Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Pesta Kalimaran Disambut Julai 2017

Suku Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah dengan populasi seramai lebih 100,000 orang. Murut terdiri daripada 14 sub-etnik dan sememangnya mempunyai identiti tersendiri dan unik yang merangkumi aspek tradisi, budaya, bahasa, kesenian, adat dan perayaan. Malahan, pakaian tradisi suku Murut itu sendiri adalah berbeza-beza mengikut sub-etnik. Masyarakat Murut terkenal dengan head-hunting (dahulu kala), tarian magunatip dan Lansaran. Justeru, masa terbaik untuk merasai pengalaman bersama suku Murut ini adalah melalui Pesta Kalimaran yang diadakan setiap tahun di Pusat Kebudayaan Murut, Tenom.

Pesta Kalimaran 2017
Credit picture to North Borneo Philately

Seperti masyarakat Kadazan dan Dusun yang meraikan Pesta Kamatan (Pesta Menuai), Pesta Kalimaran pula sangat sinonim bagi masyarakat Murut yang sudah seharusnya menjadi kemestian untuk meraihkannya. Pesta Kalimaran atau juga dikenali sebagai Pesta Kesenian dikalangan masyarakat setempat, diraikan secara turun temurun mengikut adat dan tradisi kaum itu sejak dahulu lagi.

Pesta ini dilhamkan oleh bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah pada era 80-an, Datuk Kadoh Agundong, bagi memastikan keunikan warisan Murut terus hidup dan dihargai umum. Tujuan pesta adalah untuk mempamer dan menghidupkan budaya serta kesenian Murut supaya ia terus kekal khususnya dalam jiwa golongan muda.

Pintu Masuk Utama Rumah Kebudayaan Murut
Credit picture to Sazali Suzin Photography

Kerajaan negeri Sabah menerima pakai Pesta Kalimaran sebagai perayaan peringkat negeri pada tahun 2003. Pesta Kalimaran peringkat negeri pertama kalinya diadakan adalah pada 4 dan 5hb April 2003. Ia dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri Sabah melalui Lembaga Kebudayaan Sabah dan Persatuan Murut Sabah dengan kerja sama Pejabat Daerah Tenom.

Pusat Kebudayaan Murut Sabah terletak di Kampung Pulong, 13 KM dari Pekan Tenom. Pembinaan bangunan yang unik ini bermula pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Ia dikatakan unik kerana bangunan itu sendiri adalah melambangkan dan manifestasi daripada kebanyakan aspek tentang kebudayaan Murut.

Rumah Kebudayaan Murut, Kg. Pulong, Tenom
Credit picture to Sazali Suzin Photography

Media Akhbar

Menurut Presiden Persatuan Murut Sabah Datuk Rubin Balang, Pesta Kalimaran peringkat negeri tahun 2017 akan disambut pada bulan Julai di Rumah Pusat Kebudyaan Murut, Kampung Pulong, Tenom. Tujuan pesta ini diadakan adalah untuk menghimpunkan kesemua etnik suku Murut untuk mempamer dan mengetengahkan kebudayaan adat resam etnik tersebut kepada masyarakat luar khususnya para pelancong dari luar negeri.

"Menerusi pesta ini, kita juga mengharapkan agar dapat membuka mata generasi hari ini dan juga generasi akan datang khususnya anak muda yang berbangsa Murut agar tidak pernah melupakan asal usul mereka serta identiti mereka agar tidak lapuk ditelan zaman," katanya.


Kraftangan Buatan Tangan ~Etnik Murut
Credit picture to Sazali Suzin Photography

Menurutnya, pelbagai inisiatif telah dirancang dan sedang dilaksanakan bagi memelihara identiti suku kaum ini. Antara inisiatif yang telah pun dimulakan sejak beberapa tahun yang lepas adalah pembelajaran bahasa Murut untuk generasi etnik Murut mempelajari dan seterusnya mendalami bahasa ibunda peninggalan nenek moyang yang terdahulu.

Rubin yang juga Adun Kemabong turut merakam jutaan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana telah memberikan peruntukan khas kepada Biro Pendidikan Bahasa Murut yang diketuai oleh Senator, Datuk Dr. Lucas Umbul yang mana telah mempelopori pengajaran bahasa ibunda suku kaum Murut. 

Adub Nabawan Datuk Bobbey Ahfang Suan, Adun Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno, Tokoh Veteran Murut, Tan Sri RM Jasni, Tokoh Veteran Murut Tan Sri Sufian Koroh, Datuk Kadoh Agundong, dan Pengerusi Penganjur Pesta Kalimaran peringkat daerah Keningau 2017 Rosdi Razali antara tetamu kehormat yang dijangka akan menghadiri pesta itu kelak.


Sumber:



Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pesta Kalimaran Disambut Julai 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pesta Kalimaran Disambut Julai 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top