Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Stacy Merasa Dilayan Bak Permaisuri

Segala keinginan dan kemahuan saya dituruti suami tercinta. Bukan layanam istimewa daripada suami sahaja malah, dapat layanan manis daripada ibu dan mentua sejak bersalain ~ Stacy.
Pasangan Stacy dan Akim
Pasangan popular daripada rancangan realiti TV Akademi Fantasia ini akhirnya menimang cahaya mata

Penyanyi yang popular dengan lagu Not For Sale merasakan dirinya sebagai seorang permaisuri kerana beliau mendapat layanan yang teristimewa daripada setiap ahli keluarganya.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam berkata, "Segala keinginan dan kemahuan saya dituruti suami tercinta. Bukan layanam istimewa daripada suami sahaja malah, dapat layanan manis daripada ibu dan mentua sejak bersalain. Mereka sangat prihatin dan ambil berat terhadap kesihatan diri saya serta Eshaal".

"Mujur suami ringan tulang. Jika kebetulan seharian dia sibuk, saya tak nak menganggu waktu tidurnya. Saya tahu dia pun letih bekerja, jadi kasihan nak kacau," katanya.
Menurut Ummu Shaikhah Stacy Anam, 27, beliau tidak berasa jangal untuk menguruskan anaknya Eshaal kerana pengalamannya sebelum ini membesarkan Bella, anak angkatnya sejak lahir merupakan pengalaman bermakna dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk diamalkan sebagai rutin hariannya bergelar sebagai seorang ibu.

"Saya sangat bersyukur ada pengalaman membesarkan Bella sebelum ini. Jadi, saya tak perlu risau dengan kehadiran Eshaal. Sejak hari pertama kelahirannya sehingga sekarang, semua kerja-kerja asuhan saya lakukan sendiri. Hanya sesekali mak membantu juga.

"Buat masa ini, tak ada lagi masalah besar yang timbul. Segalanya baik saja. Malah, sata bersa seronok dapat menguruskan anak sendiri. Bagi saya, inilah detik paling indah dan bermakna bagi seorang ibu," jelasnya.

Tentang Penikahan Stacy & Akim

Akim atau nama sebenarnya Aqiq Hakmi Ahmad, 25, Ummu Shaikhah Stacy Anam mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu (2016) di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Mereka dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Agama Negeri Sabah (JAIS), Tuan Haji Matlin Dimin, berwakil waklikan abang Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam. Antara rakan artis yang turut memeriahkan majlis tersebut adalah Felix Agus AF3, Hazama, Velvet AF4, Hafiz Suip, Rich Estranged, Marsha dan Faizul AF2013.

Pasangan popular daripada rancangan realiti TV Akademi Fantasia ini akhirnya menimang cahaya mata selepas Stacy selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 17:17 petang, 17 Februari 2017. Perkara ini disahkan oleh Akim Ahmad melalui gambar yang dimuatnaik di Instagramnya pada 17 Februari, Jumaat.


Sumber:

1. Harian Metro, 9 Mac 2017.


Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Stacy Merasa Dilayan Bak Permaisuri. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Stacy Merasa Dilayan Bak Permaisuri"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top