Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Repvblik Intai Peluang Untuk Berkolaborasi Dengan Artis Tempatan Sabah

KOTA KINABALU: Kumpulan Repvblik yang popular dengan lagu Sandiwara Cinta akan membuat penampilan sulung dalam konsert KupiKupiFM disamping, berhasrat mahu mengintai peluang untuk berkolaborasi dengan artis tempatan Sabah.

Kumpulan Repvblik
Kumpulan Repvblik
Repvblik dianggotai oleh enam (6) jejaka tampan iaitu Ruri (vokalis), Hexa (guitar), Lavy (bass), Ei (lead guitar), Tyra (keyboard, backup voval) dan Randy (drum). Repvblik menyifatkan Sabah kaya dengan bakat yang berpotensi dan kreatif akan membincangkan usaha kolaborasi tersebut bersama dengan KupiKupiFM.

"Sebenarnya, perancangan untuk mahu berkolaborasi dengan artis tempatan Sabah itu sememangnya ada kerana pemuzik-pemuzik di Sabah juga sangat bagus dan kreatif. Justeru, kami akan cuba untuk berbincang dengan pihak KupiKupiFM berhubung dengan hasrat ini untuk mencari artis yang lebih bersesuaian. Kolaborasi ini mungkin akan dibuat untuk projek / album seterusnya." kata Hexa ketika ditemui media dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel No.5, hari ini.

Repvblik Konsert KupiKupiFM
Sesi Fotografi
Repvblik berharap supaya pendengar KupiKupiFM seluruh Sabah, khasnya pendengar sekitar Kota Kinabalu untuk datang beramai-ramai ke konsert tersebut kerana penampilam Repvblik dalam konsert berkenaan merupakan hadiah percuma kepada peminat mereka di negeri Sabah.

"Kami berharap semoga pendengar setia KupiKupiFM sekitar Kota Kinabalu untuk datang bersama memeriahkan konsert ini beramai-ramai kerana ia adalah gratis. Kami akan mempersembahkan lapan hingga sepuluh buah lagu dan juga akan menampilkan persembahan iaitu persembahan istimewa secara solo daripada Randy (drum)," katanya.

Baca artikel terkait: KupiKupiFM Meraikan Ulang Tahun Pertama Dengan Konsert Percuma

Ditanya mengenai tindakan penggiat muzik yang mengubah suai beberapa lagu Repvblik ke dalam bahasa tempatan Sabah dan dimuat naik ke YouTube, Hexa menyatakan isu sedemikian tidak mempunyai masalah asalkan ia bukan untuk tujuan komersial.

Repvblik Konsert KupiKupiFM
Sidang Media Bersama Kumpulan Repvblik
"Kami tidak mempunyai masalah sedemikian bahkan lebih gembira kerana ramai pemuzik yang tampil untuk menonjolkan bakat dengan menghasilkan karya baru, karya yang berinovasi dan kreatif. Justeru, kami gembira dengan perkembangan tersebut. Namun, jika untuk tujuan komersial, maka ia melanggar kesalahan. kerana hanya ada satu kompeni di Indonesia sahaja yang ada permit untuk menjual karya tersebut," katanya.

Repvblik dijangka akan mengadakan tour konsert pada tahun ini di Kuala Lumpur; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak dan Penang. Sebelum ini, Repvblik telah mengadakan konsert di beberapa tempat di Indonesia bermula dari 8 Mac dan konsert terakhir di Surabaya, Indonesia pada 11 Mac.

Konsert KupiKupiFM merupakan tanda penghargaan dan terima kasih kepada pendengar dan peminat setia KupiKupiFM atas sokongan yang tidak terhingga diberikan selama ini. Konsert ini akan diadakan pada 18 Mac 2017 (Sabtu), bertempat di Dewan Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Penampang dan masuk adalah PERCUMA.

Repvblik Konsert KupiKupiFM
Sesi Fotografi
Selain penampilan istimewa daripada Repvblik, konsert tersebut juga menampilkan artis-artis tempatan seperti Adex, Esther Applunius, Sharin Amud, Evaritus Gungkit, Felix Agus, Nubornmusic, Velvet, Francis Landong, Den Bisa, Mary Intiang, Loytive, Jestie Alexius, Bamboowoods dari SMK. Tamparul yang akan bermula pada 7.00 hingga 11.00 malam.


Sumber:
1. Sidang Media Bersama Kumpulan Repvblik, Hotel No.5, Kota Kinabalu.



Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Repvblik Intai Peluang Untuk Berkolaborasi Dengan Artis Tempatan Sabah. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Repvblik Intai Peluang Untuk Berkolaborasi Dengan Artis Tempatan Sabah"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top