Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Uji Bakat Sugandoi Kaamatan Labuan 2017

Pastinya bakal wakil tersebut mestilah sangat berdisiplin daripada segi sikap dan masa serta punya kemahuan untuk menjadi juara. Sudah tentu punya bakat dan sekurang-kurangnya mempunyai ilmu berkaitan muzik termasuk vokal, walaupun sedikit cuma. Serahkan sahaja kepada saya terhadap hal-hal lain yang berkaitan. Saya akan cuba bentuk sehabis baik sebagaimana yang telah dibuat sejak dua, tiga tahun sebelumnya". ~Pengerusi Penganjur Sugandoi Kaamatan Labuan, Ronney Bikin Panas II

Pertandingan Sugandoi merupakan usaha untuk mencungkil, mengasah bakat dan sebagai ruang untuk meningkatkan potensi masing-masing dalam bidang seni suara (nyanyian), bagi memartabatkan dan seterusnya meningkatkan industri muzik khususnya dalam penciptaan lagu-lagu tempatan (Kadasandusun). Sehubungan itu, pencarian bakat ke pentas akhir Sugandoi Kaamatan 2017 peringkat daerah-daerah telah membuka tirai demikian juga pencarian bakat ke pentas akhir Sugandoi Kaamatan 2017 Wilayah Persekutuan Labuan.
Baca Artikel Terkait: Pencarian Bakat Sugandoi Daerah Ranau Bermula Mac 2017
Fanzi Ruji Pemenang Sugandoi Kaamatan 2016
Fanzi Ruji Pemenang Sugandoi Labuan & Negeri 2016

Sidang Media

"Secara realistiknya, sebagai Pengerusi Sugandoi Kaamatan di Labuan, saya tidak boleh menentapkan secara muktamad siapa yang mewakili Labuan untuk bertanding atau wakil Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah. Pastinya bakal wakil tersebut mestilah sangat berdisiplin daripada segi sikap dan masa serta punya kemahuan untuk menjadi juara. Sudah tentu punya bakat dan sekurang-kurangnya mempunyai ilmu berkaitan muzik termasuk vokal, walaupun sedikit cuma. Serahkan sahaja kepada saya terhadap hal-hal lain yang berkaitan. Saya akan cuba bentuk sehabis baik sebagaimana yang telah dibuat sejak dua, tiga tahun sebelumnya. Justeru, kepada para peserta yang mempunyai ciri-ciri yang dimaksudkan, sila datang untuk tampil dengan berani dan confidence ke uji bakat terbuka yang akan diadakan pada 8 April 2017 di Cheers Pub Hotel Tiara Labuan untuk penganjur memilih tujuh peserta peringkat akhir yang dijadual bertanding pada 22 April 2017, bertempat di Auditorium ILP Labuan. Semuapun boleh mejadi wakil Sugandoi Kaamatan Labuan 2017, yang penting datang uji bakat!". Pengerusi Penganjur Sugandoi Kaamatan Labuan dipetik dan diubahsuai melalui Facebook Ronney Bikin Panas II, 2 Mac 2017 (Khamis).

Para pemenang bakal menerima hadiah berbentuk wang tunai, trofi, hamper dan sijil penyertaan. Johan bakal menerima wang tunai sebanyak RM1,700 dengan single tajaan Magus88 Entertainment Studio dan mewakili Labuan ke Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah. Hadiah naib johan wang tunai RM1,200, ketiga RM700. Empat hadiah saguhati iaitu wang tunai RM150, vokal terbaik RM200, persembahan terbaik RM200 dan finalis popular RM200. 

Tentatif Sugandoi Kaamatan Labuan 2017
Tentatif Sugandoi Kaamatan Labuan 2017

Sugandoi Labuan 2016 

Sugandoi Kaamatan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan tahun lalu telah menyaksikan kejuaraan milik Mohd Rifanzie Rujie atau mesra dengan panggilan Fanzi Ruji (facebook). Beliau bukan sahaja memenangi namun, juga membolot keempat-empat anugerah iringan yang disediakan oleh penganjur. Antara anugerah iringan tersebut adalah anugerah pakaian terbaik, finalis popular, persembahan terbaik dan vokal terbaik. Lagu Piombolutan Au Kosiliu Piupusan yang dinyanyikan juga telah membawa tuah kepada Fanzi Ruji untuk menjadi Johan dalam pertandingan Sugandoi Kaamatan peringkat negeri di KDCA Penampang pada tahun 2016.
Sementara itu naib johan Sugandoi Kaamatan 2016 Wilayah Persekutuan Labuan telah dimenangi oleh Elsie James yang telah membawa lagu Kasarahan Piginawan Toh. Manakala, McRaphael Bonaventure Mosios memenangi tempat ketiga.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan Sugandoi Kaamatan 2017 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan anda boleh menghubungi: panggilan telefon / sms / whatsapp Ronney Ajim melalui nombor 012-8247933 (Pengerusi).


Sumber: 
1. Pengerusi Sugandoi Kaamatan Labuan 2017, Ronney Ajim @ Ronney Bikin Panas Rbp II
2. Anugera Khas Sugandoi Kaamatan Labuan Hargai Tokoh Di Balik Tabir, Utusan Borneo, 28hb Februari 2017 oleh Henry Banting
3. Facebook Ronney Bikin Panas II, 2 Mac 2017 (Khamis)
4. Mohd Rifanzie Johan Sugandoi Kaamatan Labun 2016, Utusan Borneo (Sabah), 25 April 2016, oleh Henry Banting
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Uji Bakat Sugandoi Kaamatan Labuan 2017. Please share...!

Post Comment

2 Comment for "Uji Bakat Sugandoi Kaamatan Labuan 2017"

moga2 admin teruskan dgn karya yg berkonsepkan ngeri sabah...sgt awesome blog nih

Terima kasih saudara Lokman Amirul. Ya saya akan cuba yang terbaik. Kalau diikutkan terlalu banyak idea yang boleh dibuat untuk karya yang berkonsepkan Sabah cuma masa yang menentukan.

Terima kasih banyak-banyak atas sokongannya ya saudara Lokman.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top