan sorakan kepada finalis yang akan berentat semasa pertandingan akhir nanti.

Pertandingan akhir dijangka bakal dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga merangkap ADUN Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Hadiah Pertandingan

Johan pertandingan ini bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, naib johan RM6,000 dan tempat ketiga pula bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000. Manakala, empat peserta akhir yang lain akan menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM1,000 setiap satu. Semua hadiah adalah beserta trofi dan sijil penyertaan. 

Objektif utama pertandingan:

1. Mempelbagai aktiviti seni artis tempatan Sabah.
2. Sebagai platform perkenalan sesama artis. 
3. Memperluas pengaruh Aliff Sounder & Production.

Sumber:
1. Temubual bersama Pn. Lydia Kalidin, Pengarah Program The Battle Voice of Sabah Artiste
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading 7 Artis Bakal Berentap Dalam Pertandingan Akhir The Battle Voice of Sabah Artistes 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "7 Artis Bakal Berentap Dalam Pertandingan Akhir The Battle Voice of Sabah Artistes 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top