Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Kumpulan Koir The Male Efficient (TME) Mahu Memartabatkan Lagu Rakyat Sabahan

Cerita artis hari ini agak menarik, hiburansabah.com sekali lagi berkesempatan untuk memperkenal satu kumpulan koir tempatan yang mencorak industri hiburan dan muzik tempatan Sabah. Kumpulan koir Sabah yang sebelum ini terdiri seramai 16 orang ahli kerap membuat persembahan hanya untuk majlis-majlis perkahwinan sahaja. Kumpulan koir yang dimaksudkan ialah The Male Efficient (TME).

The Male Efficient
The Male Efficient
The Male Efficient merupakan satu-satunya kumpulan koir komuniti yang telah didaftarkan dan hanya terdiri daripada kalangan jejaka dalam ahli kumpulannya. Terkini The Male Efficient telah mencecah seramai 31 orang ahli dengan demografi karer yang antranya adalah guru, pegawai bank, doktor, pengimpal, pelajar, pereka grafik, eksekutif, konsultan IT, pegawai pemasaran, pemilik hotel, penari, kontraktor, stock adjuster dan logistik.

The Male Efficient telah ditubuhkan pada Julai 2015 atas perbincangan tidak formal antara beberapa orang sahabat yang mempunyai minat dalam bidang koir. Demografi ahli The Male Efficient adalah beradal dari Papar, Penampang, Kepayan, Menggatal, Telipok, Kota Marudu, Kinarut dan Kota Kinabalu.

Pengarah kumpulan koir The Male Efficient ialah En. Lesley George dan konduktor koir ialah Dustant Oswald Roland.

Menurut En. Lesley George, The Male Efficient telah mengadakan banyak persembahan dalam pelbagai majlis termasuk juga mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan nyanyian paduan suara (chorale).

"The Male Efficient merupakan Pemenang Pingat Emas dalam Festival Koir Sabah Kali Pertama pada tahun 2015 yang mana The Male Efficient juga muncul sebagai Champion of Festival berkenaan. Pada Julai 2016, The Male Efficient berpeluang untuk berentap dalam Festival Koir Antarabangsa di Bali Kali Ke-5, peluang tersebut dimaanfaatkan oleh The Male Efficient dan dengan itu telah mendapat pengiktirafan dan dianugerahkan Level 8, Silver Medal," katanya.

Kumpulan Koir The Male Efficient
Kumpulan Koir The Male Efficient
"The Male Efficient juga telah mengadakan Friendship Concert dengan In Unity Chorale pada April 2016 dan Konsert Koir Solo bagi membantu Tadika St. Patrick Kinuta, Papar pada Jun 2016.

Lesley George berkata sedemikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com, semalam.

Matlamat The Male Efficient

Matlamat utama The Male Efficient adalah untuk memartabatkan lagu-lagu tempatan Sabah serta lagu-lagu rakyat Sabahan. Walau bagaimanapun, The Male Efficient juga membuat persembahan dengan menyanyikan pelbagai lagu dengan genre yang berbeza-beza.

Video muzik koir pertama The Male Efficient adalah bertajuk Sonsomido, sebuah lagu rakyat Sabah. Video ini menjadi viral dan mendapat like dan view yang banyak melalui aplikasi YouTube dan Facebook. Lagu Sonsomido merupakan lagu rakyat Tambunan yang dinyanyikan oleh Gundohing Gondial Gandau dan lagu ini telah dipopularkan oleh Datuk Justin Stimol dan Datuk John Gaisah. Kedua-dua Datuk Justin Stimol dan Datuk John Gaisah merupakan artis kebangaan dan permata dalam hindustri hiburan dan muzik Sabah.

Klik pautan / link ini untuk mendengar lagu Sonsomido versi The Male Efficient 

Sonsomido - The Male Efficient

Layari Page Facebook The Male Efficient untuk mengetahui perkembangan selanjutnya dan aktiviti terkini yang dijalankan oleh kumpulan koir The Male Efficient.

Sumber:
1. En. Lesley GeorgeDirector of The Male-Efficient.


Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Kumpulan Koir The Male Efficient (TME) Mahu Memartabatkan Lagu Rakyat Sabahan. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Kumpulan Koir The Male Efficient (TME) Mahu Memartabatkan Lagu Rakyat Sabahan"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top