Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah Bakal Berlangsung 25 Mac 2017

KOTA KINABALU: Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik akan menganjurkan Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2017 yang bakal berlangsung pada 25hb Mac 2017, Sabtu ini bertempat di Padang Bandaran Sandakan bermula jam 8.00 malam.

Bintang RTM Remaja Sabah 2017
Calon Juara Bintang RTM Remaja Sabah 2017
Menurut penerbit pertandingan ini, Pn. Tina Rahim, "Matlamat pertandingan adalah untuk mencungkil bakat baru kalangan remaja di seluruh Sabah dalam bidang nyanyian dan persembahan pentas. Ia selaras dengan matlamat RTM dalam membentuk usaha kerajaan mewujudkan perpaduan yang berbilang kaum khususnya dalam bidang seni suara yang berusia 13 tahun hingga 22 tahun di seluruh Sabah," katanya.

Ditanya bagaimana pemilihan peserta akhir dibuat, Pn. Tina Rahim menjelaskan peserta dipilih menerusi uji bakat yang telah dibuat di seluruh pelusuk negeri untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

"Peserta perlu menghadiri uji bakat yang dibuat di seluruh pelusuk negeri untuk melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan tersebut. Antara lokasi uji bakat yang telah dijalankan adalah Kota Kinabalu, Ranau, Kudat, Keningau, Tawau, Sandakan dan termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Pada tahun ini, penyertaan lebih menyerlah kerana keseluruhan peserta (remaja) yang hadir ke uji bakat adalah seramai 447 orang berbanding seramai 391 orang yang telah direkodkan pada tahun lalu," katanya.

Peserta Akhir Bintang Remaja 2017

Proses pemilihan dibuat dalam memilih lapan (8) peserta yang terbaik bagi merebut gelaran Juara Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2017 yang akan diadakan Sabtu ini.

8 peserta yang layak masuk ke Peringkat Akhir Bintang Remaja 2017 adalah;
  • Syarweena Binti Yajit (Sandakan)
  • Nurul Atiqa Azis (Kota Marudu)
  • Sylvilina Bily (Tambunan)
  • Eylia Eyre Guntabid (Kota Kinabalu)
  • Joel Sonny Saimin (Kota Kinabalu)
  • Mohd Adyan Danial Bin Jiram (Labuan)
  • Mohammad Firman Bin Sharif (Pitas)
  • Mohd Farid Bin Abdul Rashad (Tawau)
Tema lagu untuk pertandingan akhir tersebut adalah BEBAS, tiada unsur negatif disamping, peserta akhir boleh membawa lagu daripada pelbagai bahasa termasuk bahasa Kadazan, Dusun dan Murut (KDM).

Hadiah Pertandingan

Juara bakal menerima wang tunai RM2,000 beserta trofi dan sijil. Wang tunai RM1,000, trofi dan sijil pula bakal diterima oleh pemenang Naib Juara dan tempat ketiga pula bakal menerima wang tunai RM700 beserta trofi dan sijil. Manakala, 5 peserta saguhati masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil.

Bintang RTM Remaja Akhir 2017
Bintang RTM Remaja Akhir 2017
Penonton juga bakal dihiburkan dengan kemantapan vokal daripada mantan Juara Bintang Remaja tahun 2013 iaitu Zuana Zulmat yang berasal dari Sandakan dan Rahmat Mohammad, mantan finalis Mencari Bintang Sabah FM 2014.

Sementara itu, pertandingan yang telah memasuki 11 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2007 ini ini bakal diadili oleh juri profesional yang telah dikenalpasti pengalamannya. Pertandingan ini juga akan diiring sepenuhnya oleh Kombo RTM Sabah yang diketuai oleh En. Raimond Sukudat @Matlan, yang juga selaku penggubah muzik.

Orang rang ramai juga boleh mengikuti pertandingan ini secara langsung menerusi Sabah FM dan live streaming di http://sabahfm.rtm.gov.my.

Senarai Juara Bintang Remaja RTM Sabah

Berikut merupakan senarai Juara Bintang Remaja Sabah bermula tahun 2007.

TAHUN
JUARA (NAMA)
WAKIL
2007
Rasheena Rashid
Sandakan
2008
Siti Noor Syahhedah Usuf
Sandakan
2009
Heidi Vanessa Maruning
Keningau
2010
Nurul Farah Ashikin Kamal
Sandakan
2011
Afiezal Fahmi
Keningau
2012
Puteri Faradina Nordin
Kota Kinabalu
2013
Zuana Zulmat
Sandakan
2014
Rosario Ninih
Tambunan
2015
Ferona Paimin
Ranau
2016
Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin
Kota Kinabalu
2017
?
?

Sama-sama kita memeriahkan Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah ini. Masuk adalah percuma.

Sumber:
1. Mr. Minami Tius @DJ Suga, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah Bakal Berlangsung 25 Mac 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah Bakal Berlangsung 25 Mac 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top