Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Qhalysa Menggegarkan Sri Pentas Mentor Milenia Menerusi Lagu 'Listen'

Setelah dua minggu berturut-turut berada pada kedudukan ke-2 terbawah, Qhalysa Mentor Milenia kini kembali dalam trek yang betul. Nyanyian Qhalysia sebelum ini sering dikaitkan dengan komen swallow the words oleh Datuk Hattan. Bagai manapun, Qhalysia berjaya meyakinkan Datuk Hattan dan Mark Adam untuk terus kekal bersaing dalam Mentor Milenia 2017.

Qhalysa Mentor Milenia
Qhalysa Mentor Milenia 2017 Konsert Minggu Ketiga

Mengimbas kembali komen daripada juri tetap Datuk Hattan semasa konsert kedua Mentor Milenia 2017, "Sebenarnya tone Qhalysa sedap. Jarang penyanyi perempuan ada tone yang besar seperti Qhalysa. Tetapi bila sampai ke bab chorus lagu, Qhalysa swallow the words macam minggu lepas juga. Sebutan seakan tidak terkeluar, keluar tu keluar juga tapi tidak detail. Awak perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini kerana awak punya penghayatan (feel) dan tone yang baik cuma perlu diperhalusi lagi oleh Tomok untuk persembahan minggu depan. Do your best!"

Kesempatan yang diberikan tidak disia-siakan oleh Qhalysa. Qhalysa, dalam konsert minggu ketiganya pada 12 Mac 2017 lepas, mempertaruh lagu yang bertajuk Listen, lagu yang dipopularkan oleh Beyonce ternyata menggegarkan Sri Pentas 2, Shah Alam.

Komen Juri

"You are back girl! Anda suda kembali, beginilah. Sebenarnya saya fikir, ini merupakan genre lagu yang paling awak suka. Tiba-tiba awak kembali, awak gegarkan Sri Pentas pada malam ini. Ini merupakan suatu pencapaian yang agak baik setelah dua minggu awak berada di bawah. Dan juga merupakan suatu contoh yang agak baik untuk peserta-peserta lain, walaupun sebelum ini berada pada kedudukan di bawah, namun jangan give up, kembali beraksi (balik) dan Qhalysa melakukannya. Tahniah Qhalysa!, Datuk Hattan dipetik sebagai berkata.

Qhalysa Mentor Milenia 2017
Qhalysa Mentor Milenia 2017

Sementara itu, Mark Adam berpendapat, "Lagu macam ni bukan mudah nak dinyanyikan, bila kita nak nyanyi lagu yang famous, orang akan expect yang terbaik. But tonight you pull it off! Kecuali ada pitching sikit tapi saya pecaya akan awak. Awak akan menjadi yang terbaik lagi pada masa yang akan datang. So good luck!," katanya, ketika mengulas persembahan dan vokal Qhalysa.

Komen Mentor Tomok

"Pertama sekali, tahniah untuk awak Qhalysa. Maknanya awak dah berjaya. Apa yang Datuk Hattan katakan itu sebenarnya betul. Awak telah kembali lagi. Saya nak ucapkan terima kasih kepada team saya yang bertungkus lumus untuk menjadikan awak yang terbaik pada malam ini. Cikgu Shafi, terima kasih. Itu saja, saya sangat happy pada hari ini. Jadi, tahniah untuk awal Qhalysa." Demikian, Tomok, Mentor kepada Qhalysa  yang sangat gembira memberikan ulasan dan pandangan terhadap persembahan protege-nya.


Sumber: 
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 12hb Mac 2017.
2. Instagram Qhalysa_Official Mentor Milenia 2017  



Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Qhalysa Menggegarkan Sri Pentas Mentor Milenia Menerusi Lagu 'Listen'. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Qhalysa Menggegarkan Sri Pentas Mentor Milenia Menerusi Lagu 'Listen'"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top