Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

'Tentang Cinta' Single Baharu Larry Boyy (artis Sabah)

Sejak usia 8 tahun beliau sememangnya sudah melibatkan diri secara aktif dalam nyanyian dan sering membuat persembahan atau menyanyi sejak di sekolah rendah dan majlis-majlis keramaian. Beliau yang dimaksudkan ialah Larry Leong. Larry yang mesra dengan panggilan Boyy merupakan artis Sabahan yang berasal dari Matunggong, Kudat dan telah melibatkan diri secara profesional dalam bidang seni suara pada tahun 2006 melalui Program Bakat Harapan dan Penghibur Minggu Ini Sabah FM, RTM Kota Kinabalau dan sehinggalah kini.

Artis Larry Boyy L.
Artis Larry Boyy L.
Menurut Boyy, pada mulanya menyanyi hanya untuk tujuan suka-suka sahaja disebabkan hobinya yang suka menyanyi, tetapi selepas mengikuti banyak pertandingan nyanyian di peringkat kampung, daerah; sama ada dalam dan luar daerah serta seluruh Sabah, justeru, Boyy mengambil keputusan untuk lebih serius dalam bidang seni suara ini.

"Boyy terfikir apa salahnya untuk lebih serius dengan minat saya ini dan menjadikannya sebagai kerjaya selain tugas hakiki yang sedang dijawat sekarang," katanya.

Boyy yang juga merupakan seorang guru dan mengajar di Sekolah Kebangasaan Temuno Teringai Darat, Kota Marudu menjadikan Marya Carey, Jaclyn Victor, Westlife dan Anuar Zain sebagai idolanya dalam industri hiburan dan muzik. Namun, untuk artis yang bukan sahaja menyanyi tetapi mengurus produksi serta menghasilkan karya-karya seninya, Boyy menjadikan Melly Goeslow dan KRU sebagai Idolanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hiburansabah.com, Isnin lalu.

Pencapaian

  • Juara Pertandingan Nyanyian Solo Sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Pendidikan (PSKPP) peringkat daerah Kota Marudu, empat (4) tahun berturut-tutut bermula pada tahun 2007 hingga 2010.
  • Johan Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Bahagian pada tahun 2007, daerah Pitas.
  • Juara Pertandingan Nyanyian Sabah Music Idol pada tahun 2010
  • Juara Suara Emas Perpaduan peringkat Bahagian Utara pada tahun 2010.
  • Juara Pertandingan Lagu Patriotik peringkat daerah Kota Marudu.
  • Naib Juara Pertandingan Sugandoi peringkat daerah kecil Matunggong pada tahun 2011 dan 2012. 
  • Naib Juara Pertandingan Sugandoi peringkat daerah Banggi pada tahun 2016.

Carta Lagu Tempatan

  • Anugerah Lagu Paling Manang 2016 (Kau Fikirlah) / Carta Lagu Paling Manang Sabah Fm.
  • Finalis CLAS Musim Ke-8 (Lagu Mencari Bintang) tahun 2015 / Sabah FM
  • Finalis LPK Musim Ke-5 (lagu Nung Kopiiso Toh) Tahun 2015 / Sabah VFM.
  • Finalis Gema Cipta UMS (Lagu The Inspiration) 2016.

Single / Album

Pada tahun 2012 beliau telah merakam album sulungnya Igitai Oku yang mengandungi 11 buah lagu dan satu (1) album kompilasi (Magahau) pada tahun 2015. Selain itu, Boyy telah menerbitkan single Kau Fikirlah pada tahun 2016 (Anugerah Lagu Paling Manang 2016 dalam Carta Lagu Paling Manang Sabah FM).

Terkini beliau giat mempromosi single terbaharunya bertajuk Tentang Cinta 2017. Lagu/lirik yang dicipta sepenuhnya oleh Boyy sendiri ini berkisahkan tentang percintaan. 

"Mungkin banyak jenis percintaan manusia, ada yang mudah mendapat cinta dan ada yang sebaliknya. Seperti hari ini, seseorang sukar untuk mendapatkan cinta tetapi sekali menemui cinta ternyata ia merupakan cinta sejati, cinta yang ikhlas dan sebenar-benarnya. Kebahagian adalah jawapan pada akhirnya," Boyy dipetik sebagai berkata menceritakan sinopsis lagu tersebut.

Tentang Cinta merupakan lagu arrangement / studio di bawah Pusakag Studio dan kini boleh didengar / diminta melalui siaran radio SabahFm, SandakanFm dan NasionalFM jika berada di luar Sabah.

Lagu Tentang Cinta merupakan antar lagu yang dicalonkan dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) 2017 (Minggu 1). Peminat dan penyokong Larry Boyy boleh mengundi lagu Tentang Cinta ini melalui pautan / link ini Tentang Cinta: Carta Lagu Paling Menang (CLAS) 2017. Pautan / link undian berbeza-beza setiap minggu.

Lagu Tentang Cinta - Larry Boyy L.
Lagu Tentang Cinta - Larry Boyy L.
Sementara itu, versi terkini lagu Igitai Oku kolaborasi nyanyian antara Larry Boyy dan Marlleynney Fane yang sebelum ini tidak melepasi tapisan SabahVfm (Siaran Dusun) disebabkan masalah lirik namun, sekarang ini sudah boleh didengari / request kembali melalui siaran radio SabahVfm (Siaran Dusun). Menurut Boyy lagi, MTV Igitai Oku bila-bila masa sahaja akan keluar di youtube. 

Versi Baharu - Igitai Oku oleh Mar & Larry
Versi Baharu - Igitai Oku oleh Mar & Larry
Selain menyanyi, Boyy juga pernah berlakon dalam telemovi rohani 'Ranting dan Pohon' arahan artis Bibiana Kinsun pada tahun 2015. Boyy pernah memikul tugas sebagai host untuk Showcase Cita Citata Live at Grand Borneo Hotel pada September 2015 selain menjadi artis jemputan pada acara yang sama juga Showcase Cita Citata sevara langsung di Kudat pada Julai 2015. Tambahan, Boyy juga pernahg membuat persembahan sempena Pre-Christmas Concert di Dorsett Hotel Labuan bersama dengan Tesa Indonesian Idol dan Andy Indonesian Idol pada November 2014. Disamping, menjadi juri pertandingan nyanyian di seluruh Sabah.

Peminat dan penyokong Larry Boyy boleh mengikuti perkembangan semasanya melalui Facebook Larry Mikahil 

Sumber:
1. Temu bual bersama artis Lary Boyy Leong
2. Facebook Larry Mikhail
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading 'Tentang Cinta' Single Baharu Larry Boyy (artis Sabah). Please share...!

Post Comment

0 Comment for "'Tentang Cinta' Single Baharu Larry Boyy (artis Sabah)"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top