Konsert minggu
ketiga Mentor Milenia bersiaran secara langsung daripada Studio Sri
Pentas 2, Shah Alam, Ahad lalu, 12 Mac 2017
melalui saluran Media Prima TV3. Ternyata komen juri pada minggu lalu disahut secara positif oleh peserta Mentor Milenia 2017 dari Sabah, Elicia.
Mengimbas kembali komen Elica Mentor Milenia pada konsert minggu kedua, "Walau bagaimanapun, penghujung nyanyian boleh dibaiki lagi, Elica boleh menambahkan elemen-elemen seperti whistle, boleh aplikasikan head-voice dan lain-lain. Awak boleh mempelajari teknik-teknik sedemikian dengan Jaclyn Victor." Datuk Hattan dipetik sebagai berkata.
Elica Mentor Milenia yang mempersembah lagu bertajuk Mama Aku Ingin Pulang, lagu yang dipopularkan oleh Nike Ardila menjadikan komen daripada Datuk Hattan dan Jaclyn Victor sebagai pemangkin kepada dirinya dan hasilnya, persembahan yang dibuat dalam minggu ketiga ini mampu mengugat peserta Mentor Milenia lain.
Persembahan nyanyian daripada Elica Mentor Milenia sangat mengagumkan dan bermakna buat Elica sendiri sehinggakan beliau mendapat standing ovation daripada juri profesional: Datuk Hattan dan Mark Adam, Mentor Milenia sekaligus berjaya menjadi juara mingguan.
Elica Mentor Milenia yang menjadi juara mingguan melayakkan beliau secara automatik untuk meneruskan perjuangannya dalam pentas Mentor Milenia pada minggu hadapan. Persoalannya, adakah Elica mampu untuk mengekalkan juara mingguan pada minggu hadapan? Apakah kejutan yang bakal dipersembahkan oleh Elica seterusnya? Sama-sama kita nantikan persembahan Elica dalam Konsert Minggu Keempat Mentor Milenia 2017 pada Ahad; 19hb Mac 2017 ini.
Sumber:
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 12hb Mac 2017.
2. Instagram Mentor Milenia Official TV3
Elica Mentor Milenia 2017 |

Komen Juri
"Awak memang menaikkan bulu roma saya dengan persembahan lagu ini. Ini namanya nyanyian yang sedap. Nyanyian sedap itu sangat penting. Tahniah kepada mentor yang telah berjaya membawa awak menyanyikan lagu ini dengan begitu baik. Nyanyian melalui penceritaan yang dikatakan oleh Mentor itu memang betul. Elica sudah menyampaikan penceritaan itu sebaik mungkin. Awak juga telah menggunakan head-voice dengan sebaik mungkin dalam permulaan lagu tersebut, itu yang membuatkan saya salute awak. Agak tebal head voice awak, keep it up girl! Good, good, good." Datuk Hattan dipetik sebagai berkata.
Datuk Hattan berpendapat Elica mampu menyanyikan lagu rentak laju dan mengakui Elica mempunyai tone head-voice yang besar.
Datuk Hattan berpendapat Elica mampu menyanyikan lagu rentak laju dan mengakui Elica mempunyai tone head-voice yang besar.
Baca artikel berkait: Nanyian Elica Mentor Milenia (Sabah) Mengagumkan Datuk Hattan
Sementara itu, Mark Adam selaku juri jemputan konset ketiga Mentor Milenia berpendapat bahawa kekuatan persembahan dan vokal Elica mampu bersaing di peringkat Internasional. "Memang betul, bulu saya pun naik (I have goose-bump). Elica, awak punya kekuatan boleh berperang di antarabangsa." Mark Adam dipetik sebagai berkata ketika memberikan komen kepada Elica.
Komen Mentor Akim
"Alhamdulillah, tahniah kepada Elica. Terima kasih berjaya membawakan lagu ini dengan baik, dan berjaya bercerita dengan kami melalui lagu ini. Terima kasih kepada juri awam dan juri profesional kerana memberikan komen yang sangat baik kepada Elica. Sebenarnya, saya tidak sabar mahu bekerjasama dengan awak pada minggu depan. Saya harap awak selamat dan boleh meneruskan experiment bersama dengan awak. Terima kasih, tahniah!," Akim, Mentor kepada Elica memberikan ulasan dan pandangan kepada protegenya.Elica Konsert Minggu Ketiga Mentor Milenia 2017 |
Elica Mentor Milenia yang menjadi juara mingguan melayakkan beliau secara automatik untuk meneruskan perjuangannya dalam pentas Mentor Milenia pada minggu hadapan. Persoalannya, adakah Elica mampu untuk mengekalkan juara mingguan pada minggu hadapan? Apakah kejutan yang bakal dipersembahkan oleh Elica seterusnya? Sama-sama kita nantikan persembahan Elica dalam Konsert Minggu Keempat Mentor Milenia 2017 pada Ahad; 19hb Mac 2017 ini.
Sumber:
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 12hb Mac 2017.
2. Instagram Mentor Milenia Official TV3
Labels:
Hiburan Tempatan
Thanks for reading Kekuatan Vocal Elica Mampu Bersaing Di Peringkat Internasional . Please share...!
Post Comment
0 Comment for "Kekuatan Vocal Elica Mampu Bersaing Di Peringkat Internasional "
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.