Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Mungkinkah Qhalysa Mentor Milenia (Sabah) Juga Bakal Tersingkir Minggu Depan?

Mengimbas kembali persembahan yang telah dipersembahkan oleh Qhalysa Mentor Milenia semasa Konsert Minggu Pertama pada 26 Februari 2017 lepas, Qhalysa Mentor Milenia mendapat kritikan penuh daripada juri tetap Mentor Milenia 2017 Datuk Hattan.

Qhalysa Konsert Kedua Mentor Milenia 2017
Qhalysa Konsert Kedua Mentor Milenia 2017
"Memang awak mempunyai lontaran / kelantangan suara namun, suara kedengaran semacam awak swallow the words. Kita (pendengar) tidak boleh memahami apa yang dinyanyikan (sebutam perkataan). Sebutan seperti muffled tone sounds, dengan erti kata lain, kedengaran bunyi macam awak telan vowel". Datuk Hattan dipetik ketika memberikan komen kepada Qhalysa Mentor Milenia semasa Konsert Minggu Pertama.

Bagimana pula dengan persembahan Qhalysa Mentor Milenia dalam Konsert Minggu Kedua pada Ahad lalu? Qhalysa dalam konsert pertamanya telah mendendangkan lagu yang bertajuk Kasih Tersimpul Rapi, lagu yang dipopularkan oleh Anis Suraya.

Komen Juri

"Sebenarnya tone Qhalysa sedap, cuma adakah teguran daripada Tomok menganggu Qhalysa? Jarang penyanyi wanita ada tone yang besar seperti Qhalysa. Tetapi bila sampai ke bab chorus lagu, Qhalysa swallow the words macam minggu lepas juga. Sebutan seakan tidak terkeluar, keluar tu keluar juga tapi tidak detail. Awak perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini kerana awak punya penghayatan (feel) dan tone yang baik cuma perlu diperhalusi lagi oleh Tomok untuk persembahan minggu depan. Do your best!" Datuk Hattan dipetik sebagai mengulas persembahan Qhalysa.

"Permulaan awak sangat bagus. I really love your tone. Awak mempunyai satu suara yang sedap didengari. Serious, cantik suara awak. Your low range is very nice. Tapi bila sampai ke bab tinggi, saya berpendapat mungkin awak rasa takut, mungkin awak berfikir 'alamak, alamak, alamak', atau mungkin awak memikirkan sama ada boleh sampai note tinggi atau tidak, atau mungkin awak risau, saya tak pasti apa sebenarnya tetapi semua tu perlu diketepikan kerana bila awak di atas pentas jangan difikirannya lagi. You really did well cuma part tinggi tu jangan control, lepaskan saja." Jaclyn Victor, selaku juri jemputan pada malam konsert kedua dipetik sebgai mengulas persembahan Qhalysa.

Protege Tomok Konsert Kedua Mentor Milenia 2017
Protege Tomok Konsert Kedua Mentor Milenia 2017

Komen Mentor Tomok

"Sebenarnya sebelum mula persembahan, saya dah bagitahu dengan dia kalau ada ada apa-apa VT yang keluar just fokus terhadap persembahan. Pada malam ini, secara keseluruhan sejak Isnin lalu, menunjukkan improvement Qhalysa. Saya sangat happy persembahan awak pada malam ini cuma saya berpendapat markah juri awam 12 markah tu rasanya rendah, mungkin boleh lebih lagi sebenarnya". Demikian, Tomok, Mentor kepada Qhalysa memberikan ulasan dan pandangan kepada protege-nya.

Berdasarkan persembahan Qhalysa dalam konsert kedua Mentor Milenia Ahad lalu, Qhalysa sekali lagi berada pada kedudukan ke-2 terbawah. Apakah kesudahan nasib Qhalysa dalam Mentor Milenia 2017? Sebelum ini Qhalysa dikaitkan dengan pencapaiannya yang pernah memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa iaitu menang tiga Pingat Perak: Vocal Contemporary, Vocal Pop dan Vocal World melalui World Championship of Performing Arts di Las Vegas. Namun, kenapa persembahan beliau dalam konsert Mentor Milenia tidak seperti yang diharapkan? Mengapa Qhalysa tidak menggunakan sehabis baik segala pengalaman lalu untuk membuat persembahan yang luar biasa dalam konsert Mentor Milenia?

Netizen berpendapat bahawa jika Qhalysa masih mengulangi kesalahan iaitu swallow the words, kemungkinan nasib Qhalysa akan berakhir dan bakal tersingkir pada minggu depan mengikuti jejak Nuzul yang tersingkir daripada pentas Mentor Milenia 2017. Walau bagaimanapun, hiburansabah.com dan rakyat Sabah khususnya masih mengharapkan satu kejutan daripada Qhalysa semasa konsert minggu hadapan, 12hb Mac 2017 (konsert ketiga Mentor Milenia).

Sumber: 
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 5hb Februari 2017.
2. Instagram Qhalysa_Official Mentor Milenia 2017 


Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Mungkinkah Qhalysa Mentor Milenia (Sabah) Juga Bakal Tersingkir Minggu Depan?. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Mungkinkah Qhalysa Mentor Milenia (Sabah) Juga Bakal Tersingkir Minggu Depan?"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top