Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Transformasi PERTISA Melalui Cetusan Idea Modern

Mesyuarat Agung Tahunan PERTISA 2017
Mesyuarat Agung Tahunan PERTISA 2017

KOTA KINABALU: PERTISA digesa untuk mencetus idea-idea modern dalam melaksanakan tranformasi persatuan. Ini merupakan intipati yang ditekankan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) 2017 yang telah diadakan semalam; Sabtu, 11 Mac 2017 bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah.

Penasihat PERTISA, Drs. Monih Epin berkata, "Kita jangan berpegang terhadap tradisi yang biasa diamalkan sebelum ini. Kita perlu memikirkan titik permulaan untuk transformasi PERTISA bermula dari sekarang. Sesuai dengan perubahan masa, para artis perlu proaktif mengikuti arus dan menggunakan teknologi masa kini dalam menghasilkan karya serta memasarkan hasil karya. Sistem pemasaran dengan pelbagai aplikasi di internet, Youtube, Instagram, Facebook dan sebagainya perlu dipelajari agar jangkauan pasaran karya para artis lebih jauh melangkaui sempadan bahasa, etnik, komuniti, negeri dan negara. Bagaimanapun, etika dan perundangan yang berkaitan dengan media sosial tersebut mestilah dipatuhi. (Sumber: Majalah, Mesyuarat Agung Tahunan PERTISA, Edisi 2017)

Penasihat PERTISA Drs. Monih Epin
Penasihat PERTISA Drs. Monih Epin

"Saya mengharapkan PERTISA menjadi pencetus idea-idea baru dalam dunia hiburan artis tempatan tanah air sama ada peringkat negeri Sabah mahupun Malaysia secara keseluruhannya. Sebenarnya, peranan sebagai pencetus ini sudah mula digerakkan namun, ia masih perlu dipertingkatkan lagi. Ada kalangan ahli-ahli PERTISA sudah mulai memasarkan karya-karya melalui aplikasi hiburan di luar negara, itu merupakan salah satu idea, cetusan dan peluang baharu untuk mendapat dan menambah pendapatan," katanya.

"Sudah tiba masanya PERTISA buat aplikasi sendiri tidak hanya tumpang kepada aplikasi yang sedia ada. Bagaimanapun, pengetahuan dan kemahiran perlu ditingkatkan dalam bidang berkenaan untuk mendapatkan hasil. Antara cetusan lain adalah menghasilkan karya-karya mengikut arus peredaran masa. Selain itu, PERTISA juga perlu membuat inovasi terhadap lagu-lagu lama dengan memberikan nafas baru melalui gubahan muzik dan sebagainya untuk tujuan menambahkan kulaiti lagu lama daripada tenggelam begitu saja," jelasnya.

PERTISA 2017
PERTISA 2017
"Demikian juga lagu yang berkualiti daripada kalangan artis-artis PERTISA. Lagu daripada etnik Dusun dan Bajau misalnya boleh diterjemahkan dan akhirnya dinikmati seluruh Malaysia dan bahkan seluruh dunia. Lagu yang diterjemah akan membuka pasaran global. Sebagai contoh lagu Tanak Kampung, dahulunya lagu ini hanya terdapat dalam versi Dusun namun, apabila diterjemah kepada bahasa Melayu, akhirnya lagu itu dikenali di seluruh Malaysia sehinggakan pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyukai lagu tersebut. Tambahan, ada kumpulan artis Malaysia menyukai dan menyanyikan lagu Tanak Kampung.

Beliau berkata demikian menerusi ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERTISA, semalam. 

Sementara itu, mantan Presiden PERTISA, En. Narsisius Justin Misin berpendapat, PERTISA menjadi pemangkin kepada semua artis baru mahupun yang sudah lama untuk terus berkarya memperjuang bahasa dan budaya suku kaum masing-masing melalui lagu dan sebagainya. PERTISA ialah persatuan artis yang paling lama dan paling aktif di Sabah dan nama PERTISA bukan sahaja dikenali oleh orang-orang Sabah bahkan orang luar seperti dari Semenanjung, Sarawak dan Brunei. Saya berharap penaraju baharu yang akan dipilih dalam AGM 2017 ini lebih mantap dan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan kita sebagai artis tempatan Sabah. Saya juga berharap agar semua golongan artis tidak mengira bangsa, agama dan budaya, marilah kita bersama-sama memperkasa karya-karya kita di bawah naungan Persatuan Artis Tempatan Sabah PERTISA. 

Mantan Presiden PERTISA 2015-2016
Mantan Presiden PERTISA 2015-2016

Drs. Monih Epin yang mengakhiri ucapannya memberi cabaran kepada penaraju Ahli Jawatankuasa PERTISA yang baharu untuk mepertimbang dua (2) usul iaitu mengadakan Pesta atau Festival Artis Tempatan Sabah dan menubuhkan koperasi PERTISA.

Antara agenda Mesyuarat Agung Tahunan PERTISA adalah membentang laporan tahunan AMT Pentadbiran, aktiviti, kewangan. membentang dan mengesahkan laporan kewangan, Pembubaran Ahli Jawatankuasa 2015 - 2016 dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2017-2018. Mesyuarat Agung Tahunan PERTISA dihadiri seramai 59 orang dan keahlian baru dicatat seramai 16 orang.

Baca artikel terkait: Peneraju Kepimpinan PERTISA Sesi 2017/2018


Sumber:

1. Mesyuarat Agung Tahunan PERTISA, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah, Sabtu, 11 Mac 2017.
2. Majalah: Mesyuarat Agung Tahunan PERTISA, Edisi 2017.
3. Setiausaha PERTISA, Clarice F.E. Sipanul


Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Transformasi PERTISA Melalui Cetusan Idea Modern. Please share...!

Post Comment

2 Comment for "Transformasi PERTISA Melalui Cetusan Idea Modern"

Terima kasih HB atas sokongan ini terhadap PERTISA..terbaikšŸ‘

Sama-sama tuan Alfred Ckawan. Ya, objektif hiburansabah.com adalah untuk memartabatkan industri hiburan dan muzik tempatan, memartabatkan artis tempatan Sabah dan mewujudkan bahan bacaan kepada masyarakat Sabah. Justeru, content ini ditulis sebagai memenuhi objektif yang telah ditetapkan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke halaman ini. Terus sokong HB :-)

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top