Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVfm Berlangsung 8 April 2017

Daerah Ranau sekali lagi telah dipilih sebagai lokasi pertandingan Juara Carta Lagu Dusun. Menurut Penerbit pertandingan ini, Matinin Yukim @DJ MY, lokasi pertandingan Juara Carta Lagu Dusun ini dijalankan secara bergilir-gilir di setiap daerah yang majoriti penduduknya merupakan kalangan Dusun. Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-6 2015/2016 bakal diadakan pada 8 April 2017, Sabtu bertempat di Dewan Masyarakat Ranau, Ranau bermula jam 7.00 malam.

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-6 2015/2016
Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-6 2015/2016
Penganjur pertandingan Juara Carta Lagu Dusun ialah Sabah VFM RTM Kota Kinabalu (Siaran Bahasa Dusun) dengan kerja sama Pejabat Daerah Ranau.

Rancangan Bontugan Sinding Dusun pada asalnya diterbitkan sejak awal tahun 1990an namun hanya untuk siaran radio bahasa Dusun. Bermula tahun 2007, Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun buat pertama kalinya dipertandingkan di depan khalayak penonton yang bertempat di Ranau, Sabah. Juara Carta Lagu Dusun kali kedua telah diadakan pada tahun 2009 bertempat di Ranau. Kali ketiga pada tahun 2011 di Tambunan. Seterusnya, di Tamparuli pada tahun 2013 dan kali yang kelima Juara Carta Lagu Dusun telah diadakan di Matunggong, Kudat pada tahun 2015.

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-6 2015/2016 dijangka akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.30 Karanahan.

Objektif Pertandingan JCLD

Objektif Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun adalah untuk memartabatkan lagu-lagu tempatan khususnya Dusun dan juga untuk menghargai sumbangan para penggiat seni suara tempatan Sabah.

10 Lagu Yang Berentap Dalam Pertandingan Akhir JCLD

Sepuluh lagu yang berjaya adalah seperti berikut;-

  1. Kasarahan Piginawan Toh oleh Elsie James (Telipok)
  2. Pointopot oleh Rudy Banabas (Telipok)
  3. Piupusan Toh oleh Izlan Haimin (Ranau)
  4. Kasari Id Ginawo Ku oleh Apai Andrew Peninting (Kota Belud)
  5. Pogulio Tupus Nu Doho oleh Henry Douamin (Kota Belud)
  6. Winnie Koupusan Ku oleh Robert @Robbie Angkangon udat)
  7. Ginavoku Ginavo Nu oleh Donny Reyn (Matunggong)
  8. Iya oleh Clarice Sipanul (Papar)
  9. Kada Ihadai oleh Anjun @ Henry Francis (Tamparuli)
  10. Ralan Koposion oleh Vellchristine (Keningau)

Hadiah Pemenang

Enam kategori menjadi rebutan finalist Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun iaitu Anugerah Juara Carta Lagu Dusun, pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 beserta tropi dan sijil. Naib Juara Carta Lagu Dusun, pemenang bakal menerima hadiah berupa wang tunai RM2,500 beserta tropi dan sijil penyertaan. Pemenang tempat ketiga Juara Carta Lagu Dusun bakal menerima wang tunai RM2,000 beserta tropi dan sijil penyertaan. Sementara itu, pemenang Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik dan Penulis Lirik Terbaik masing-masing bakal menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan sijil penyertaan. Manakala, tujuh (7) peserta lain masing-masing akan menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Orang ramai khususnya masyarakat dari daerah Ranau diseru untuk hadir bersama-sama bagi memeriahkan lagi Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun ini. Hadiah menarik menanti pengunjung bertuah. Pengunjung bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah melalui cabutan tiket bertuah. Hadiah utama berupa wang tunai RM1,000, kedua RM500 dan ketiga RM300 disamping, pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi hamper. Tiket-tiket secara percuma akan diedarkan kepada para penonton yang datang. Tiket tersebut diberikan secara 'first come, first serve'. Masuk adalah PERCUMA.

Sumber: 
1. Penerbit Bersama Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun, Mr. Matinin Yukim @DJ MY, Sabah VFM RTM Kota Kinabalu (Siaran Bahasa Dusun)

Klik pautan ini untuk mengikuti perkembangan Mattinin DjMy Yukim atau Mattinin DjMy Yukim Full
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVfm Berlangsung 8 April 2017 . Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVfm Berlangsung 8 April 2017 "

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top