Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Mampukah Elica Mara Ke Pentas Akhir Mentor Milenia 2017?

Elica Mentor Milenia 2017 dalam Konsert Kelapan Mentor Milenia 2017 berjaya membuat persembahan di luar kotak dengan menyanyikan lagu secara Broadway yang bertajuk Bosan, lagu yang dipopularkan oleh Stacy.

Persembahan Elica yang dikatakan peresmbahan di luar kotak ini turut disokong oleh juri tetap Mentor Milenia 2017, Datuk Hattan.

"Elica, saya sangat suka! Keberanian untuk tidak memilih jalan selamat ini yang saya tunggu-tunggu sebenarnya. Lagu Bosan, nyanyian secara Broadway begini merupakan satu kelainan. Saya sememangnya tidak pernah menyukai lagu Bosan sebelum ini tetapi hari ini, saya sukakannya. Keberanian ini yang diperlukan untuk awak melangkah dengan lebih jauh di luar sana," katanya.

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017
Persembahannya yang dikatakan mempunyai kelainan ini, walau bagaimanapun, hanya mendapat markah yang rendah iaitu sebanyak 16% daripada juri awam. Kontrovesi ini telah menyebabkan netizen berasa tidak puas hati dengan juri awam terhadap markah yang diberikan dan menyifatkan juri awam tidak profesional kerana tidak pandai menilai sungguhpun nyanyian Elica sedap didengar.

Demikian saingan yang dilalui oleh Elica Mentor Milenia 2017 pada konsert minggu lepas. Namun, persoalannya Mampukah Elica Mara Ke Pentas Akhir Mentor Milenia 2017? Adakah Elica sekali lagi akan mendapat markah yang rendah daripada juri awam? Adakah juri awam yang dikatakan pilih kasih akan menghalang bakat Elica untuk mara ke pentas akhir Mentor Milenia? Banyak persoalan yang timbul namun persoalan-persoalan tersebut hanya akan terjawab selepas kita menyaksikan persembahan oleh Elica dalam Konsert Kesembilan Mentor Milenia 2017 nanti.

Konsert Kesembilan Mentor Milenia 2017

Konsert Kesembilan Mentor Milenia 2017 yang bakal bersiaran pada Ahad, 30hb April ini, Elica Mentor Milenia 2017 akan mendendangkan dua (2) buah lagu iaitu Bertamu Di Kalbu single pertama nyanyian oleh Jaclyn Victor dari album Jaclyn Victor III, gubahan dan liriknya oleh Anjang dari kumpulan Jinbara. Lagu ini layak ke Muzik-Muzik peringkat Separuh AKhir tahun 2009. Manakala lagu yang akan dibawa oleh Elica ialah Secret Love Song nyanyian oleh Little Mix ft. Jason Derulo.

Ketika ditanya persediaan Elica untuk Konsert Kesembilan Mentor Milenia, Penggerak Kelab Fan Elica: Official Elica Lovatics, Kelvin (bukan nama sebenar) dipetik sebagai berkata, "Persediaan Elica untuk Konsert Kesembilan Mentor Milenia boleh dikatakan dalam keadaan tip top. Sama-sama kita nantikan kelainan persembahan Elica seterusnya pada Ahad, 30hb April ini, yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, melalui saluran Media Prima TV3.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Sabah khususnya kepada peminat Elica untuk terus menyokong dan mengundi Elica Mentor Milenia 2017. Elica sangat-sangat berbakat, jangan dimatikan bakatnya! Sabah melahirkan banyak bakat dalam bidang seni suara, oleh itu, sama-sama kita menyokong dan mengundi Elica supaya Elica mara ke pentas akhir Mentor Milenia 2017. Ayu kita pastikan negeri Sabah terus gah dan dilabel sebagai kilang yang melahirkan bakat-bakat besar dalam bidang seni suara dan muzik negara," katanya.

Sementara itu, untuk mengundi Elica Mentor Milenia 2017 penyokong Elica bolehlah mengundinya melalui pautan ini Tonton Extra: Undi Protege Elica Mentor Milenia 2017. (Undian hanya dibuka pada Ahad bermula jam 6.00 petang sehingga pengumuman undian ditutup)

Sumber:
1. Kelab Fan Elica, Official Elica Lovatics

Persembahan Luar Kotak Elica, Markah Rendah. Juri Awam Mentor Milenia Pilih Kasih, Dikecam.

Elica Mentor Milenia 2017 disifatkan mempunyai vokal dan persembahan yang konsisten setiap minggu. Walau bagaimanapun, Elica sebelum ini sering menyanyikan lagu-lagu hitz namun, telah mengambil keputusan untuk cuba membuat persembahan di luar kotak. Dalam erti kata lain, Elica membuat kelainan terhadap persembahannya. Kelainan persembahan ini dapat ditunjukkan menerusi persembahannya menerusi Konsert Kelapan Mentor Milenia 2017. Konsert yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, melalui saluran Media Prima TV3 pada malam tadi, Elica membawa lagu iaitu lagu bertajuk Bosan, lagu yang dipopularkan oleh Stacy tetapi versi Elica secara Broadway.

Persembahan yang sangat baik ini melayakkan Elica untuk meneruskan saingannya di peringkat separuh akhir Mentor Milenia 2017.

Elica Suku Akhir Mentor Milenia 2017
Elica Suku Akhir Mentor Milenia 2017


Juri Awam Dikecam

Kelainan persembahan atau persembahan luar kotak daripada Elica ini bagimanapun hanya mendapat markah yang rendah daripada juri awam. Kontrovesi ini menyebabkan netizen sekali lagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan juri awam terhadap markah yang diberikan kepada Elica. Konsert Kelapan Mentor Milenia 2017, menyaksikan Elica hanya mendapat sebanyak 16% daripada juri awam. Justeru, netizen menyifatkan juri awam tidak profesional kerana tidak pandai menilai sungguhpun nyanyian Elica sedap didengar namun markah yang diberikan sedikit dan sebaliknya markah penuh diberikan terhadap nyanyian oleh Syeera dan Balqis yang salah lirik.

Rata-rata netizen khususnya netizen Sabahan mengecam juri awam Mentor Milenia 2017. Persoalannya, bagaimanakah penilaian yang diberikan oleh juri awam? Adakah juri awam tuli pendengaran? Adakah juri awam ini sememangnya menafikan bakat Elica? Adakan juri awam mahu mematikan bakat Elica? Demikian segala persoalan yang mungkin timbul disebabkan oleh keputusan juri awam yang disifatkan 'bias' oleh segelintir netizen. 

Berikut merupakan quotes pandangan netizen terhadap juri awam Konsert Kelima Mentor Milenia 2017;

Juri Awam Mentor Milenia 2017 Dikecam Netizen
Juri Awam Mentor Milenia 2017 Dikecam Netizen

Komen Juri

Datuk Hattan yang merupakan juri tetap berpendapat Elica sekali lagi telah membuat persembahan yang sangat baik.

"Elica, saya sangat suka! Keberanian untuk tidak memilih jalan selamat ini yang saya tunggu-tunggu sebenarnya. Lagu Bosan, secara Broadway begini merupakan satu kelainan. Saya sememangnya tidak pernah menyukai lagu Bosan sebelum ini tetapi hari ini saya sukakannya. Keberanian ini yang diperlukan untuk awak melangkah dengan lebih jauh di luar sana. Perkara begini perlu kerana suatu hari nanti awak pasti membuat show dan ini sememangnya suatu kelainan yang orang lain nantikan. Kalau setakat nak nyanyi lagu hitz saja, geli dik (bosan). Broadway ni bagus!, katanya.

Manakala,  juri jemputan Konsert Kelapan Mentor Milenia menyifatkan bahawa persembahan yang disampaikan oleh Elica merupakan satu persembahan yang punya keyakinan dan kekuatan vokal.

"Saya suka keyakinan. Elica ada keyakinan, ada kekuatan vokal. Saya rasa persembahan macam begini kalau memang tidak ada keyakinan mungkin susah untuk pull off. SO, tahniah untuk itu. Sangat bagus!, katanya.

Baca artikel berkait: Elica Mentor Milenia 2017, Artis Malaysia Bertaraf Antarabangsa

Komen Mentor Akim

Sementara itu, Akim, mentor kepada Elica ditanya bagaimana idea atau ilham lagu Bosan dibawakan secara lagu broadway. Akim menyifatkan lagu Bosan, nyanyian oleh Stacy merupakan antara yang sesuai ditukar kepada broadway.

"Kita sebenarnya mencari lagu-lagu yang boleh ditukarkan kepada broadway. Antara lagu yang sesuai adalah lagu Bosan, iaitu lagu nyanyian asal oleh Stacy. So tahniah kepada Elica kerana berjaya membawakan lagu ini dengan baik. Macam yang saya cakapkan sebelum ini melalui siaran Journal Mentor Milenia, Elica fail. Namun, malam ini Elica berjaya dan bercerita dengan kami melalui lagu ni. Tahniah Elica!

Baca artikel berkait: Kekuatan Vocal Elica Mampu Bersaing Di Peringkat Internasional

Akim juga menjelaskan tentang isu hangat kerana marah kepada protegenya Elica yang tidak perform pada minggu lepas.

"Setiap minggu mentor bekerja keras untuk memasikan protegenya perform baik di atas pentas. Saya tak suka bila orang tak dapat deliver apa yang mentor mahukan. Jadi, itu yang membuatkan saya marah. Pada masa yang sama, saya juga perlukan Elica untuk menangis sebab  menangis itulah yang sebenarnya membantu sebagai terapi kepadanya. Menagis ini merupakan terapi untuk Elica restart dan buka buku baru, buka lembaran baru untuk jadi lebih baik. So, Elica pada malam ini awak sangat baik!, katanya.

Separuh Akhir Mentor Milenia

Apakah kesudahan Elica seterusnya, sama-sama kita nantikan persembahan Elica dalam konsert peringkat separuh akhir Mentor Milenia 2017 pada Ahad, 30hb April ini.

Sumber:
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 23hb April 2017.
2. Mentor Milenia 2017 TV3

Elica Mara Ke Peringkat Suku Akhir Mentor Milenia 2017

Elica Mentor Milenia 2017 disifatkan mempunyai vokal dan persembahan yang konsisten setiap minggu. Semasa Konsert Keenam Mentor Milenia 2017 pada 2 April lalu, Datuk Hattan berpendapat Elica merupakan seorang yang diperlukan oleh negara untuk mengisi ruang-ruang penyanyi wanita yang agresif macam awak ni supaya kita boleh menandingi negara seberang. 

"Elica juga membuktikan bahwa Elica merupakan salah seorang yang diperlukan oleh negara ini untuk mengisi ruang-ruang penyanyi wanita yang aggressive macam awak ni supaya kita boleh menandingi negara seberang," katanya.

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017
Mengimbas kembali Konsert Ketujuh Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, melalui saluran Media Prima TV3 pada Ahad lepas, Elica yang menyanyikan lagu bertajuk Rindu Bertandang Lagi, lagu yang dipopularkan oleh Datuk Hattan sekali lagi telah memembuat persembahan yang cukup baik melalui. Persembahan yang cukup baik tersebut melayakkan Elica untuk meneruskan saingannya di peringkat suku akhir Mentor Milenia 2017.

Komen Juri

Aizat Amdan (AF 5) juri jemputan Konsert Ketujuh Mentor Milenia menyifatkan bahawa persembahan yang disampaikan oleh Elica merupakan satu persembahan yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

"Elica feel lagu iniBertuah sunggu diapa yang rindu Elica tu. Saya memang sangat suka persembahan Elica, Elica punya style tersendiri, cuma saya berpendapat bunyi muzik tadi sedikit banyak meangganggu persembahan. Namun, tidak mengapa yang penting Elica memang mempunyai satu tarikan," katanya.

Manakala, Datuk Hattan yang merupakan juri tetap berpendapat Elica sekali lagi telah menyanyikan lagu ini dengan cukup baik.

"Saya mengharapkan yang lebih untuk verse permulaan. Elica tidak tidak ada masalah langsung untuk bahagian chorus, pitching awak. Jika adapun hanya sedikit error sahaja. Sebenarnya saya tahu kemampuan Elica, Elica boleh buat yang lebih lagi daripada ini. Apapun, terima kasih kerana menyanyikan lagu ini dengan baik, awak membawa lagu ini dengan cara awak tersendiri. Tidak langsung mengikuti atau terpengaruh oleh cara pembawaan saya (penyanyi asal). Apapun awak telah menyanyikan lagu ini dengan cukup baik. Good!," katanya.

Datuk Hattan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi Mentor yang telah memilih semua lagunya dinyanyikan oleh protege pada konsert minggu tersebut.

Baca artikel berkait: Elica Mentor Milenia 2017, Artis Malaysia Bertaraf Antarabangsa

Komen Mentor Akim

Sementara itu, Marsha Milan Londo selaku pengacara Konsert Mentor Milenia 2017 mengajukan soalam kepada Akim dengan menyifatkan pendengar mungkin merasa jemu apabila Elica kerap menyanyikan lagu yang mempunyai range tinggi.

"Kita tahu Elica mempunyai range vokal yang sangat besar, Akim tak takut ke asyik bagi lagu tinggi nanti pendengar mempersoalkan dengan lagu range yang sama, tak ada lain.

Baca artikel berkait: Kekuatan Vocal Elica Mampu Bersaing Di Peringkat Internasional

Akim berpendapat ia merupakan satu perkara yang subjektif kerana etiap penyanyi mempunyai range vokal yang berbeza-beza. Range vokal yang berbeza ini akan menentukan pembawaan lagu jenis range mengikut kesesuaian penyanyinya.

"Elica sebenarnya mempunyai range yang berbeza dan saya berpendapat setiap penyanyi juga mempunyai range yang berbeza. Saya menyanyi pun dalam range yang memang agak rendah apabila dibandingkan dengan range penyanyi-penyanyi lama. Range itu satu perkara yang subjektif. Berbeza orang (penyanyi) berbeza lah juga range-nya. Macam Elica sendiri kita dah kenal pasti range yang sesuai untuk Elica. Oleh sebab itu, kita terpaksa naikkan key mengikut kesesuaian rang vokalnya untuk sesetengah lagu.

"Pada malam ini saya nak bagi kredit kepada Elica kerana berjaya membawakan lagu ini dengan baik. Memang betul seperti Datuk Hattan cakap, ada bahagian yang perlu ditingkatkan lagi. Mungkin sebab lagu ni merupakan lagu yang tidak pernah didengar oleh Elica, namun, itu tidak menjadi masalah pun sebenarnya. Tahniah untuk awak kerana dapat nyanyikan lagu Datuk Hattan dengan baik," katanya.

Apa cerita seterusnya, sama-sama kita nantikan persembahan Elica dalam konsert peringkat suku akhir Mentor Milenia 2017.

Sumber:
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 16hb April 2017.
2. Mentor Milenia 2017 TV3

Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm Berlangsung 15 April 2017

Debaran semakin terasa, sekurang-kurangnya dua hari sahaja lagi kita akan menyaksikan Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm. Pastinya Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm ini dinanti-nantikan oleh pendengar setia dan peminat stesen radio KeningauFm di luar sana. Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm akan berlangsung pada 15 April 2017, bermula jam 2.00 petang dan bertempat di Dewan Masyarakat Keningau.

Pertandingan Juara Lagu Keningaufm merupakan pertandingan 3 dalam 1 iaitu Carta 13 dalam Bahasa Malaysia, Bontugan Sinding Dusun dan Rimbai Kasagaan Nu Murut Keningaufm. Sebanyak 15 lagu akan dipertandingkan (5 lagu bagi setiap kaegori Dusun, Murut dan Melayu. Lagu-lagu tersebut dipilih berdasarkan kepada kekerapan menjadi juara dalam Carta Mingguan dalam tempoh Oktober 2015 hingga Oktober 2016.

Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm Berlangsung 15 April 2017
Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm Berlangsung 15 April 2017
Pertandingan diadakan sebagai platform untuk lagu-lagu tempatan di Bahagian Pedalaman (Keningau, Tenom, Tambunan, Nabawan, Sook dan Kemabong) dikenali dan mengiktiraf bakat-bakat penggiat seni tempatan. Antara lain objektif program adalah untuk memberi peluang lagu-lagu tempatan di daerah Pedalaman untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Secara tidak langsung, Program Juara Lagu ini dijadikan medium menyampaikan dasar-dasar kerajan menerusi Program Hiburan dan sekaligus mengeratkan perpaduan kalangan pendengar yang hadir.

Pertandingan ini bakal dirasmikan oleh Nik Nadzri Nik Zawawi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Keningau.

Tahun ini merupakan tahun keempat Pertandingan Akhir Juara Lagu Keningaufm dijalankan sejak tahun 2014. Program ini merupakan terbitan oleh DJ Hacks @Hector Zaimit, Penerbit Penyelaras oleh DJ Nor @Norlelah Hj Sadi dan Penerbit Eksekutif oleh Razali Haji Baba.

Senarai Peserta 

Kategori Dusun

  1. Chychy Alinjiran - Oupusku Sogigisom (Keningau)
  2. Robert William - Pitongkiadan (Keningau)
  3. Doutis Goukit - Kam Nokuro (Tambunan)
  4. Edvilito Edward - Kada Pogihum Suai (Tenom)
  5. Silibin BugisMuri Kuri Nodi (Keningau)

Kategori Murut

  1. Jupirin Attendin - Nasip Ru Inan (Tenom)
  2. Marlynn M. Marcellius - Puun Kayagaan Mai (Tenom)
  3. Freddy Pansuon - Sungoi Pagalan (Keningau)
  4. Jalumin Satangah - Lomou Pantuliaran (Keningau)
  5. Sharin Amud Shapri - Nahambayan Nangivit Pansuaian (Keningau) 

Kategori Melayu

  1. Alister Leonard Alai - Ikan Duyung (Keningau)
  2. Sharin Amud Shapri - Aramai Dulu-dulu (Keningau)
  3. Laivenston Dell Laijih - Jangan Malu-malu (Tenom)
  4. Kumpulan Honest - Separuh Hidupku (Keningau)
  5. Pierre @Ray Peter Paul - Mulanya Percintaan (Keningau)

Anugerah Dipertandingkan

Antara angugerah yang dipertandingkan adalah Juara Lagu (bagi setiap Kategori), Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik dan Lagu Popular Pilihan Pendengar.

Bagi Anugerah Lagu Popular Pilihan Pndengar, undian secara online akan dibuka kepada semua pendengar untuk menentukan kedudukannya. Pautan / link undian boleh diperolehi menerusi Laman Facebook Keningaufm Hebat Syoknya.

Undian Online akan dibuka sehingga 15 April 2017, dan akan ditutup sebaik sahaja peserta akhir membuat persembahan persembahan. 

Turut diserikan dengan persembahan artis tempatan, persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. Masuk adalah PERCUMA bagi menyaksikan Juara Lagu ini

Buat julung kalinya untuk Edisi Keempat akan diperdengarkan Lagu Tema Juara Lagu Keningaufm, hasil ciptaan lirik oleh Pengurus Keningaufm sendiri, En. Razali Baba @DJ Razali, lagu oleh Minami T. Anudini @DJ Suga dan dinyanyikan oleh DJ Suga dan Ritah Aloysius.

Diharapkan dengan adanya program ini, dapat merakyatkan Stesen Keningaufm dengan lebih dekat kepada pendengar dan dijadikan medium informasi disamping berhibur.

Sumber:
1. DJ Hacks @Hector Zaimit, Penerbit Program.

Kumpulan Era Budaya Papar Mengharumkan Sabah Di Pentas Antarabangsa

Suku kaum Kadazan Papar, melalui kumpulan Era Budaya Papar telah mewakili Malaysia ke ITB Berlin German (World's Leading Travel Trade Show) untuk membuat persembah tarian yang berlangsung pada 8 hingga 12 Mac 2017.

Acara yang berlangsung selama 5 hari tersebut, kumpulan Era Budaya Papar mempersembah tarian Sazau Papar, Sumundai Kudat, Sumazau Penampang, Anggalang Magunatip, Joget Malaysia dan Tarian Malaysia Truly Asia.

Era Budaya Papar
Era Budaya Papar
Sepanjang kumpulan Era Budaya Papar berada di German, kumpulan ini juga telah membuat persembahan di Kedutaan Malaysia yang mana dihadiri oleh semua wakil kedutaan seluruh negara dan dihadiri sendiri oleh Datin Seri Haflin Saiful, isteri kepada Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz iaitu Menetri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Sempena Tahun Melawat Asia yang Ke-50, kumpulan EBP juga telah membuat persembahan di Booth Pavilion Negara Indonesia, Philippine, Thailand dan Cambodia.

Era Budaya Papar

EBP adalah kumpulan yang sebelum ini dikenali sebagai "Sinompuvan Komuhakan Kadazan". Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1959 oleh pengasasnya OKK Joseph KK Gunsoi. EBP, merupakan organisasi budaya yang diurus oleh beberapa individu dengan peringkat umur yang berbeza, mempunyai minat yang mendalam terhadap budaya dan nilai-nilai tradional. 

Objektif utamanya adalah untuk menggalakkan perpaduan melalui pemeliharaan budaya tradisional dan menyemai cintakan budaya kalangan generasi muda. Sebagai semangat nilai-nilai tradisi meningkat, ditambah dengan sokongan daripada sektor kerajaan dan swasta, justeru nama Sinompuvan Komuhakan Kadazan telah ditukar kepada ERA BUDAYA PAPAR (PAPAR CULTURAL ERA) pada tahun 1991. Dengan hanya mendengar nama kumpulan ERA BUDAYA PAPAR ini, secara langsung ia dikaitkan untuk menggalakkan budaya tradisional dan juga tarian moden sesuai dengan perkembangan semasa. Pada masa kini kumpulan ini dikendalikan oleh Puan Claire Joseph (anak perempuan OKK Joseph KK Gunsoi)

Penari Era Budaya Papar
Penari Era Budaya Papar
EBP telah melakar satu kejayaan apabila kumpulan ini telah mewakili Sabah, Malaysia dalam Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Perancis, Britain dan Switzerland (Julai - September 1991), Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Kanada Julai - Ogos 1995), Festival De Martiques di Perancis dan Cubeo Itali (20 Julai - 1 Ogos 1997), Taiwan (20 Julai - 28 Ogos 1999), Taiwan (Julai - Ogos 2001), Filipina (16-21 Ogos 2000), Thailand (Jun 2008), Korea ( 30 Sept - 9 Okt 2011), Filipina (25 April - 2 Mei 2012), Jepun (10-16 September 2013), Melaka (2010, 2011, 2013, 2014), Pulau Pinang (Mei 2006, 2007), Labuan (1999, 2000, 2001, 2008, 2010, 2011, 2014, 2015) Kuala Lumpur (Citra Warna, Pesta Ka'amatan), Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Perancis (04-21 Julai 2015), Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Sabah (11-15 Ogos 2015), Festival Antarabangsa Cerita Rakyat di Perancis (04-25 Julai 2016) dan Taipe Taiwan (27 Julai - 8 Ogos 2016).

 
Era Budaya Papar
Era Budaya Papar

Pengalaman yang banyakan telah menjadikan EBP terkenal dikalangan masyarakat di Sabah. Kumpulan ini sering dijemput untuk membuat persembahan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dan juga daripada syarikat-syarikat swasta. Sebagai contoh, majlis-majlis seperti majlis perasmian, welcoming tourist dan juga semasa musim perayaan di Malaysia. Selain itu, kumpulan ini juga mempersembah tarian kreatif, moden dan fire show. EBP juga telah menubuhkan satu kumpulan anak syarikat yang dikenali sebagai Era Sound (Sistem PA, Set penuh Karaoke, band lengkap, penyanyi, projektor dan lain-lain) 

Sumber:
1. Joe A Nandu Mansuba - Dumangan, Era Budaya Papar.

'Kasari Id Ginawo Ku' Dinobatkan Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017)

RANAU: Lagu 'Kasari Id Ginawo Ku' nyanyian oleh Andrew Poniting (Kota Belud) telah dinobatkan sebagai Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 yang berlangsung pada 8 April, malam tadi di Dewan Masyarakat Ranau. Lagu Kasari Id Ginawo Ku merupakan ciptaan oleh Witin Gili dan lirik ditulis oleh Daunis Gili. Andrew Poniting yang popular dengan panggilan Apai juga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang hadiah terkumpul berupa wang tunai RM4,000 beserta tropi.

Pemenang Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016
Pemenang Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016
Andrew Poniting berkata "Pertandingan ini sebenarnya khas untuk pencipta lagu. Lagu Kasari Id Ginawo Ku ini dicipta oleh Witin Gili dan lirik ditulis oleh Daunis Gili. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Ucapan terima kasih juga kepada juri-juri yang telah mendengar lagu ini mungkin telah mendengarkannya sebelum pertandingan bermula, menilai melodi, form, dan structure lagu ini. Saya berpendapat penilaian juri mungkin lebih melihat terhadap penciptaan lagu tersebut. Darpada segi persembahan pula, ucapan terima kasih kepada kombo RTM yang betul-betul memberi support yang begitu baik dalam persembahan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasi dan memanjatkan syukur atas segala sumbangan ataupun sokongan daripada keluarga saya, isteri dan anak saya serta penonton-penonton dan peminat saya."

Beliau berkata sedemikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com, malam tadi.

Naib johan Juara Carta Lagu Dusun dimenangi oleh Elsie James (Telipok) melalui lagu Kasarahan Piginawaan Toh. Elsie menerima hadiah berupa wang tunai RM2,500 beserta tropi. Pemenang tempat ketiga pula dimenangi oleh Rudy Banabas (Telipok) melalui lagu Pointopot. Beliau menerima wang tunai RM2,000 beserta tropi.

Juri Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 diketuai oleh Alvy Durin, Resot Igau, dan Zaleha Sian.

Pemenang Mengikut Kategori Bergambar Bersama Datuk Seri Panglima Masidi
Pemenang Bergambar Bersama Datuk Seri Panglima Masidi 
Anugerah Vokal Terbaik dimenangi oleh Izlan Haimin (Ranau) dan pemenang Anugerah Penulis Lirik Terbaik dimenangi oleh Vellchristine Agustine (Keningau). Kedua-dua pemenang Anugerah Vokal Terbaik dan Penulis Lirik Terbaik masing-masing menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi. Manakala, tujuh (7) peserta lain masing-masing menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 beserta trofi.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN N.30 Karanaan.

Ucapan Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun

Terdahulu, ADUN Karanahan, Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun ketika berucap berkata, sekalung terima kasih kepada Jabatan Penyiaran Sabah kerana sekali lagi memilih Ranau sebagai lokasi untuk mengadakan Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6. Daerah Ranau adalah tempat yang sesuai dan masyarakat Ranau meyambut baik serta menghargai keputusan Jabatan Penyiaran Sabah untuk mengadakan acara seumpama yang ketiga kalinya diadakan di Ranau.

Pemenang Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM
Pemenang Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM
Masidi mencadangkan agar masa siaran bahasa Dusun di radio perlu diubah atau diawalkan sedikit memandangkan masyarakat Dusun tidak dapat mendengar siaran radio bahasa Dusun di SabahVFM kerana masa siaran antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam adalah masa untuk 'tidur' selepas seharian suntuk bekerja.

"Saya cadangkan kepada Jabatan Penyiaran Sabah, mungkin boleh mempertimbang siaran bahasa Dusun ini diawalkan sedikit agar lebih ramai peminat radio bahasa Dusun ini mengikuti siarannya. Ini cuma cadangan, kalaupun tidak boleh dibuat setiap hari pihak Jabatan Penyiaran Sabah boleh selang selikan dengan siaran bahasa-bahasa tempatan yang lain," katanya.

DJ SabahVFM (Dusun)
DJ SabahVFM (Dusun)
Beliau juga mengambil kesempatan untuk merakam ucapan terima kasih kepada Jabatan Penyiaran Sabah (RTM Sabah) kerana menerima saranannya untuk mengadakan siaran berita Dusun di televisyen kerana ketika itu hanya siaran berita bahasa Kadazan sahaja bersiaran pada mulanya. Kini, RTM Sabah telahpun bersetuju dan meluluskan cadangan tersebut dan berita bahasa Dusun dapat diikuti dan diselang selikan dengan berita bahasa Kadazan melalui siaran Astro 109 iaitu TV5.

Sementara itu, Masidi telah melancarkan pembinaan Muzium Tamadun Dusun Ranau pada bulan lepas. Reka bentuk muzim ini sedang diperhalusi dan apabila dipersetujui ia akan dibina pada tahun ini. Muzium Tamadun Dusun Ranau ini adalah sebagai tanda sayang kepada bangsa kita dan sesuatu yang menjadi sandaran kepada seni budaya untuk diwariskan kepada genaris yang akan datang. Bagi menaikkan semangat masyarakat Ranau agar lebih sayang akan Ranau, sayang kepada masyarakat, terpanggil untuk menyumbang sesuatu yang bertujuan untuk memperbaiki dan menjadikan Ranau sebagai daerah nombor 1 Sabah maka slogan baru iaitu 'Ranau Dihatiku' telah dicadang sendiri oleh Masidi.

DJ Matinin Yukim Penerbit Pertandingan Akhir JCLD SabahVFM
DJ Matinin Penerbit JCLD SabahVFM

Sambutan Pertandingan Akhir JCLD SabahVFM

Sambutan konsert sangat menggalakkan dan dewan dipenuhi oleh penonton warga daerah Ranau sendiri. Tetamu kehormat yang turut sama menyaksikan Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 SabahVFM adalah Haji Ali bin Hj. Ngasio, Pengarah Penyiaran Sabah; Haji Faimin bin Kamin, Pegawai Daerah Ranau; OCPD Ranau Mohd Farhan Lee Abdullah, dan Pemimpin Pmbangunan Masyarakat (PPM) Karanahan dan Paginatan.

Foto Keluarga Jawatankuasa Penganjur dan Program Pertandingan Juara Lagu Carta Lagu Dusun SABAHVFM Musim ke-6
Foto Keluarga Jawatankuasa Penganjur dan Program Pertandingan Juara Lagu Carta Lagu Dusun SABAHVFM Musim ke-6
Disamping menyaksikan finalis berentap dalam Pertandingan Akhir  Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6, penonton juga dihiburkan dengan penampilan istimewa oleh artis jemputan antaranya S. Welly, Febian William, Bontugan Sinding 2013 dan artis otai Jaidi Bading.

Hiburansabah.com ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis Pertandingan Akhir  Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017) khususnya kepada semua pemenang anugerah mengikut kategori.

Sumber:
1. Pertandingan Akhir  Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017), Secara Langsung di Dewan Msyarakat Ranau, 8 April 2017.
2. Penerbit Pertandingan Akhir  Juara Carta Lagu Dusun SabahVFM Musim Ke-6 2015/2016 (2017), DJ Martinin Yukim @DJ MY.
3. Facebook Agustine Jumat
4. Facebook Jusilin Atam

Den Bisa Berharap Muzik Budaya Tak Lekang Dek Panas, Tak Lapuk Dek Hujan

..."walau pun zaman bertukar zaman, saya harap muzik budaya kita tidak luput dan tetap diterima kerana ia merupakan satu peninggalan bangsa yang tidak ternilai dan tidak boleh terhapus dalam jiwa setiap generasi masyarakatnya. Bak kata pepatah "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" ~ Den Bisa

Merupakan otai, lagend dalam industri hiburan dan muzik Malaysia, Hamdan bin Romolo telah berkecimpung dalam industri seni suara sejak 20 tahun lalu. Hamdan yang popular dengan panggilan Den Bisa sebelum ini suatu ketika dahulu pernah menjadi vokalis satu kumpulan rock yang pernah terbit di Kuala Lumpur. Den Bisa sememangnya terlibat dengan seni suara sejak dari kecil lagi. Namun ia semakin serius ketika menjadi artis rakaman pada tahun 1997 di bawah naungan Universal Muzik Malaysia. Beliau menjadi artis Universal Muzik Malaysia selama 5 tahun dan sebagai artis tempatan Sabah selama 15 tahun.

Den Bisa Artis Otai
Den Bisa Artis Otai
Lagunya yang menarik dan suaranya yang merdu dan mendayu-dayu sentiasa menjadi siulan khususnya masyarakat Bajau dan Sulu di Sabah. Secara automatik kita akan meggoyangkan badan atau menari tatkala mendengar lagunya keudara walaupun hakikatnya tidak tahu menari. Salah satu lagunya yang dinyanyikan dalam bahasa Suluk yang sangat terkenal bertajuk 'Biraddali' (Bidadari) suatu ketika dahulu telah menjadi siulan remaja Sulu bermula dari Sabah sehinggalah ke Jolo dan Zamboanga.

Den Bisa yang merupakan artis daripada etnik Bajau Sama berasal dari Pulau Gaya, Kota Kinabalu tetapi kini menetap di Semporna antara salah satu artis jemputan yang membuat persembahan semasa Konsert KupiKupiFM 2017 yang diadakan pada 18 Mac lalu. Dalam Konsert KupiKupiFM 2017 beliau telah mendendangkan beberapa lagu antaranya Sori Sori Sori Sayangku dan Lampa-lampa Pisang.

Pencapaian

Den Bisa yang menjadikan Datuk Sudirman Hj. Arshad dan Datuk Jamal Adbilah sebagai idolanya sebelum ini merupakan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1999, Muzik Muzik 1998, dan pernah menjadi Juara Carta untuk beberapa rangkaian Radio Malaysia sejak tahun 1997 hingga 2000.

Pencapaiannya yang lain melibatkan album kompilasi yang terjual di Indonesia (1999), disamping, beliau juga berjaya mengadakan konsert solo jelajah Pantai Timur yang melibatkan daerah Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Konsert solo ini merupakan rekodnya sebagai artis tempatan yang berjaya membuat konsert solo. Selain itu, Den Bisa pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Penggiat Seni yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Kupistika Bangun Bogia Kinabalu: Den Bisa (tengah), DJ Niz (kiri) & DJ Gregz (kanan)
Kupistika Bangun Bogia Kinabalu: Den Bisa (tengah), DJ Niz (kiri) & DJ Gregz (kanan)

Single / Album 

Menurut Den Bisa, beliau telah menghasilkan 9 buah album solo (terkumpul), 2 album bersama Universal Muzik Malaysai untuk tahun 1997 - 2000. Manakala, 7 buah album merupakan album tempatan Sabah. Selain itu, Den Bisa juga memiliki 5 buah album kompilasi termasuk kompilasi lagi-lagu Slam dan kompilasi untuk pasaran Indonesia.

Beliau berkata sedemikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com

Mencari ilham untuk karya seterusnya merupakan hobi Den Bisa dan untuk itu sebanyak 5 buah lagu terbaru telah dihasilkan oleh Den Bisa melalui mini albumnya. Sebanyak 4 lagu dan lirik merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Den Bisa iaitu lagu Sori Sori Sori Sayangku, Pasan, E kimbut Nu dan lagu Siksa. Ada juga lirik yang merupakan hasil karya oleh kawan-kawannya seperti John dan Jeff.

Harapan 

"Harapan saya untuk industri hiburan dan muzik tempatan Sabah, walau pun zaman bertukar zaman, saya harap muzik budaya kita tidak luput dan tetap diterima kerana ia merupakan satu peninggalan bangsa yang tidak ternilai dan tidak boleh terhapus dalam jiwa setiap generasi masyarakatnya. Bak kata pepatah "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".

Ucapan kepada peminat

"Tanpa peminat siapalah Den Bisa. Terima kasih tidak terhingga kepada semua peminat yang tidak jemu-jemu untuk terus menyokong dan membeli serta meminati lagu-lagu saya sejak mula karier seaya sebagai artis sehingga lah sekarang. Teruskan lah menyokong saya sampai bila-bila dan dapatkan album yang original sahaja. Salam Siksa Pengentoman dari saya DEN BISA," katanya mengakhiri perbualan.

Sumber:
1. Temu bual bersama artis Den Bisa    

Qhalysa Tersingkir Dalam Pentas Mentor Milenia 2017

Minggu lepas Qhalysa yang mencul sebagai Juara Mingguan melalui Konsert Kelima Mentor Milenia 2017 kali ini terpaksa akur kerana rezekinya untuk terus kekal dalam pentas Mentor Milenia lebur apabila beliau disingkirkan berikutan keputusan juri tetap Datuk Hattan untuk menyingkirkannya.

Malam konsert tersebut Qhalysa menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Ning Baizura bertajuk Awan Yang Terpilu terpaksa berpuas hati dengan kedudukannya 2 terbawah selepas persembahannya dalam Konsert Keenam Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pada Ahad lalu, 3 April.

Qhalysa Mentor Milenia 2017
Qhalysa Mentor Milenia 2017
Menurut Datuk Hattan, Qhalysa hilang sentuhan terhadap nyanyiannya pada minggu lepas.

"Qhalysa seperti hilang sentuhan terhadap nyanyiannya seperti pada minggu lepas. Tidak siapa yang menafikan pitching awak yang tinggi, semua awak okey tetapi Qhalysa telupa dengan note yang sangat penting iaitu low note. Qhalysa dah boleh nyanyi da, da boleh perform cuma sekarang kita nak cari yang sedap pula," katanya.

Baca artikel terkait: Qhalysa Kembali Sebagai Juara Mingguan Konsert Mentor Milenia 2017 

Sementara itu, Ronnie Hussin selaku juri jemputan konsert keenam Mentor Milenia menyifatkan Qhalysa kurang menyampaikan jiwa terhadap lagu yang dinyanyikannya.

"Saya rasa awak kena letak lagi jiwa dalam lagu tu, sebab lagu ni memang agak berat. Saya berpendapat mungkin Tomok boleh dapatkan key high note yang betul-betul sesuai untuk Qhalysa kerana Qhalysa seakan struggle sikit untuk menyanyikan lagu ini. Tak tahu la kalau mungkin dia penat ataaupun tak sihat tapi, yalah saya terfikir bila nyanyi lagu tersebut Qhalysa kena cari key note yang betul-betul sesuai dan selesa supaya lagu yang dinyanyikan tu boleh sampai jiwanya," katanya.

Sebelum Penyingkiran

Datuk Hattan berpendapat ramai yang terkeluar dalam pertandingan realiti tv peringkat awal tetapi mereka berjaya di dalam industri muzik Malaysia.

"Kalau boleh saya nak merayu kepada pihak produksi supaya jangan ada penyingkiran tetapi saya rasa perkara tu sudah berjaya saya lakukan pada minggu lepas, minggu ni tak mungkin kot. Jadi, siapa yang terseingkir, saya minta maaf. Salah seorang daripada kamu harus tersingir kerana ini adat pertandingan. Tidak semestinya penyingkiran ini adalah pengakhiran karer awak di dalam industri ini. Ramai yang terkeluar dalam pertandingan realiti tv peringkat awal tetapi mereka berjaya kerana usaha mereka. Begitu juga anda berdua, double up apa yang sudah anda mulakan," katanya.

Qhalysa Mentor Milenia 2017
Qhalysa Mentor Milenia 2017
Sementara itu, Tomok, mentor Qhalysa ditanya sama ada dia terkejut melihat protegenya Qhalysa berada pada kedudukan 2 terbawah, Tomok menyifatkan bahawa dia tidak terkejut dengan perkara itu. 

"Saya tak terkejut, sebab perkara ni dah jadi kebiasaan kepada saya setiap minggu tanpa rehat. Protege saya sentiasa berada di bawah jadi saya dah bersedia dengan apa saja keputusan. Tak pa kalau saya kalah hari ini, saya akan kembali dengan yang lebih baik lagi," katanya.

Penyingkiran

Ucapan sepatah dua daripada Qhalysa selepas diumumkan tersingkir dalam pentas Mentor Milenia 2017.

"Qhalysa ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat abang Tomok sebab dia sangat tidak berputus asa untuk terus push Qhalysa. Terima kasih kepada team Tomok, abang Apiz, cigu Ika, abang Pasha, abang Lan, Sofia. Thank you production, thank you cikgu Lokyu, abang Mamu & abang Bob sebab jaga Qhal. Thank you semua, thank you Fan Club yang datang pada malam ni. Sorry Qhalysa sampai di sini saja. Thank you mama, datang setiap minggu. Thank you.

Dengan penyingkiran ini maka perjuangan Qhalysa telah tamat dalam pentas Mentor Milenia 2017. Hiburansabah.com berharap Qhalysa tidak berputus asa kerana di luar sana merupaka perjuangan Qhalysa sebenarnya. Industri muzik negara sentiasa menanti orang yang berbakat seperti Qhalysa. Selamat maju jaya!

Sumber: 
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 3hb April 2017.
2. Instagram Qhalysa_Official Mentor Milenia 2017  

7 Artis Bakal Berentap Dalam Pertandingan Akhir The Battle Voice of Sabah Artistes 2017

RANAU: Tujuh artis tempatan Sabah mara ke peringkat akhir The Battle Voice of Sabah Artiste (TBVSA) dijadualkan pada 29hb April 2017, Sabtu, jam 7.00 malam bertempat di Dewan Masyarakat Ranau.

Seramai 15 orang artis tempatan Sabah yang masing-masing pernah merakam single atau album berentap untuk mendapat tempat ke peringkat akhir ketika saingan peringkat separuh akhir yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, Sabtu lepas, 1hb April 2017.

Finalist The Battle Voice of Sabah Artistes 2017
Finalis Pertandingan Akhir The Battle Voice of Sabah Artistes bersama Pengarah Urusan ASP Jamain (kanan)
The Battle Voice of Sabah Artiste merupakan pertandingan nyanyian anjuran Aliff Sounder & Production dengan kerja sama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

7 Peserta Mara Ke Pertandingan Akhir

Tujuh artis tempatan Sabah yang mara ke pertandingan akhir The Battle Voice of Sabah Artiste adalah seperti berikut:

  1. Ayim (Lahad Datu)
  2. Sitipa (Ranau)
  3. Lulu (Kota Belud)
  4. Diddy (Sandakan)
  5. Deen Mus Sabah (Lahad Datu)
  6. Saiful Jaicob (Ranau)
  7. Mus Cili Padi dari Kudat
Pengarah Urusan ASP, Mohd Jamain Manan memberitahu program yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan para artis Sabah untuk bersaing secara sihat dengan artis lain bagi mengeratkan dan menaiktaraf lagi perjuangan seni dalam industri hiburan dan muzik tempatan, negara mahu pun antarabangsa.

"Program seumpama ini sebenarnya bukanlah berniat untuk melaga-lagakan sesama artis tempatan Sabah, tetapi sebaliknya pertandingan ini merupakan perjalanan seorang artis yang memerlukan satu kelebihan, idea-idea atau personaliti yang luar biasa kalangan artis itu sendiri. Disamping, mahu melahirkan dan mencari bintang yang boleh dibanggakan serta boleh diketengahkan untuk bersaing dengan artis yang lain di seluruh negara mahu pun peringkat antarabangsa. Artis tempatan Sabah sepatutnya kita loncatkan ke depan, itulah yang kita mahu," katanya.

Jamain berkata pemarkahan adalah seratus peratus daripada pihak juri tetap. Pihak penganjur tidak akan campur tangan untuk menilai atau memberi pemarkahan kepada setiap peserta. Juri pertandingan nyanyian ini diketuai oleh Apai Andrew Poniting, Diana Stephen Tuning dan Asmin Mudin.

Hadir sama memeriah dan menjayakan malam pertandingan separuh akhir itu adalah Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Ranau, Sylvia Jocylena Sumping, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karanaan Haji Jahidin Lumat, Ketua Daerah Ranau Abidin Sahat dan krew-krew ASP Ranau.

Sementara itu, Jamain juga menyeru masyarakat Ranau untuk penuhkan Dewan Masyarakat Ranau untuk memberikan sokongan dan sorakan kepada finalis yang akan berentat semasa pertandingan akhir nanti.

Pertandingan akhir dijangka bakal dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga merangkap ADUN Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Hadiah Pertandingan

Johan pertandingan ini bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, naib johan RM6,000 dan tempat ketiga pula bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000. Manakala, empat peserta akhir yang lain akan menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM1,000 setiap satu. Semua hadiah adalah beserta trofi dan sijil penyertaan. 

Objektif utama pertandingan:

1. Mempelbagai aktiviti seni artis tempatan Sabah.
2. Sebagai platform perkenalan sesama artis. 
3. Memperluas pengaruh Aliff Sounder & Production.

Sumber:
1. Temubual bersama Pn. Lydia Kalidin, Pengarah Program The Battle Voice of Sabah Artiste

Elica Mentor Milenia 2017, Artis Malaysia Bertaraf Antarabangsa

Elica Mentor Milenia 2017 yang disifatkan mempunyai vokal dan persembahan yang konsisten setiap minggu, walau bagaimanapun, dikejutkan dengan kedudukannya yang berada pada kedudukan dua terbawah dalam Konsert Kelima Mentor Milenia 2017 minggu lalu.

Ketika itu segelintir netizen melahirkan rasa tidak puas hati terhadap juri awam dengan markah yang diberikan kepada Elica. Netizen menyifatkan juri awam tidak pandai menilai sungguhpun nyanyian sedap didengar namun markah yang diberikan sedikit dan sebaliknya markah penuh diberikan terhadap nyanyian yang tidak sedap.

Elica Artis Malaysia Bertaraf Antarabangsa
Elica Artis Malaysia Bertaraf Antarabangsa
 Mengimbas kembali ulasan komen daripada Datuk Hattan kepada Elica pada konsert minggu lepas;

"First of all, saya rasa malam ni dah macam final. Tapi semangat ini yang kita mahu walaupun baru memasuki konsert minggu kelima tetapi persembahan oleh kesemua protege saban minggu meningkat naik dan minggu ini kesemua persembahan sangat drastik peningkatannya. Elica memang konsisten, saya tahu awak memang sudah bersedia untuk menuai duit yang banyak masuk nanti. Tapi apa pun awak tidak boleh over confidence. Minggu ni, minggu depan apapun boleh terjadi. Jadi awak perlu kekalkan momentum ini," katanya.

Ternyata komen daripada Datuk Hattan dijadikan pendorong kepada Elica untuk membuat persembahan yang lebih baik lagi. Elica telah menyanyikan lagu bertajuk Bang Bang, lagu yang dipopularkan oleh Jessie J, Ariana Grande dan Nicki Minaj semasa Konsert Keenam Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi, melalui saluran Media Prima TV3.

Komen Juri

Datuk Hattan berpendapat Elica merupakan seorang yang diperlukan oleh negara untuk mengisi ruang-ruang penyanyi wanita yang agresif macam awak ni supaya kita boleh menandingi negara seberang.

"Awak sudah kembali ke tempat asal awak. Elica juga membuktikan bahwa Elica merupakan salah seorang yang diperlukan oleh negara ini untuk mengisi ruang-ruang penyanyi wanita yang aggressive macam awak ni supaya kita boleh menandingi negara seberang. Next week kalau boleh Elica bagi maksimum, saya nak tengok kerana there's a few part dalam lagu tu awak boleh maksimumkan lagi on your vocal. Awak ada everything so guna sehabis boleh kekuatan awak," katanya.

Baca artikel berkait: Elica Berada Kedudukan Dua Terbawah, Nitezen Tidak Puas Hati Terhadap Juri Awam

Sementara itu, Ronnie Hussin selaku juri jemputan konsert keenam Mentor Milenia menyifatkan bahawa persembahan lagu yang disampaikan oleh Elica merupakan persembahan yang terbaik.

"Saya suka persembahan awak dan saya rasa Akim tahu apa kekuatan awak sebenarnya. Untuk lagu ni awak memang buat sangat best. Dan awak juga ada attitude, lagu yang macam ni ada attitude so awak ada attitude kat situ, kalau awak bagi lagi 50% memang lagi wow! Namun, apapun persembahan awak malam ni terbaik, saya suka," katanya.

Komen Mentor Akim

"Lagu ini sebenarnya lagu yang sangat susah. Lagu tinggi, lagu high pitch tapi kena menari pula tu. Penyanyi asal pun tak menari tau. Lagu ini dinyanyikan oleh bebeapa artis tap Elica menyanyikan lagu ini secara solo (seorang). Apa yang boleh abang cakap dekat sini, tahniah sebab mendengar kata abang dan juga kak Stacy. Elica, abang nak bagi standing ovation," Akim sebagai mengulas persembahan protegenya Elica Mentor Milenia.

Akim juga menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada isterinya, Ummu Shaikhah Stacy Anam (Stacy)

"Yang, terima kasi kerana membantu protege abang, malam ni abang bagi upah lebih sikit sebab dah habis 44 hari tau," katanya.

Baca artikel berkait: Kekuatan Vocal Elica Mampu Bersaing Di Peringkat Internasional


Sementara itu, Konsert Ketujuh Mentor Milenia 2017 dijadualkan pada Ahad; 9hb April 2017, walau bagaimanapun ditunda pada 16hb April 2017, jam 9.00 malam. Apa cerita seterusnya, sama-sama kita nantikan persembahan Elica dalam konsert seterusnya.

Sumber: 

1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 9hb April 2017.
2. Mentor Milenia 2017 TV3

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top