Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Pencalonan Baru Muzik Muzik 32: Atmosfera~Berakhirlah Sudah

Atmosfera terus mengorak langkah untuk bertapak dalam industri hiburan dan muzik tanah air Malaysia. Siri Jelajah Promosi Atmosfera Dan Single 'Berakhirlah Sudah' Atmosfera dikejutkan dengan khabar gembira. Pada 12 Mac 2017 merupakan tarikh paling bersejarah buat Atmosfera kerana dicalonkan sebagai Pencalonan Baru Muzik-Muzik 32 di Sri Pentas 2 Shah Alam untuk single Berakhirlah Sudah. Lirik dan lagu Berakhirlah Sudah ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh ayah kepada Hezron dan Ganak (Atmosfera).   


Kumpulan Atmosfera
Kumpulan Atmosfera 
"Perasaan sangat terkejut dan bangga. Perasaan tersebut tidak dapat diungkap melalui kata-kata. Kami sangat berbangga dengan pencapaian tersebut dan sungguh tidak menyangka lagu ini tercalon masuk dalam Muzik-Muzik 32. Apa-apapun, tahniah saya ucapkan kepada daddy saya kerana lagu yang ditulis / dikompos ini memang power," kata Hezron ketikan dihubungi oleh hiburansabah.com, semalam.

Klik pautan ini untuk mendengar lagu Berakhirlah Sudah atau dengarkan lagu ini melalui YouTube.



Ditanya selepas mengadakan Siri Jelajah Promosi Atmosfera Dan Single 'Berakhirlah Sudah', apa langkah seterusnya yang akan diambil bagi memastikan single Berakhirlah Sudah ini berjaya masuk dalam Carta Muzik-Muzik 32, Hezron menyatakan Atmosfera akan mempergiat usaha untuk terus mempromosi kumpulan Atmosfera dan single ini melalui media sosial.

"Sekarang kami banyak mengadakan promosi untuk mengundi lagu Berakhirlah Sudah khusus kepada followers melalui media sosial Facebook, Whats-App group dan sebagainya. Kalau lagu tu masuk dalam Carta Muzik Muzik 32, sememangnya itu semua adalah daripada anda: followers / peminat Atmosfera. Terus menyokong Atmosfera! Teruskan mengundi kerana undi anda bermakna buat Atmosfera. Kesempatan ini, kami ingin mengucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga tercinta, saudara mara, sahabat handai dan khususnya kepada semua peminat kami di luar sana atas sokongan yang diberikan selama ini. Nanti saya belanja mineral water," katanya sambil bergurau.

Klik pautan ini untuk mendengar lagu Demi SI Kici atau dengarkan lagu ini melalui YouTube.



Muzik Muzik

Muzik Muzik ialah rancangan carta muzik mingguan terbitan TV3. Lagu-lagu bahasa Malaysia, penulis lirik dan gubahan komposer Malaysia akan dipertandingkan untuk dinilai dan diundi para penonton. Penyanyi harus merakamkan persembahan secara langsung di studio. Ini merupakan suatu kelainan untuk Muzik Muzik berbanding dengan rancangan carta muzik televisyen lain yang hanya memutarkan video muzik lagu yang dicalonkan. Kini, penggambaran Muzik Muzik bertempat di Sri Pentas 2, Shah Alam. Justeru, lagu-lagu yang paling berjaya sepanjang tahun akan layak ke acara tahunan iaitu Anugerah Juara Lagu yang akan diadakan pada awal setiap tahun berikutnya.


Kepada semua peminat Atmosfera jangan lupa untuk terus mengudi lagu Berakhirlah Sudah, lagu Pencalonan Baru Muzik Muzik 32. Klik pautan ini Berakhirlah Sudah - Pencalonan Baru Muzik Muzik 32 untuk undian.

Undian Online Berakhirlah Sudah
Klik Untuk Mengundi Lagu Berakhirlah Sudah


Sumber: 
1. Temu bual bersama Hezron, Atmosfera.
2. Wikipedia Muzik Muzik




Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pencalonan Baru Muzik Muzik 32: Atmosfera~Berakhirlah Sudah. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pencalonan Baru Muzik Muzik 32: Atmosfera~Berakhirlah Sudah"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top